• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

AMIvestment Bank Naikkan Saranan Kepada Beli Ke Atas Petronas Gas

in Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
AMIvestment Bank Naikkan Saranan Kepada Beli Ke Atas Petronas Gas
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

AmInvestment Bank menaikkan saranan ke atas Petronas Gas (PGas) daripada ‘pegang’ kepada ‘beli’ pada nilai saksama berdasarkan penilaian jumlah bahagian iaitu RM21.30 sesaham berbanding RM17.80 sebelumnya, menunjukkan jangkaan tahun kewangan 2020 dengan 20 kali harga-kepada-perolehan (PE).

AmInvest juga mengekalkan unjurannya terhadap pendapatan syarikat itu memandangkan keuntungan bersih utama separuh kedua tahun kewangan 2020 PGas berjumlah RM1.047 bilion (tidak termasuk kerugian pertukaran asing yang belum direalisasikan sebanyak RM131 juta terutama daripada hutang dalam dolar AS terminal regasifikasi Sungai Udang) adalah sejajar dengan jangkaan, menyumbang 50 peratus kepada keuntungan bagi unjuran tahun kewangan 2020.

Bagi perbandingan tahun-ke-tahun, ia berkata pendapatan separuh pertama tahun kewangan 2020 PGas meningkat dua peratus kepada RM2.8 bilion kerana pelarasan pemprosesan gas, regasifikasi gas asli cecair (LNG) dan kadar utiliti lebih daripada mengimbangi penurunan lima peratus pendapatan pengangkutan gas mengikut Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) baharu sejak awal tahun ini.

PGas mengisytiharkan dividen khas sebanyak 50 sen sebagai tambahan kepada dividen interim kedua sebanyak 16 sen, ini bermaksud nisbah pembayaran separuh tahun pertama 2020 adalah 177 peratus.

“Berasaskan andaian bahawa syarikat itu akan terus membayar dividen seperti biasa pada separuh kedua 2020, kami telah menaikkan unjuran dividen sesaham bagi tahun kewangan 2020 sebanyak 36 peratus kepeada 98 sen, dengan nisbah pembayaran 92 peratus dan hasil yang menarik sebanyak enam peratus.

“Bagi tahun kewangan 2021 hingga 2024, kami telah menaikkan unjuran dividen sesaham sebanyak 10 sen yang meningkatkan nisbah pembayaran kepada 75 hingga 78 peratus,” kata AmInvestment.

AmInvestment berkata prestasi kewangan kukuh itu mengesahkan penurunan trajektori perolehan tahun kewangan 2020 bagi segmen pengangkutan gas di bawah garis panduan pengangkutan gas Suruhanjaya Tenaga untuk dua tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun untuk tahun kewangan 2020 hingga 2025.

“Bagi suku ke suku, keuntungan bersih utama suku kedua tahun kewangan 2020 meningkat kepada RM527 juta (tidak termasuk keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasikan sebanyak RM21 juta) dengan pendapatan tidak berubah RM1.4 bilion. Ini sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan kadar cukai efektif sebanyak tiga mata peratusan kepada 20 peratus,” menurutnya.

Setakat pukul 11.02 pagi, harga saham PGas naik 60 sen kepada RM16.98 dengan 309,200 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In