• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Rentak Aktiviti Jualan Bersih Asing Agak Perlahan Minggu Lepas

in Market Update
A A
Syarikat Dapat Manfaat Daripada Perubahan Indeks Konstituen

KUALA LUMPUR 27 FEBRUARI 2020. Pasaran saham Bursa Malaysia Indeks di Ibupejabat Bank RHB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Kegiatan penjualan bersih asing perlahan sedikit pada minggu urus niaga yang singkat minggu lepas dengan pelabur asing hanya melupuskan sejumlah RM108.1 juta bersih ekuiti tempatan berbanding RM336.4 juta bersih minggu sebelumnya, kata ahli ekonomi  Bank Islam Malaysia Bhd Mohamed Rahim.

Urus niaga di Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada 13-16 Mei sempena cuti umum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata pelabur asing memulakan minggu urus niaga pada Isnin lepas dengan mengeluarkan sejumlah RM37.0 juta bersih ekuiti tempatan ketika pelabur mula menjauhi pasaran, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku pertama tahun 2021.

“Beberapa aktiviti penjualan berlaku di kaunter sarung tangan getah pada hari berkenaan (Isnin) berikutan kadar vaksinasi yang tinggi di dalam negara selepas bermulanya program vaksinasi secara sukarela menggunakan vaksin AstraZeneca,” katanya kepada Bernama.

Aliran keluar bersih asing terus meningkat pada Selasa kepada RM67.8 juta dengan kebimbangan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada skala yang lebih besar telah menjejaskan sentimen positif diperoleh daripada penguncupan pertumbuhan KDNK Malaysia yang lebih kecil sebanyak 0.5 peratus pada suku pertama 2021 berbanding penurunan 3.4 peratus pada suku keempat 2020.

Pada hari dagangan terakhir sebelum pasaran ditutup sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Adam berkata pelabur asing melupuskan sejumlah RM3.3 juta bersih ekuiti tempatan, menjadikan aliran keluar asing asing setakat tahun ini berjumlah RM3.3 bilion.

“Hanya ada empat minggu pembelian bersih asing daripada 19 minggu setakat tahun ini,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research berkata secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti Malaysia, bernilai RM6.25 bilion.

“Institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing berjumlah -RM2.94 bilion dan -RM3.31 bilion,” kata firma penyelidikan itu.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing mencatatkan penurunan mingguan masing-masing sebanyak 37.45 peratus, 33.28 peratus dan 12.75 peratus dalam purata nilai dagangan harian.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In