• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

5 Syarikat Milik Israel Yang Didagangkan Di Nasdaq

in Saham Global
A A
5 Syarikat Milik Israel Yang Didagangkan Di Nasdaq
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Peperangan Israel dan negara Palestin merupakan isu yang hangat diperkatakan sekarang ini. Kita bersyukur kerana negara kita telah mencapai kemerdekaan 64 tahun yang lalu dan kini kita tidak lagi perlu melalui zaman peperangan.

Sokongan negara Malaysia terhadap negara Palestin terus kukuh dengan pelbagai pihak tanpa mengira bangsa dan agama memberikan sokongan moral serta menganjurkan kutipan dana bagi membantu negara Palestin yang sedang ditindas oleh Israel.

Sumber: Getty Image

Tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Yahudi sedang menguasai ekonomi dunia pada hari ini. 

Baca: 3 Sebab Bangsa Yahudi Berjaya Kuasai Ekonomi

Tanpa kita sedari, banyak jenama produk harian yang kita guna setiap hari dikeluarkan oleh orang Yahudi di Amerika Syarikat. Antaranya adalah seperti Google, Facebook, Starbucks, Dell dan banyak lagi. Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada contohnya.

Sumber: Majalah Labur

Tahukah anda bahawa, Israel mempunyai syarikat yang banyak tersenarai di Nasdaq?

Sejak tahun 1980-an, sebanyak 250 syarikat Israel telah tersenarai di Nasdaq. Namun kini, hanya tinggal 95 buah syarikat yang masih tersenarai di Nasdaq kesan daripada pengambilalihan syarikat, penggabungan dan syarikat telah bankrup. 

Syarikat-syarikat dari Israel yang tersenarai di indeks Nasdaq datangnya daripada pelbagai sektor. Mari lihat 5 contoh saham syarikat Israel yang didagangkan di Nasdaq. Bukan suruh beli ya. Janganlah pergi beli saham-saham ini pula.

1. CEVA Inc, CEVA – Sektor Semikonduktor

Sumber: Fierce Electronics

Ibu pejabat yang terletak di Rockville, Maryland, CEVA adalah syarikat yang menyediakan lesen penyambungan tanpa wayar dan teknologi pengesanan pintar. 

Portfolio teknologi CEVA merangkumi pemproses isyarat digital, pemproses AI, platform tanpa wayar, perisian lengkap untuk penyatuan sensor, penambahbaikan kualiti imej, penglihatan komputer, input suara dan kecerdasan buatan yang semuanya merupakan teknologi utama untuk menghubungkan dunia dan menjadikan teknologi dunia semakin pintar.

Fasiliti pembangunan CEVA terletaknya di Herzliya, Israel dan Sophia Antipolis, Perancis.

2. Compugen Ltd, CGEN – Sektor Bioteknologi

Sumber: Trend News Agency

Compugen merupakan sebuah syarikat bioteknologi yang membangunkan ubat-ubatan pada peringkat klinikal. Syarikat ini menggunakan platform ramalan komputer yang boleh diguna secara meluas untuk mengenal pasti ubat baru dan mengembangkan kaedah rawatan bagi kanser imunoterapi. Ibu pejabat Compugen Ltd adalah di Holon, Israel dan South San Francisco, Amerika.

3. Magal Security Systems, MAGS – Sektor Sistem Sekuriti

Sumber: nexlen

Magal Security Systems adalah penyedia penyelesaian dan produk keselamatan fizikal dan siber serta keselamatan dan pengurusan laman sesawang. Magal ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai salah satu cabang kepada industri aeroangkasa Israel. 

Pada tahun 1993, Magal diapungkan dan disenaraikan di Nasdaq. Sejak penubuhannya, Magal mempunyai dua anak syarikat iaitu Senstar dan Aimetis.

Magal menyediakan penyelesaian kepada kawasan yang kritikal termasuklah lapangan terbang, sempadan negara, infrastruktur yang kritikal, pelabuhan dan bandar pintar.

4. Rada Electronics Industries, RADA – Sektor Aeroangkasa

Sumber: Rada

RADA Electronics Industries adalah syarikat teknologi pertahanan terkemuka yang menyediakan penyelesaian radar dan sistem avionik. Syarikat ini adalah pelopor dalam menghasilkan radar taktikal mini yang memberi perlindungan ketenteraan aktif, perlindungan infrastruktur kritikal dan pengawasan sempadan.

RADA ditubuhkan oleh David Reitner dan syarikat ini telah didagangkan di Nasdaq sejak tahun 1985. Pengerusi RADA adalah Yossi Ben Shalom iaitu pengasas DBSI Investments dan beliau juga merupakan seorang eksekutif berpengalaman dalam komuniti industri dan kewangan Israel.

Sumber: Rada

Selain di Nasdaq, RADA turut disenaraikan di Tel Aviv Stock Exchange iaitu pasaran saham di Israel lalu menjadikannya sebagai “Dual-Listed Stock”.

5. Wix.com, WIX – Sektor Teknologi 

Sumber: Wix.com

Wix.com mungkin terkenal dalam kalangan orang yang pernah mencipta laman web sendiri kerana Wix.com adalah sebuah platform yang memudahkan semua orang membina laman web mereka sendiri.

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa Wix.com diasaskan oleh orang Israel. Wix.com diasaskan oleh tiga orang iaitu Avishai Abrahami, Nadav Abrahami dan Giora Kaplan pada tahun 2006. 

Sumber: Reuters

Idea untuk menubuhkan syarikat ini adalah apabila mereka mendapat kesukaran untuk membina laman web mereka sendiri,lantas mereka membina sebuah platform yang membolehkan semua orang membina laman web masing masing-masing tanpa kemahiran coding. 

Senarai syarikat-syarikat di atas sudah pasti menyumbang kepada ekonomi Israel kerana produk-produk syarikat tersebut digunakan bukan sahaja di Amerika Syarikat malah seluruh dunia juga menggunakan produk keluaran Israel.

Senarai syarikat di atas diperoleh daripada Jewish Virtual Library.  

Kesimpulannya, banyak lagi syarikat-syarikat Israel yang tersenarai di Wall Street dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengkaji latar belakang sesebuah syarikat sebelum melabur di dalamnya. Sama-samalah kita berdoa agar peperangan tersebut dihentikan segera dan negara Palestin mendapat sokongan serta bantuan yang diperlukan dari pelbagai pihak. 

Sumber: 

  • Jewish Virtual Library
  • Israel Hi-Tech & Investment Report
  • Reuters
  • Majalah Labur

Mulakan Pelaburan Saham di

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL? 

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula. 

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Tags: Sectors
Share552ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In