• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Institusi Mula Melepaskan Pegangan Serba Dinamik, Anda Bagaimana?

in Berita
A A
Pelabur Institusi Mula Melepaskan Pegangan Serba Dinamik, Anda Bagaimana?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Harga saham Serba Dinamik berada pada harga terendah dalam sejarah

Syarikat pengendali minyak dan gas terkemuka di Malaysia, Serba Dinamik Berhad sangat hangat diperkatakan sejak juruaudit luarnya, KPMG PLT membangkitkan isu audit untuk penyata kewangan syarikat yang terkini.   

Walaupun isu yang dibangkitkan oleh KPMG agak berat, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Dr Mohd Abdul Karim Abdullah menyatakan bahawa syarikat tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sumber: Serba Dinamik Holding Berhad

Namun yang lebih meresahkan pelabur adalah apabila pemegang saham kedua terbesar  merangkap Non-Independent Non-Executive Director Serba Dinamik, Datuk Abdul Kadier mencadangkan untuk penukaran juruaudit luarnya dengan segera walaupun isu sebelum ini belum selesai. 

Baca: Serba Dinamik Limit Down Selepas Dua Hari Dibekukan

Isu masalah audit ini bukan sahaja memberi kesan kepada harga saham Serba Dinamik, saham yang majoritinya dimiliki oleh pemilik Serba Dinamik, Dato Dr Mohd Abdul Karim Abdullah seperti Sarawak Consolidated Industries (SCIB) dan KPower Berhad juga terkesan dengan kejatuhan harga sahamnya yang mendadak.

Baca: Serba Dinamik Yang Bermasalah, SCIB dan KPower Kena Tempiasnya

Pelabur Institusi Mula Melepaskan Pegangkan Saham Dalam Serba Dinamik

Saham syarikat Serba Dinamik dimiliki oleh beberapa pelabur institusi yang besar dalam negara seperti:-

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Lembaga Tabung Haji (LTH)

Rentetan daripada isu audit yang berterusan ini, pelabur institusi yang mempunyai pegangan yang besar dalam syarikat ini seperti Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)  menyatakan kebimbangan mereka tentang isu audit yang dibangkitkan ini. 

KWAP dilaporkan telah melepaskan 0.7 peratus kepentingan mereka dianggarkan sekitar 26.03 juta unit saham Serba Dinamik di pasaran terbuka menjadikan pegangkan semasa KWAP berkurangan kepada 4.53% sahaja berbanding 5.23% sebelum ini. 

Terkini Bernama melaporkan satu lagi pelabur institusi iaitu KWSP juga telah melupuskan lagi 481 ribu unit saham mereka dalam Serba Dinamik Holding Berhad pada 4 Jun yang lepas. Tindakan susulan pula dibuat pada 15 dan 17 Jun 2021 di mana KWSP telah melepaskan lebih daripada 18 juta unit pegangan mereka dalam syarikat Serba Dinamik. Ini telah menjadikan pegangan terkini KWSP dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas kurang daripada 9.0%.

Sumber: Malaysiastockbiz

Bukan itu sahaja, pengasas bersama syarikat Serba Dinamik ini iaitu Datuk Awang Daud Bin Awang Putera juga telah melepaskan lebih 8 juta unit pegangan saham beliau dalam syarikat ini. 

Setakat artikel ini ditulis, harga saham Serba Dinamik berada di paras terendah dalam sejarah iaitu sekitar RM0.615 seunit. 

Banyak penganalisa pasaran juga telah memberikan saranan jualan kepada saham syarikat ini selepas isu audit ini dibangkitkan. 

Sebagai pelabur runcit pula, apa pandangan kita terhadap saham syarikat ini? Yang penting, pastikan semua tindakan dalam pelaburan anda disertakan dengan kajian yang terperinci.

Maklumat ini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Senang Saham 3.0

Share942ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In