• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Urus Niaga Teramat Rendah, Sentimen Terjejas Oleh Peningkatan Kes COVID-19

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga hari ini teramat rendah berikutan kegiatan jualan pada minit akhir dagangan di tengah-tengah peningkatan harian kes COVID-19 hari ini.

Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi kes COVID-19 hari ini dengan 6,806 kes baharu.

Ketika urus niaga ditutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.20 mata kepada 1,575.32 berbanding penutupan Rabu pada 1,580.52. 

Indeks utama yang dibuka 2.67 mata lebih rendah pada 1,577.85, bergerak antara 1,570.32 dan 1,585.32.    

Pergerakan harga di keseluruhan pasaran turut negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 832 berbalas 288 sementara 393 kaunter tidak berubah, 692 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 6.74 bilion unit bernilai RM4.57 bilion berbanding 5.74 bilion unit bernilai RM4.03 bilion ketika ditutup semalam.

Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran tetap lemah kerana para pelabur terus memantau rapat perkembangan COVID-19 di negara ini, dengan kemungkinan besar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di seluruh negara.

“Keputusan sama ada PKP seluruh negara dikuatkuasakan yang akan diketahui Jumaat menyebabkan kegiatan jualan besar-besaran di pasaran,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sebarang tindakan untuk mengenakan PKP secara menyeluruh akan dibincangkan pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok dengan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri dijangka turut hadir.

Saham berwajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank naik satu sen kepada RM4.20, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.28, Maybank turun satu sen kepada RM8.27, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM7.94, TNB merosot tujuh sen kepada RM9.90 dan Top Glove kerugian lapan sen kepada RM5.37.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, Sedania Innovation melonjak 30 sen kepada 60.5 sen, Kanger International naik setengah sen kepada 8.5 sen, UCrest menokok satu sen kepada 34 sen, Focus Dynamics tidak berubah pada enam sen, LKL International turun satu sen kepada 39.5 sen dan Careplus berkurangan 19 sen kepada RM2.53.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 78.43 mata pada 11,415.47, Indeks FBMT 100 susut 60.85 mata kepada 11,122.96, dan FBM ACE turun 119.02 mata kepada 7,602.12.

Indeks FBM Emas Syariah merosot 117.44 mata kepada 12,706.61, dan FBM 70 kerugian 174.12 mata kepada 14,595.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 2.71 mata kepada 14,875.66, Indeks Perladangan meningkat 9.53 mata pada 6,918.31, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 4.11 mata kepada 187.83

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 3.68 bilion saham bernilai RM3.27 bilion daripada 3.30 bilion saham bernilai RM3.07 bilion pada penutupan urus niaga petang Rabu.

Jumlah dagangan waran mengukuh pada 341.47 juta unit bernilai RM35.43 juta daripada 268.17 juta unit bernilai RM28.28 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 2.71 bilion saham bernilai RM1.26 bilion daripada 2.17 bilion saham bernilai RM935.85 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 560.61 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.16 bilion), pembinaan (112.12 juta), teknologi (512.33 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (70.10 juta), harta tanah ( 306.54 juta), perladangan (78.54 juta), REIT (8.26 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (394.083 juta), penjagaan kesihatan (192.32 juta), telekomunikasi dan media (174.11 juta), pengangkutan dan logistik (88.50 juta) , dan utiliti (26.10 juta).

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In