• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Kim Loong

in Fundamental Analisis
A A
10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Kim Loong
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kim Loong Resources Bhd (KLSE: 5027) (Kim Loong) merupakan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kini, ia beroperasi dengan tiga buah kilang penapisan sawit dengan jumlah kapasiti penapisan keseluruhan berjumlah 1.5 juta metrik tan (mt) dan 15,826 hektar (ha) estet kelapa sawit di tiga negeri iaitu Johor, Sabah, dan Sarawak. 

Kini, nilai pasaran Kim Loong adalah sebanyak RM1.36 bilion. Maka, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur dalam saham Kim Loong: 

1. Jumlah Penghasilan 

Dalam tempoh 2012-2021, Kim Loong telah mengekalkan jumlah pengeluaran Fresh Fruit Bunches (FFB) pada tahap 250,000 sehingga 350,000 mt setahun. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Chart

Kilang penapisan sawitnya telah mengekalkan kapasiti pengeluaran Crude Palm Oil (CPO) dan Palm Kernel (PK) pada angka 200,000 ke 300,000 mt dan 50,000 ke 75,000 mt setahun dalam tempoh 10 tahun tersebut. 

Chart

2. Keputusan Kewangan 10-Tahun Terkini 

Kim Loong telah merekodkan keuntungan bersih yang lebih tinggi pada tahun 2012, 2018, dan 2021 kerana harga global CPO pada tahun tersebut adalah lebih tinggi. 

Kim Loong telah mencapai Return on Equity (ROE) purata sebanyak 11.70% setahun dalam tempoh 10 tahun tersebut. Ini bermaksud bahawa Kim Loong telah menjana keuntungan bersih sebanyak RM11.70 daripada setiap RM100 dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2012-2021. 

Nota: 

ROE = (Keuntungan Bersih / Ekuiti Pemegangan Saham) x 100% 

Chart
Chart

3. Pengurusan Aliran Tunai 

Berdasarkan kepada tahun 2012-2021, Kim Loong telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM1.20 bilion. Daripada jumlah tersebut, syarikat ini telah menggunakan: 

  • RM370.7 juta dalam pembelian Property, Plant & Equipment (PPE) bersih. 
  • RM11.7 juta dalam pemulangan hutang bersih.
  • RM518.0 juta dalam dividen kepada pemegang sahamnya. 
  • RM107.4 juta dalam dividen kepada Non-Controlling Interest (NCI). 

Kim Loong telah mengekalkan baki tunai pada jumlah RM150 juta ke RM250 juta pada 10 tahun tersebut. Maka, terbuktilah Kim Loong adalah sebuah syarikat yang telah menjana aliran tunai operasi yang positif dan ini membolehkannya untuk membeli PPE & membayar dividen kepada pemegang sahamnya pada tahun 2012-2021. 

Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini 

Bagi tahun 2021, Kim Loong mencatatkan liabiliti bukan semasa sebanyak RM127.66 juta dan RM749.27 juta dalam ekuiti pemegangan saham. Jadi, nisbah hutangnya adalah 17.04%. 

Kim Loong mencatatkan RM416.54 juta dalam aset semasa dan RM114.66 juta dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasanya adalah 3.63. 

5. Umur Perladangan Terkini 

Pada 31 Januari 2021, umur ladang Kim Loong adalah seperti berikut: 

6. Perkembangan Terkini 

Berdasarkan kepada Laporan Tahunan 2021, Kim Loong telah mengambil pemilikan ladang estet kelapa sawit bersaiz 2,722 ekar dengan harga RM74.6 juta. Secara keseluruhannya, ia menyumbang sebanyak 30,000 mt dalam penghasilan FFB setahun. 

Kim Loong telah melaksanakan projek FiT di tiga buah kilang penapisan sawit miliknya untuk membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB). Kim Loong telah menyelesaikan projek FiT di kilangnya yang terletak di Kota Tinggi dan syarikat ini telah membekalkan tenaga kepada TNB sejak Jun 2019 dan perkara ini telah menyumbang perolehan sebanyak RM5.1 juta pada tahun 2021. 

Pemasangan projek FiT di kilangnya di Keningau dan Telupid, Sabah telah terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini, masih dalam proses pelaksanaan.

7. Pemegang Saham Utama 

Syarikat Kim Loong Sendirian Berhad adalah pemegang saham utama bagi Kim Loong dengan 63.72% pegangan saham secara langsung dalam syarikat. 

Kini, keluarga Gooi adalah pemilik utama Kim Loong melalui pegangan ekuiti mereka dalam Syarikat Kim Loong Sendirian Berhad. 

Keahlian ahli lembaga pengarah Syarikat Kim Loong Sendirian Berhad adalah seperti senarai berikut:-

8. P/E Ratio 

Pada 31 Mei 2021, harga saham Kim Loong adalah RM1.46. Maka, P/E Ratio terkini adalah 14.37. 

P/E Ratio (2020)

= Harga Saham / EPS 

= RM1.46 / RM0.1016

= 14.37

Perbandingan P/E Ratio terkini dengan P/E Ratio lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika sebuah syarikat telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih secara berterusan dalam tempoh 10 tahun. 

9. P/B Ratio 

Pada tahun ini (2021), Kim Loong telah mencatatkan RM0.80 dalam aset bersih setiap saham. Jadi, P/B Ratio terkini bagi Kim Loong adalah 1.83, tertinggi dalam tempoh 10 tahun tersebut. 

P/B Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM1.46 / RM0.80

= 1.83

10. Kadar Dividen

Chart

Kim Loong telah membayar 7.00 sen dalam Dividend Per Share (DPS). 

Maka, kadar dividen terkini bagi Kim Loong adalah sebanyak 4.79% setahun. 

Kadar Dividen Terkini 

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM0.07 / RM1.46) x 100%

= 4.79%

Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika sebuah syarikat telah bayar dividen meningkat secara berterusan pada tempoh 10 tahun. 

Kesimpulan: 

Secara kesimpulan, saya mendapati: 

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham Kim Loong? 

Tepuk dada, tanyalah selera. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share295ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In