• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat MYEG

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat MYEG
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

MYEG catat keuntungan bersih sebanyak 29% untuk suku tahunan terkini

CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.

CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat MY E.G. Service Berhad (MYEG).

Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M

Latar Belakang MYEG Berhad (MYEG) (0138)

MY E.G. Service Berhad merupakan syarikat teknologi yang menjalankan urusniaga bersama kerajaan untuk projek elektronik dalam urusan harian kerajaan.

Syarikat ini juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pembaharuan lesen atas talian dan juga untuk menyemak saman trafik orang awam. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh MYEG adalah seperti berikut:-

  • Penyemakan status muflis awam
  • Pembaharuan permit pekerja asing
  • Platform pembayaran zakat

Walaupun kebanyakan urusan perniagaan syarikat ini sangat berkait rapat dengan urusan harian kerajaan namun syarikat ini merupakan syarikat swasta yang bebas daripada campur tangan pihak kerajaan. 

MYEG mempunyai nilai pasaran sekitar RM7.15 bilion dan harga dagangan untuk seunit saham ini adalah sekitar RM1.95 seunit ketika artikel ini ditulis.

Jom kita kaji kaunter MYEG ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.

C- Current Earnings MYEG

Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.

Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener

Pertumbuhan pendapatan bersih MYEG untuk suku terkini adalah yang tertinggi untuk lima suku tahunan terkini.

MYEG merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM76.46 juta, meningkat sebanyak 29.6% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. 

Peningkatan ini dipercayai hasil daripada peningkatan penggunaan perkhidmatan atas talian yang mereka sediakan semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di Malaysia. 

A- Annual Earnings MYEG

Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.

Sumber: KLSE Screener

Pendapatan bersih MYEG pada tahun 2020 meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan pendapatan ini telah dijangkakan oleh para penganalisa pasaran.

Ini adalah kerana had pergerakan yang dialami oleh orang awam meningkatkan penggunaan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MYEG. 

N- News, New High, New Management

News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.  

Harga saham tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.

Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber: Affin Hwang Capital

Pada 6 April 2021, Affin Hwang telah memberi saranan untuk belian kepada saham MYEG dengan harga sasarannya kepada RM2.70 seunit. 

Penilaian ini diberikan berdasarkan pendapatan syarikat yang semakin mengukuh dan projek baru yang bakal diterima oleh syarikat ini.

S- Supply and Demand

Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.

Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.

Jumlah unit saham MYEG yang didagangkan adalah sebanyak 3.6 bilion unit.

Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com

Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.

Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian MYEG lebih rendah berbanding jumlah purata dagangan untuk tiga bulan terkini. 

Namun, data ini diambil satu jam selepas pasaran dibuka dan ianya tidak menggambarkan keadaan pasaran secara menyeluruh. 

 L- Leader and Laggard

Leader and laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.

Sumber :

Pergerakan harga saham MYEG (Biru) puratanya adalah lebih rendah berbanding dengan pergerakan indeks teknologi di Bursa Malaysia (Oren).

Oleh yang demikian, saham MYEG boleh dikategorikan sebagai laggard berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.

Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah MYEG masih merupakan laggard kepada sektor teknologi?

I- Institutional Investor

Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Khazanah Nasional Berhad

Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace

Bagi syarikat MYEG, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
  • The Vanguard Group Inc

Selain daripada itu, pelabur institusi yang lain adalah seperti Lembaga Tabung Haji dan Eastspring Investments Berhad.

M- Market Direction

Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.

Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber :

Arah kaunter MYEG dilihat sedang berada di fasa distribution dimana ianya mengekalkan harga sekitar RM1.80 sehingga RM1.98 seunit untuk beberapa bulan terkini. 

Arah pasaran yang baik adalah arah pasaran major uptrend iaitu apabila potensi keuntungan akan melebihi potensi kerugian. 

Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham Pharmaniaga

Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan


Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…Adakah saham yang kita pilih itu bagus?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?

Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share418ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In