• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

4 Platform Digital Pembelajaran Bursa Malaysia

in Asas Saham
A A
4 Platform Digital Pembelajaran Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Anda masih newbie dan tak tahu mana nak dapatkan bahan pembelajaran saham? Tahukah anda Bursa Malaysia ada menyediakan beberapa platform digital untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat mengenai saham di Bursa Malaysia.

Semuanya hanya secara atas talian dan anda boleh belajar dari mana-mana sahaja mengikut keselesaan anda.

1. Bursa Academy 

Sumber: Bursa Malaysia

Bursa Academy atau Akademi Bursa merupakan platform e-pembelajaran yang menyasarkan pelabur runcit di pasaran sekuriti, derivatif dan modal pasaran Islam. Platform ini dilancarkan pada Jun 2020.

Platform tersebut hadir dengan pelbagai bahasa dan boleh diakses secara percuma oleh semua orang. Ini merupakan inisiatif Bursa Malaysia untuk memupuk pendidikan kewangan bagi para pelabur. 

Bursa Academy adalah portal e-pembelajaran sehenti komprehensif yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan permainan interaktif melalui platform yang mudah dan mesra pengguna. 

Anda juga boleh menghadiri mana-mana kursus atas talian yang disediakan oleh Bursa Academy. Contohnya adalah seperti di bawah:

Sumber: Bursa Academy

Sekiranya anda lebih berminat dengan video-video pembelajaran, Bursa Academy turut berkongsi video masterclass untuk anda belajar dengan lebih mendalam.

Sumber: Bursa Academy

Baca : Bursa Malaysia tambah program pendidikan kewangan

2. Bursa Sustain

Sumber: Bursa Sustain

Bursa Sustain dilancarkan pada tahun 2018. Bursa Sustain berbeza dengan platform  lain kerana ia menyediakan maklumat komprehensif dan terkini mengenai perkembangan dan trend dalam bidang Tadbir Urus Korporat (CG), kemampanan dan tanggungjawab pelaburan.

Bursa Sustain dibangunkan berikutan penyelidikan, penandaarasan dan pembabitan yang luas dengan pelbagai kumpulan yang berkepentingan.

Hab ini akan memudahkan pengguna seperti penerbit, pelabur dan pemegang kepentingan dalam pasaran saham untuk mempunyai akses mudah kepada maklumat terkini mengenai tadbir urus korporat dan kemampanan pelaburan. 

Portal ini sangat mesra pengguna dan pengguna boleh mendapatkan berita mingguan daripada sumber tempatan dan antarabangsa. 

3. Bursa Market Place

Sumber: Bursa Market Place

Bursa Market Place dilancarkan pada tahun 2014. Bursa Market Place adalah sebuah portal pelaburan yang komprehensif dan bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai cara untuk melabur dan berdagang di pasaran saham. 

Setakat 2020, sebanyak 844,496 pengguna telah berdaftar sebagai pengguna Bursa Market Place. Perkara yang menarik mengenai Bursa Market Place ini ialah ia hadir dalam bentuk laman web dan juga aplikasi yang boleh dimuat turun dari telefon pintar.

Anda boleh melakukan trade olok-olok di Bursa Market Place sebagai latihan untuk anda sebelum melangkah ke pelaburan menggunakan wang sebenar.

4. Mirror, Learn & Trade (MLT)

Mirror, Learn & Trade dilancarkan pada tahun 2019 untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari pelaburan saham dengan merujuk kepada penganalisis yang berlesen. 

Platform ini menawarkan akses kepada strategi pelaburan yang digunakan beberapa penganalisis berlesen. Anda boleh lihat saham yang dibeli dan dijual penganalisis tersebut.

Sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk menggunakan MLT, anda boleh tonton video Cara-Cara Menggunakan MLT.

Sumber: MLT

Platform MLT dapat diakses secara percuma di Bursa Market Place dan setiap pengguna akan diberikan modal permulaan  sebanyak RM10,000 dan  mereka dapat ‘mencerminkan’ saham dan strategi yang diterapkan oleh penganalisis. 

Penganalisis akan berkongsi strategi mereka untuk setiap saham dalam portfolio mereka. Selain itu, penganalisis turut akan berkongsi maklumat terkini mengenai pasaran saham. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share485ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

1 year ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

1 year ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In