Perolehan TOMYPAK meningkat sehingga 25.6% berbanding suku sebelumnya
Tomypak Holdings Berhad (TOMYPAK) (7285) merupakan syarikat yang terlibat dalam penyediaan bahan pembungkusan makanan. Antara produk jualan syarikat ini adalah seperti:-
- Polyethylene
- Filem dan kepingan polypropylene
- Pembukusan makanan dan minuman
- Pembukusan baranagan panas
Syarikat ini mempunyai pelanggan daripada jenama besar dunia dan produk mereka juga mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Antara jenama besar yang merupakan pelanggan kepada TOMYPARK adalah seperti:-
Setakat artikel ini ditulis, harga saham syarikat ini adalah sekitar RM0.57 sesaham dan nilai pasaran syarikat ini adalah sekitar RM241.1 juta.
Pada 25 Mei 2021, TOMYPAK telah mengumumkan penyata kewangan syarikat yang terkini untuk suku pertama tahun 2021 (Q121).
Baca: Bagaimana Cara Membaca Income Statement (Penyata Pendapatan)
Daripada penyata kewangan tersebut, pihak penganalisa daripada CGS-CIMB telah membuat analisa terhadap syarikat ini.
Jom kita lihat apa pandangan CGS-CIMB terhadap syarikat TOMYPAK ini.
Pendapatan Terkini TOMYPAK Dalam Jangkaan
Selepas ditambah semula dengan kerugian tukaran asing yang bernilai RM833,000, pendapatan teras TOMYPARK adalah RM2.4 juta, ianya merupakan 31% daripada sasaran pendapatan penuh tahunan yang dijangkakan oleh CGS-CIMB iaitu sebanyak RM7.7 juta.
Terdapat dua faktor utama kepada pendapatan ini, iaitu:-
- Hasil jualan suku Q121 meningkat kepada 41.2% berbanding suku yang sama pada tahun lepas.
- Pengecualian cukai yang diterima pada Q121
Margin Pendapatan Sebelum Cukai Semakin Kukuh
TOMYPAK berjaya mengukuhkan pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBITA) secara suku tahunan sebanyak 4.1% daripada suku sebelumnya.
Selain daripada itu, TOMYPAK berjaya meningkatkan perolehan syarikat sebanyak 25.6% berbanding suku sebelumnya, cukup untuk menampung kerugian sebanyak RM386,000 yang dialami.
Syarikat TOMYPARK juga dikhabarkan telah berbincang dengan pelanggan mereka tentang kenaikan harga polyethylene.
Kenaikan Harga Bahan Mentah Bakal Menjejaskan Pendapatan TOMYPAK
Walaupun pendapatan terkini TOMYPAK dilihat menyakinkan, pihak penganalisa pasaran daripada CGS-CIMB bimbang tentang perolehan syarikat yang akan tertekan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti polyethylene.
Dengan kenaikan kes positif Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia, pendapatan TOMYPAK juga dilihat akan menjejaskan pendapatan syarikat di masa akan datang.
Apa Saranan Daripada Penganalisa?
Penganalisa daripada CGS-CIMB, Kamarul Anwar meningkatkan saranan daripada simpan kepada tambahan belian terhadap saham Tomypak. Saranan ini diberikan atas jangkaan pendapatan syarikat ini pada masa yang akan datang.
Nilai nisbah pulangan semula (turnaround) syarikat ini juga sangat berdaya saing disebabkan oleh nilai jualan yang tinggi syarikat ini.
Harga saham syarikat ini disasarkan meningkat sehingga RM0.71 sesaham setelah mengambil kira faktor-faktor luar seperti peningkatan jualan syarikat dan juga peningkatan bahan mentah.
Jika lihat kepada fundamental syarikat terutamanya daripada pendapatan terkini, TOMYPARK dilihat agak kukuh dengan pertumbuhan pendapatan sukuan yang positif untuk empat suku terkini.
Walaupun pihak penganalisa pasaran telah memberikan saranan tambahan belian terhadap saham ini, pelabur perlu membuat kajian tersendiri juga agar pembelian dilakukan dengan pengetahuan yang sebaiknya.
Baca: Harga Saham Inari Disasarkan Naik Ke Paras RM3.90 Seunit
Sumber: CGS-CIMB
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham
Klik Webinar Saham 3.0



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)