• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Lagenda Wall Street : Jesse Lauriston

in Saham Global
A A
Lagenda Wall Street : Jesse Lauriston
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sebagai seorang trader, wajib untuk kita kenali sosok lagenda ini iaitu Jesse Lauriston Livermore. Jesse Livermore merupakan salah seorang trader terbaik yang pernah hidup di atas muka bumi ini. Kehebatan beliau sebagai pedagang stock market dan komoditi dibukukan dalam buku yang bertajuk “Reminiscences of a Stock Operator”, sebuah karya agung tulisan Edwin Lefevre yang berkisar tentang sejarah dan perjalanan Jesse Livermore sebagai seorang trader terhebat.

Terdapat tiga trading score yang menurut catatan sejarah, telah mengangkat Livermore menjadi seorang lagenda. Pertama, Livermore melakukan short position sejurus sebelum berlakunya gempa bumi di San Francisco pada tahun 1906. 

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Kedua, usai berakhirnya Perang Dunia Pertama, Jesse Livermore melakukan tindakan ekstrem dengan cornering the market untuk pasaran kapas sehingga Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Woodrow Wilson terpaksa campur tangan dan memujuk Livermore supaya menjual semula semua pegangannya pada harga breakeven demi mengelakkan huru-hara pasaran. 

Ya, hanya kerja seorang Jesse Livermore – boleh jadi tak stabil pasaran kapas di seluruh Amerika Syarikat! Tapi Livermore bukanlah serius nak kucar-kacirkan pasaran pada masa itu. Beliau cuma nak menguji tahap kekuatan pasaran. Apabila Presiden Amerika Syarikat tanya kenapa beliau lakukan perkara sebegitu, Livermore menjawab dengan bersahaja, “To see if I could, Mr President”.

Ketiga, inilah yang paling dramatik seterusnya menjustifikasikan status Jesse Livermore sebagai seorang pedagang lagenda! Pada lewat petang hari berlakunya ‘Black Tuesday’ iaitu pada tarikh 29 Oktober 1929 – ketika semua pedagang dan pelabur meratapi kehangusan seluruh wang mereka di Wall Street, Livermore pulang ke rumah bertemu isterinya.


Setibanya Livermore di rumah, ketika isterinya sedang menangis, Livermore memberitahu;

Jangan menangis. Hari ini adalah hari paling terbaik dalam hidupku. Aku telah meraih USD100 juta akibat kejatuhan Wall Street tadi.

Livermore

Ya, Livermore telah lebih awal melakukan short position menyebabkan dia terselamat seterusnya meraih habuan tertinggi di atas kejatuhan pasaran paling epik dalam sejarah.

Banyak lagi kisah Livermore yang boleh kita pelajari terutamanya tentang taktik, teknik dan strategi trading yang beliau gunakan dalam menguasai pasaran dan meraih keuntungan. 

Sungguhpun begitu, kehidupan peribadi Livermore tidaklah seindah seperti mana kehidupan beliau sebagai seorang trader lagenda.

Suasana di Wall Street pada malam Black Tuesday – pekerja tidur keletihan kerana timbunan kerja kesan daripada market crash.

Livermore juga beberapa kali melalui siri kejatuhan dan kebangkitan. Kehidupan rumahtangga beliau seringkali bermasalah yang akhirnya membawa kepada beliau membunuh diri. Livermore mati akibat tembakan daripada Colt Automatic. Beliau ditemui mati di Sherry-Netherland Hotel, Manhattan pada 28 November 1940 jam 5.30 petang. Di sisinya terdapat sekeping nota buat isteri:

My dear Nina: Can’t help it. Things have been bad with me. I am tired of fighting. Can’t carry on any longer. This is the only way out. I am unworthy of your love. I am a failure. I am truly sorry, but this is the only way out for me. Love Laurie.

Livermore dan isterinya, Harriet Metz sehari sebelum kematiannya

Begitulah pengakhiran tragis kehidupan seorang trader lagenda. Saya tutup tulisan kali ini dengan mengambil kata-kata nasihat Jesse Livermore semasa hayatnya yang boleh kita jadikan pedoman di dalam trading; 

There is nothing new in Wall Street. There can’t be because speculation is as old as the hills. Whatever happens in the stock market today, has happened before and will happen again.

Mesej yang sangat jelas untuk kita semua jadikan iktibar.

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share348ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In