• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

5 Tanda Anda Sudah Bersedia Melabur Saham Di Wall Street (US)

in Saham Global
A A
5 Tanda Anda Sudah Bersedia Melabur Saham Di Wall Street (US)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Ramai yang mempunyai pengalaman melabur di pasaran saham tempatan. Sesetengah pelabur mungkin telah berjaya membuat keuntungan yang besar di Bursa Malaysia. Pernahkah terdetik di hati anda untuk merasai keseronokan melabur di Wall Street? 

Bagaimana pula jika anda ingin tahu sekiranya anda sudah bersedia melabur di Wall Street?

Sekiranya anda seorang pelabur yang mempunyai 5 tanda ini, anda sebenarnya sudah bersedia untuk mengembangkan portfolio ke pasaran saham Wall Street.

1. Konsisten Membuat Keuntungan Di Bursa Malaysia

Sumber: pxfuel

Perkara yang paling penting dalam pelaburan saham adalah consistency dalam membuat keuntungan. Perkara ini dinamakan winning rate yang lebih tinggi. Terdapat perbezaan di antara membuat keuntungan yang lebih besar dengan konsisten membuat keuntungan.

Maksud konsisten membuat keuntungan adalah kadar anda membuat keuntungan berbanding kerugian adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, Ali membuat pelaburan sebanyak 10 kali. Sekiranya daripada 10 kali Ali melabur, Ali berjaya memperoleh keuntungan sebanyak 8 kali dan kerugian sebanyak 2 kali. Inilah yang dimaksudkan dengan konsisten dalam membuat keuntungan. 

Berbeza pula dengan membuat keuntungan besar dalam satu trade. Sebagai contoh, Ali berjaya membuat keuntungan yang sangat besar dalam hanya satu trade. Namun daripada 10 kali Ali melabur, Ali hanya berjaya membuat keuntungan sebanyak 3 kali tetapi telah mengalami kerugian sebanyak 7 kali. Meskipun Ali berjaya membuat keuntungan yang besar dalam salah satu trade tersebut, ia tidak menjamin yang Ali akan terus membuat keuntungan di masa hadapan. 

Oleh itu sekiranya anda telah konsisten membuat keuntungan di Bursa Malaysia, anda boleh cuba mengambil peluang untuk melabur di Wall Street dan ilmu serta teknik yang digunakan adalah hampir sama. 

2. Mempunyai Modal Yang Bersesuaian

Sumber: pxfuel

Saya percaya ramai yang mempunyai persoalan ini iaitu berapa modal yang diperlukan untuk melabur di Wall Street. Modal permulaan dalam saham sebenarnya agak subjektif kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dalam saiz modal. 

Pada pandangan penulis dan pelabur Wall Street yang terkemuka iaitu Tuan Mukhriz Mangsor, beliau berpendapat bahawa modal yang sesuai adalah sekitar USD1,000. 

Modal yang sedikit besar ini dianggap sesuai kerana harga saham Wall Street sudah tentu lebih mahal dan juga kos broker untuk setiap transaksi membeli dan menjual saham Wall Street adalah lebih tinggi.

3. Mahu Mencuba Pasaran Luar Negara

Saya percaya salah satu sebab pelabur ingin melabur di Wall Street adalah kerana mereka pernah melabur di Bursa Malaysia dan kini ingin mencuba pasaran saham yang lain pula.

Terdapat banyak pasaran saham luar negara yang pelabur boleh cuba seperti New York Stock Exchange, Nasdaq, American Stock Exchange (AMEX), Hong Kong Exchange (HKE), Singapore Exchange (SGX) dan banyak lagi.

Sumber: RHB Trade Smart

4. Ada Keinginan Untuk Membeli Saham-Saham Gergasi

Setiap hari kita menggunakan produk syarikat-syarikat yang tersenarai di Wall Street. Pasti terlintas di fikiran kita yang setiap hari kita gunakan produk seperti Facebook, Twitter, Microsoft dan sebagainya tetapi sehingga kini kita belum lagi memiliki mana-mana saham tersebut. 

Maka timbul keinginan dalam diri untuk membeli saham-saham tersebut. Jangan risau sekiranya harga saham tersebut mungkin mahal bagi anda kerana kita boleh membeli saham di Wall Street dengan serendah 1 unit sahaja.

Bayangkan anda boleh membeli saham Microsoft dengan hanya 1 unit. Harga saham Mircrosoft pula adalah sekitar USD250. Sekiranya anda ada USD1,000 tadi, anda  boleh membeli saham Microsoft.

Di Wall Street terdapat sekitar 10 ribu saham yang didagangkan dan 295 daripadanya adalah patuh syariah.

5. Sudah Mula Mencari Ilmu Mengenai Wall Street 

Tahniah kepada anda sekiranya anda sudah mula mencari ilmu mengenai pelaburan di Wall Street tidak kiralah daripada buku, seminar, webinar, video dan sebagainya. 

Ilmu adalah perkara pertama yang wajib ada dalam diri setiap pelabur  sebelum membuat sebarang pelaburan. Pelaburan tanpa ilmu adalah sama sahaja seperti judi kerana anda tidak pasti dengan apa yang anda lakukan.

Kini segala maklumat boleh didapati di hujung jari. Layari sahaja laman web yang berkaitan maka anda boleh mendapatkan maklumat yang menarik serta belajar daripada situ. 

Bagi sesetengah orang pula mungkin lebih selesa untuk belajar secara terus dengan pengajar atau sifu saham melalui webinar atau video.

Baca : 5 Sebab Anda Kena Belajar Dengan Guru Pelaburan Saham Global Ini

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL? 

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share342ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In