• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

AAX Catat Kerugian Disebabkan Rosot Nilai Aset

in Berita
A A
Kerugian Bersih AirAsia X Meningkat Kepada RM308.46 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: Malay Mail

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — AirAsia X Bhd (AAX) telah menjelaskan bahawa penyata pendapatan mencatatkan kerugian kebanyakannya disebabkan oleh rosot nilai aset yang dibuat mengikut piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu berkata penyelarasan yang relevan diperlukan dalam konteks persekitaran operasi semasa dan proses penyusunan semula yang sedang berlangsung sekarang.

“Di bawah piawaian berkenaan, aset dianggap mengalami susut nilai tetapi liabiliti yang berkaitan dengan aset tersebut pada masa ini tetap dibayar secara kontrak dan oleh itu kekal dalam lembaran imbangan.

“Rosot nilai aset ini tidak mempengaruhi proses penyusunan semula yang sedang dilakukan oleh syarikat dan catatan perakaunan yang sesuai akan dibuat pada penyusunan semula yang berjaya yang akan mencerminkan aset serta liabiliti dengan lebih tepat berdasarkan syarat penstrukturan semula yang dipersetuji,” katanya.

Syarikat penerbangan itu berkata AAX dan penasihat penstrukturannya, Seabury Capital yang berpusat di New York telah melakukan perbincangan dengan peminjam dan pemiutang lain dalam tempoh dua bulan selepas keputusan mahkamah (CCM) dan hasilnya dijadual akan dapat diketahui dalam beberapa minggu akan datang.

Ia berkata seperti yang diumumkan pada 7 Mei ,2021, AAX akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 1 Jun untuk para pemegang saham memilih skim tersebut.

“CCM akan diadakan pada suku ketiga bagi pemiutang untuk turut sama memilih skim penyusunan semula itu,” katanya.

AAX kekal komited untuk meneruskan operasi komersial secepat mungkin selepas berjaya menyelesaikan rancangan penyusunan semula dan pembukaan pintu sempadan antarabangsa.

Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata bahawa tidak ada maklumat kewangan perbandingan yang tersedia untuk tahun sebelumnya yang sesuai dengan tempoh kerana perubahan terhadap tahun kewangannya berakhir pada 30 Jun, 2021 dari 31 Disember, 2020.

Bagi suku yang berakhir pada 31 Mac, 2021, syarikat penerbangan itu mencatat kerugian bersih RM5.67 bilion sementara pendapatan berjumlah RM38.49 juta.

Mengenai prospek, ia berkata AAX telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi daripada pembekal, pemajak dan pemberi pinjamannya serta mengurangkan perbelanjaan modal sedapat untuk mengekalkan kecairan pada waktu yang mencabar ini.

Pengurangan gaji telah dilaksanakan di semua peringkat syarikat itu selain daripada kakitangan yang paling junior (pekerja baru) dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan pengurangan selanjutnya sedang dirancang terutama dalam fungsi yang berkaitan dengan operasi penerbangan.

AAX berkata ia juga telah menyusun semula sebahagian besar lindung nilai bahan bakarnya dan masih dalam proses menyusun semula lain-lain yang berkaitan.

“Kami telah memohon pinjaman bank untuk meningkatkan kecairan dan telah memulakan rundingan dua hala dengan pemajak pesawat dan rakan penyelenggaraan kami untuk mengurangkan asas kos operasi syarikat dengan ketara. Proses ini sedang berlaku sekarang,” katanya.

Dalam keadaan semasa, syarikat penerbangan akan terus mencari kecairan tambahan dan berusaha untuk mengurangkan asas kos syarikat untuk membolehkan AAX terus beroperasi dalam persekitaran pasca-COVID-19 ketika permintaan keseluruhan untuk perjalanan udara antarabangsa dijangka lebih rendah daripada tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In