• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Melabur Hanya Menggunakan Wang Lebihan

in Asas Saham
A A
5 Sebab Kenapa Kita Perlu Melabur Hanya Menggunakan Wang Lebihan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Kata Pak Teh, tujuan melabur adalah untuk kembangkan wang. Ada pendapat lain pula kata, menjadi pedagang saham adalah cara yang lebih cepat untuk kembangkan wang.

Maka tidak pelik, bermulanya penularan pandemik Covid-19 pada Mac 2020, semakin ramai yang mula berjinak-jinak dalam pasaran saham sebab perlukan backup income.

Pun begitu, ada satu aspek yang penting tetapi seringkali diabaikan untuk terus bertahan dan konsisten berada dalam pasaran saham. Ianya adalah pengurusan emosi dalam membuat keputusan. 

Pengurusan emosi yang baik bermakna para pedagang atau pelabur saham mampu untuk menguruskan setiap tindakan yang dibuat dalam pelaburan dengan fakta dan data. 


Perkara tunjang yang boleh menguruskan emosi ketika berdagang adalah, pelabur dan pedagang perlu menggunakan wang lebihan sahaja dalam membuat pelaburan.

Jangan guna duit simpanan anak.

Jangan guna duit untuk bayar hutang.

Jangan guna duit yang dipinjam!

Berikut merupakan 5 sebab kenapa pedagang dan pelabur perlu menggunakan hanya wang lebihan:-

1. Dapat Menerima Hakikat Kerugian

Kita akan lebih mudah menerima hakikat kerugian berbanding mereka yang menggunakan wang simpanan.

Bayangkan jika kita membeli daham menggunakan wang simpanan kecemasan dan rugi. Perit dan serabut jadinya.

Apatah lagi, sekiranya membuat tindakan meminjam bagi tujuan pelaburan.

2. Dapat Membuat Keputusan Dengan Tenang

Dalam dunia saham kita tidak terlepas daripada berdepan dengan risiko kerugian. Bagi pedagang dan pelabur yang bijak, kerugian hanya dapat dikawal dengan membuat pengurusan risiko. 

Untuk itu, kita perlu membuat trading plan yang ada beberapa perkara penting berikut sebelum membeli saham:- 

Entry Price (Harga Beli)

Ada beberapa kriteria yang anda perlu letakkan sebagai Entry Price anda. 

Support (Harga Sokongan)

Tahukah anda yang harga saham ini adalah zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun?

Setiap saham perlu dikaji dan harga sokongan perlu dikenalpasti. Set alert sekiranya telah mencapai aras support dan anda perlu bersedia untuk menjual.

Stop Loss (Harga Wajib Jual)

Biasanya situasi ini jarang berlaku sekiranya analisa anda mantap, tetapi jika harga telah break support atau mencecah harga Stop Loss (iaitu 1-3 bid di bawah harga sokongan) – jual sahaja dan berhenti berharap bahawa harga saham tersebut akan naik.

Resistance (Harga Rintangan) / Target Price (Harga Sasaran Keuntungan)

Ianya adalah berlawanan dengan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.

Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah mencapai target price. Dah cukup keuntungan, cepat-cepat jual! 

Ramai orang yang tewas pada waktu ini kerana terlalu mengikut emosi dan berharap harganya akan terus naik.

Jika harga tadi tiba-tiba jatuh dan tidak sempat untuk menjual, bukankah haru jadinya?

3. Dapat Ikut Trading Plan

Anda perlu berdisiplin dan mengikut trading plan yang telah dibuat.

Tahu bila masa untuk beli dan tahu bila masa yang sesuai untuk jual. 

Tekanan untuk menggandakan wang dengan cepat biasanya akan menyebabkan para pedagang dan pelabur mengabaikan terus perancangan awal yang dibuat.

Jangan khianati trading plan anda. Selalunya, pengkhianatan ini akan membawa kepada kerugian. 

4. Berhenti Menggunakan Teknik ‘Hope Analysis’

Berhenti berharap bahawa suatu hari nanti saham yang telah anda khianati trading plan sendiri akan kembali naik. Teknik harapan sebenarnya menyebabkan anda terlepas banyak peluang lain yang terhidang di depan mata.

5. Takut Dijangkiti FOMO

Apa itu FOMO?

FOMO adalah akronim kepada ‘Fear of Missing Out’. Istilah ini semakin popular seiring dengan perkembangan penggunaan sosial media yang semakin meluas. FOMO sering digunakan untuk menyebut seseorang yang ketagih untuk menggunakan sosial media. 

Barangkali, kerana takut ketinggalan informasi, berita dan perkembangan semasa, ramai yang memaksa diri untuk online sepanjang masa.

FOMO Dalam Dunia Pasaran Saham

Ketika pasaran saham terus melonjak naik, banyak pelabur dan pedagang yang nekad membeli di harga tinggi. Walaupun tidak tahu sama sekali apa sebenarnya yang sedang terjadi, mereka yang FOMO hanya tahu membeli mengikut trend semasa dan berharap cepat membuat keuntungan seperti orang lain yang sudah terlebih awal membelinya. 

Mengapa berlaku sebegini? 

Hal ini terjadi kerana mereka takut ketinggalan meraih keuntungan.

Inilah fenomena yang dinamakan FOMO. Sedangkan, membeli kerana takut ketinggalan ini sangat berbahaya. Kemungkinan untuk rugi besar itu sangat tinggi.

Dalam dunia pasaran saham, hal yang paling penting adalah berkenaan dengan penggunaan wang dari sumber yang tidak akan menekan emosi kita sekiranya kemajuan kita dalam dunia pasaran saham ini sedikit perlahan. Kata orang, biar lambat asal selamat.

Tidak ada satu perkara di dunia ini yang membolehkan kita melangkaui proses yang sepatutnya kita lalui. 

Analoginya, ketika kecil kita barangkali pernah jatuh berkali-kali sebelum boleh berlari laju. Ketika tadika, kita pasti bermula dengan mengenal ABC sebelum boleh membaca dengan lancar.

Percayalah kepada proses.

Sekiranya masih belum memiliki wang lebihan, teruskan usaha anda. Usah terkejar-kejar. Pasaran saham tak lari ke mana.

Semoga kita terselamat daripada kerugian yang sia-sia. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share405ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In