Sunway Construction Group Bhd (KLSE: 5263) (SunCon) telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2015 sebagai syarikat pembinaan berintegrasi terbesar di Malaysia.
Ia berupaya membina bangunan dan infrastruktur serta memberi pelbagai jenis servis seperti mekanikal, elektrikal, paip, geo-teknikal dan solar. Kini, nilai pasaran SunCon berjumlah RM2.14 bilion. Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham SunCon.
1. Keputusan Kewangan 5-Tahun Terkini
SunCon telah merekodkan penurunan perolehan daripada RM2.26 bilion pada tahun 2018 kepada RM1.55 bilion pada tahun 2020. Ini disebabkan oleh penyelesaian tiga projek utama, seperti MRT V201 + S201 (MMC Gamuda), Putrajaya Parcel F (Putrajaya Bina Sdn Bhd) dan KLCC (NEC + Package 2 & 2a) (Cititower Sdn Bhd) pada tahun 2018.
Penurunan perolehan syarikat ini telah separa dinafikan oleh projek LRT 3 package GS 07&08 (MRCB George Kent Sdn Bhd), Tenaga HQ Campus (Fasa 2) (Tenaga Nasional Bhd) dan pelbagai projek in-house daripada kumpulan Sunway.
Pada tahun 2020, keputusan kewangan SunCon telah terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal penyebaran virus COVID-19 pada tempoh antara suku pertama tahun 2020 (Q12020) sehingga suku kedua tahun 2020 (Q22020).
SunCon telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM72.8 juta, terendah dalam tempoh 5-tahun tersebut.
2. Pelanggan Utama
Pelanggan utama bagi SunCon pada tahun 2020 adalah seperti senarai berikut:

3. Keputusan Kewangan 12-Bulan Terkini
Berdasarkan kepada tempoh 12 bulan terkini, SunCon telah mencatatkan perolehan sebanyak RM1.64 bilion.
Daripada jumlah tersebut, syarikat ini merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM76.7 juta atau 5.94 sen dalam Earnings Per Share (EPS).

4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q1 2021, SunCon mencatatkan liabiliti bukan semasa sebanyak RM75.17 juta dan ekuiti pegangan saham sebanyak RM658.23 juta.
Maka, nisbah hutangnya ialah 11.4%. Pada masa tersebut, syarikat ini telah merekodkan aset semasa sebanyak RM1.20 bilion dan liabiliti semasa sebanyak RM1.13 bilion.
Maka, nisbah semasa bagi SunCon adalah 1.07.
5. Order Book Pada Q1 2021
Pada Q1 2021, SunCon berjaya mendapat Order Book bernilai RM462 juta. Ini termasuk Sunway Medical Centre – Damansara Giza, Big Box Office dan Sunway International School – Bandar Sunway (projek In-house), dan tiga projek baru di Singapura seperti Tengah Park 2, Tengah 7, dan Ang Mo Kio N2C23A.
Dengan itu, SunCon telah mengekalkan jumlah terkini Order Book Outstanding sebanyak RM5.00 bilion pada Q1 2021. Lima projek utama terkini bagi SunCon adalah seperti senarai berikut:

Sumber: Corporate Presentation Q1 2021
6. Pemegang Saham Utama
Pada 26 April 2021, pemegang saham utama SunCon adalah seperti berikut:

Evan Cheah Yean Shin, anak kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah, dilantik sebagai pengarah dalam syarikat SunCon.
7. P/E Ratio
Kini, harga saham SunCon bernilai RM1.66.
Di sini, saya akan memberi dua kiraan P/E Ratio.
Satu adalah bagi tempoh sebelum COVID-19, iaitu berdasarkan prestasi SunCon pada tahun 2019.
Satu lagi adalah bagi tempoh 12-bulan terkini iaitu semasa COVID-19.
P/E Ratio (2019 EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 2019
= RM1.66 / RM0.1002
= 16.57
P/E Ratio (2020 EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 2020
= RM1.66 / RM0.0564
= 29.43

8. P/B Ratio
Pada Q1 2021, aset bersih setiap saham bagi SunCon adalah sebanyak RM0.51.
Jadi, P/B Ratio terkini SunCon ialah 3.25, lebih rendah daripada tempoh 5 tahun purata sepanjang tahun 2016-2020.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM1.66 / RM0.51
= 3.25

9. Kadar Dividen
SunCon mengisytiharkan dan membayar Dividend Per Share (DPS) seperti berikut:-
Seperti P/E Ratio, saya akan memberi dua kiraan kadar dividen.
Kadar Dividen (DPS 2019)
= (DPS 2019 / Harga Saham Terkini ) x 100%
= (RM0.07 / RM1.66) x 100%
= 4.22%
Kadar Dividen (DPS 2020)
= (DPS 2020 / Current Stock Price) x 100%
= (RM0.04 / RM1.66) x 100%
= 2.41%

Kesimpulan:
Secara kesimpulan, saya mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur dalam saham SunCon?
Tepuk dada, tanyalah selera.



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)