• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, August 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi Sedikit Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi dagangan tengah hari ini, dirangsang oleh kegiatan membeli ketika harga saham murah selepas pasaran mencatatkan penurunan semalam.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.61 mata kepada 1,581.13 berbanding 1,580.52 pada penutupan urus niaga petang Rabu.

Indeks utama bergerak antara 1,577.85 dan 1,585.31 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 468 berbalas 452 sementara 419 kaunter tidak berubah, 866 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.84 bilion unit bernilai RM1.92 bllion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lima sen kepada RM8.33, Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM7.99, IHH Healthcare menambah tujuh sen kepada RM5.35, CIMB menokok dua sen kepada RM4.22, Public Bank tidak berubah pada RM4.19 dan TNB turun dua sen kepada RM9.95.

Bagi saham aktif, LKL International naik 2.5 sen kepada 43 sen, UCrest meningkat empat sen kepada 37 sen, Kanger International untung setengah sen kepada 8.5 sen, Dagang Nexchange 2.5 sen lebih tinggi pada 73 sen, Focus Dynamics tidak berubah pada enam sen dan Hiap Teck turun 3.5 sen kepada 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.94 mata kepada 11,507.84, Indeks FBMT 100 naik 15.53 mata kepada 11,199.34, Indeks FBM Emas Syariah menokok 8.21 mata kepada 12,832.26, FBM ACE mengembang 71.91 mata kepada 7,793.05 dan FBM 70 meningkat 64.03 mata kepada 14,833.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 56.53 mata kepada 14,929.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.55 mata kepada 191.39 dan Indeks Perladangan naik 38.72 mata kepada 6.947.50.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In