• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Daripada Kenaikan Semalaman Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis setelah mengambil petunjuk daripada kenaikan Wall Street dalam tempoh semalaman didorong sentimen pasaran stabil dalam konteks global susulan kebimbangan terhadap prospek kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat semakin reda.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi petunjuk pasaran meningkat 3.16 mata atau 0.20 peratus kepada 1,580.98 daripada 1,577.82 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 1.54 mata lebih kukuh kepada 1,579.36.

Bagi pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 258 berbanding 173 manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,517 kaunter tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 350.73 juta unit bernilai RM165.82 juta.

Pasaran ditutup pada Rabu susulan kelepasan am bagi Hari Wesak.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd memandangkan sentimen pasaran stabil dalam keadaan kebimbangan mengenai prospek kadar faedah AS yang semakin reda, peniaga mungkin menumpukan semula syarikat-syarikat yang mencatatkan pertumbuhan.

Namun, firma pembrokeran itu mengingatkan sentimen pasaran dijangka lemah berikutan kes COVID-19 di Malaysia terus meningkat, manakala pelaksanaan vaksin sedikit perlahan.

“Secara teknikal, indeks utama mungkin mencatatkan dagangan dalam julat kecil di bawah paras 1,600 dengan sokongan pada 1,555 hingga 1,565 manakala rintangan pada 1,590 hingga 1,600,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank naik enam sen kepada RM4.23, IHH meningkat lapan sen kepada RM5.27, Maybank dan CIMB masing-masing menokok empat sen kepada RM8.37 dan RM4.25, sementara Petronas Gas menambah 20 sen kepada RM16.18.

Antara saham aktif, SC Estate meningkat 2.5 sen kepada 12.5 sen, Tanco naik setengah sen kepada 14.5 sen, Sedania melonjak 16 sen kepada RM1.36, Tomypak menokok 1.5 sen kepada 2.5 sen dan Sanichi turun setengah sen kepada tujuh sen.

Saham paling untung Nestle melonjak RM1.10 kepada RM136.40, sementara MPI muncul sebagai saham paling rugi apabila susut 36 sen kepada RM37.32.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 42.40 mata kepada 11,534.70 dan Indeks FBMT 100 menokok 36.14 mata kepada 11,218.08.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 27.92 mata kepada 12,815.18, FBM 70 melonjak 101.37 mata kepada 14,935.40 dan FBM ACE meningkat 98.18 mata kepada 7,947.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 116.14 mata kepada 15,010.13, Indeks Perladangan naik 5.53 mata kepada 6,945.75 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.24 mata kepada 192.30.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In