“Kenapa aku beli saham ni, tapi harga dia tak naik walaupun dah ada catalyst?”
Dalam dunia pelaburan, saham merupakan salah satu instrumen pelaburan yang terkenal dalam kalangan pelabur. Baik pelabur institusi, mahupun pelabur runcit.
Walaupun saham secara umumnya mempunyai makna dan sifat yang sama, namun saham terbahagi kepada dua jenis iaitu:-
- Saham Leader
- Saham Laggard
Saham leader dan laggard inilah yang menentukan pergerakan harga semasa saham apabila wujud pemangkin yang memberi impak kepada industri tertentu.
Apa Itu Saham Leader?
Secara umumnya, saham leader adalah saham yang memberikan pulangan keuntungan melebihi persainganya dalam industri atau pasaran yang sama.
Contohnya, saham A berjaya memberikan keuntungan sebanyak 9% dalam masa setahun berbanding purata pulangan sebanyak 5% yang diberikan oleh pesaingnya.
Oleh itu, saham A merupakan saham leader kerana perubahan harga saham ini lebih besar berbanding purata perubahan harga saham yang lain dalam industri yang sama.
Apa Itu Saham Laggard?
Saham laggard pula sifatnya berlawanan dengan saham leader. Pulangan keuntungan saham laggard ini biasanya lebih rendah berbanding pulangan purata industri yang sama.
Misalnya, saham B hanya memberikan pulangan sebanyak 2% dalam masa setahun sementara purata pulangan keuntungan dalam industri yang sama adalah 5%.
Jika pelabur melabur di saham B, opportunity cost pelabur adalah sebanyak 3%.
Saham B tergolong dalam saham laggard kerana perubahan harganya kecil dan tidak setara dengan perubahan harga pesaingnya yang lain.
Baca: Apa Itu Leader Dan Laggard?
Apa Yang Menyebabkan Perubahan Harga Saham?
Harga saham berubah atas faktor bekalan dan permintaan saham tersebut di pasaran saham.
Permintaan yang tinggi akan menyebabkan harga saham itu meningkat dengan ketara sementara permintaan yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada perubahan harga saham tersebut.
Permintaan terhadap sesuatu saham itu meningkat biasanya disokong dengan catalyst atau pemangkin semasa terhadap industri sesuatu saham tersebut.
Saham leader biasanya akan lebih sensitif dengan perubahan catalyst semasa terutamanya catalyst yang berkaitan secara langsung dengan industri syarikat saham tersebut.
Sebarang catalyst yang positif akan menyebabkan perubahan harga yang ketara kepada harga saham tersebut.
Contoh yang jelas adalah seperti saham Top Glove dan Supermax pada tahun 2020. Saham ini didagangkan pada harga sekitar RM4.00 sehingga RM8.00 pada awal tahun 2020.
Selepas World Health Organisation (WHO) mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik, harga saham Top Glove dan Supermax telah meningkat mencecah RM20.00 seunit dalam masa kurang daripada setahun.
Saham laggard pula biasanya bertindak balas terhadap catalyst semasa agak lambat dan tidak begitu ketara.
Perubahan yang berlaku kepada keadaan pasaran tidak memberi impak yang ketara kepada perubahan harga sahamnya.
Oleh itu, kebanyakan pelabur lebih menumpukan perhatian mereka untuk mencari saham-saham leader berbanding saham-saham laggard.
Bagaimana Nak Tentukan Saham Leader Atau Laggard?
Saham leader atau saham laggard ini ditentukan dengan melihat perubahan harga saham tersebut.
Terdapat dua cara khas untuk menentukan kategori saham leader dan laggard. Caranya adalah seperti:
- Melihat kepada modal pasaran syarikat
- Melihat kepada perubahan harga saham pada carta
Menentukan Leader Atau Laggard Dengan Modal Pasaran
Sumber: Bursa Marketplace
Saham leader atau laggard boleh ditentukan dengan melihat kepada modal pasaran sesuatu saham syarikat tersebut dan dibandingkan dengan pesaing dalam industri yang sama.
Ini kerana, formula untuk mendapatkan modal pasaran adalah seperti berikut:
Modal Pasaran = Jumlah Saham Yang DIdagangkan X Harga Semasa
Daripada formula ini, kita tahu jumlah saham yang didagangkan sangat jarang berubah dan komponen yang akan sering berubah adalah harga semasa.
Perubahan harga semasa saham ini yang akan mengubah nilai modal pasaran sesuatu syarikat tersebut.
Biasanya, syarikat yang mempunyai modal pasaran yang lebih besar berbanding pesaingnya dalam industri yang sama merupakan leader.
Laggard pula biasanya mempunyai modal pasaran yang kecil atas faktor jumlah saham yang didagangkan tidak banyak dan juga harga sahamnya yang murah dan tidak berubah.
Menentukan Leader Atau Laggard Dengan Carta
Sumber: TradingView
Satu lagi cara untuk menentukan leader atau laggard sesuatu saham adalah dengan melihat perubahan harga saham tersebut pada carta berbanding pesaingnya yang lain.
Jika perubahan harga saham tersebut lebih ketara berbanding pesaing yang lain, saham tersebut merupakan leader dan sebaliknya jika saham tersebut merupakan saham laggard.
Mengetahui saham leader atau laggard sangat penting kepada pelabur kerana saham ini yang akan menentukan pulangan pelaburan kepada pelabur baik di pasaran saham tempatan ataupun pasaran saham global.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Dah mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)