• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Tinggi Pada Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil berikutan minat pelabur untuk mengambil risiko dihadkan oleh rekod kematian dan jangkitan harian baharu COVID-19 yang tinggi di negara ini.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.28 mata kepada 1,572.10 daripada 1,571.82 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka rendah 2.82 mata kepada 1,569.0. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 499 berbanding 437, manakala 375 kaunter tidak berubah, 891 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.99 bilion unit bernilai RM1.89 bilion.

Malaysia melaporkan 61 kematian baharu, jumlah kematian COVID-19 pada Isnin, dengan jangkitan baharu sebanyak 6,509. Ia merupakan hari keenam berturut-turut, kes harian baharu negara terus melebihi paras 6,000.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium naik tujuh sen kepada RM5.19, Petronas Chemicals dan Sime Darby Plantation, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM7.95 dan RM4.54 manakala CIMB dan IHH, masing-masing menokok dua sen kepada RM4.22 dan RM5.19.

Daripada saham aktif, Progressive Impact naik tujuh sen kepada 21 sen, Privasia Technology menambah 1.5 sen kepada 27.5 sen, Dagang Nexchange meningkat tiga sen kepada 74 sen dan warannya menambah 2.5 sen kepada 24 sen manakala Ucrest berkurangan satu sen kepada 42.5 sen.

Kaunter paling untung termasuklah Carlsberg yang naik 50 sen kepada RM21.66 serta KESM dan Widetech, masing-masing meningkat 40 sen kepada RM12.34 dan RM3.17.

Kaunter paling rugi diterajui oleh Nestle yang merosot 90 sen kepada RM134.90, UWC susut 18 sen kepada RM5.30 dan Hartalega berkurangan 17 sen kepada RM9.31.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.70 mata kepada 11,460.75 dan Indeks FBMT 100 meningkat 6.43 mata kepada 11,148.83.

Indeks FBM Emas Shariah naik 0.67 mata kepada 12,742.40, FBM 70 meningkat 25.76 mata kepada 14,818.85 dan FBM ACE menambah 55.89 mata kepada 7,890.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.07 mata kepada 14,889.28, Indeks Perladangan menambah 10.27 mata kepada 6,941.80 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.54 mata kepada 191.43.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In