Pada 27 Mei 2021, Foxconn dilaporkan dalam perbincangan membeli pegangan saham firma teknologi di Malaysia. Firma teknologi tersebut tidak asing lagi di Malaysia kerana majoriti pelabur Bursa Malaysia pasti mengenali firma teknologi tersebut iaitu Dagang NeXchange Berhad (DNeX).
Sumber: Channel News Asia
Saham DNeX terus melonjak tinggi hanya beberapa minit setelah berita ini dikeluarkan. Harga pembukaan DNeX adalah RM0.715 dan ditutup pada RM0.800. Paras tertinggi yang dicapai DNeXadalah pada RM0.835 sebelum berlaku pengambilan untung di penghujung waktu dagangan lalu ditutup sedikit rendah daripada paras tertinggi tersebut.
Sumber: Trading View
Apakah yang menyebabkan kenaikan harga saham DNeX dan siapakah Foxconn ini?
Mari baca beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai Foxconn.
Siapakah Foxconn?
Sumber: Nikkei Asia
Foxconn Technology Group atau lebih dikenali sebagai Foxconn adalah sebuah syarikat yang berpusat di Taiwan. Nama lain bagi Foxconn adalah Hon Hai Precision Industry Co. Ltd.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Terry Gou. Pada awalnya, syarikat ini ditubuhkan sebagai pengeluar komponen elektrik. Pada tahun 1988, Foxconn membuka kilang pembuatan pertamanya di negara China.
Salah satu kejayaan terbesar syarikat ini adalah apabila Intel memilih Foxconn untuk menghasilkan motherboard Intel.
Untuk pengetahuan anda, Foxconn merupakan syarikat pemasangan utama komponen-komponen telefon pintar iPhone. Selain itu, Foxconn turut merupakan penyedia terbesar perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) bagi mengeluarkan produk elektronik kepada syarikat utama di negara China, Amerika Syarikat, Finland serta Jepun.
Sumber: Pocket-Lint
Kenapa Foxconn Ingin Membeli Saham Dnex
Tujuan Foxconn membeli pegangan DNeX adalah untuk membantu kumpulan syarikat DNeX mengembangkan syarikat pembuatan cip Malaysia iaitu SilTerra Malaysia Sdn Bhd.
Pada bulan Februari yang lalu, DNeX dan Beijing Integrated Circuit Advanced Manufacturing and High-End Equipment Equity Investment Fund Center memenangi bidaan untuk membeli SilTerra dengan nilai RM273 juta ringgit.
Daripada pembelian ini, DNeX memiliki sebanyak 60 peratus dalam SilTerra sementara rakan niaganya dari China memiliki baki pegangan tersebut. Foxconn tewas dalam bidaan tersebut ketika itu.
Baca: Foxconn in talks to buy stake in chipmaker DNeX
Melihat situasi ini, Foxconn sudah tentunya tidak mahu mengalah dan dengan membeli sebahagian pegangan DNeX , ia akan membantu Foxconn untuk terus menjadi peneraju dalam industri semikonduktor.
Selain itu, Foxconn turut sedang mencari peluang untuk berkembang dengan lebih besar di industri yang lain termasuklah industri kenderaan elektrik.
Walaupun catalyst yang menarik telah muncul, perkara yang penting adalah kita turut perlu membuat analisa fundamental dan teknikal saham DNeX.
Kesimpulannya, adakah catalyst pembelian saham DNeX oleh Foxconn ini akan mampu melonjakkan harga saham DNeX dan seterusnya menjadi Buy on Rumours, Sell on News?
Sama-sama kita nantikan.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




