• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Opensys

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Opensys
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

OpenSys (M) Bhd (KLSE: 0040) (OpenSys) merupakan syarikat yang menjual, memasang dan memberikan servis penyelenggaraan Cash Recycling Machines (CRM) kepada para pelanggan seperti Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, Bank Islam, BSN, CIMB, Public Bank, Maybank, MBSB, Hong Leong Bank, RHB, Standard Chartered, UOB, Maxis, TM, TNB, Celcom, Sabah Electricity dan juga Sarawak Energy. 

Kini, OpenSys bernilai sebanyak RM232.4 juta dalam nilai pasaran. Maka, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham OpenSys.

1. Prestasi Segmen 10 Tahun Terkini 

OpenSys beroperasi dengan 2 segmen utama: 

a. Hardware 

OpenSys menjana pendapatan daripada penjualan dan pemasangan CRM. Segmen ini telah merekodkan sebanyak RM60.7 juta dalam perolehan atas peningkatan aktiviti pemasangan CRM pada tahun 2016. Sejak itu, syarikat ini  mengekalkan perolehannya pada paras RM50 – RM60 juta setahun bagi tempoh 2017-2019 sebelum ia mencatat penurunan perolehan kepada RM33.1 juta pada tahun 2020 kerana operasi segmen ini terjejas akibat penularan wabak COVID-19. 

b. Software Solution and Services (SSS) 

OpenSys menjana hasil daripada jualan SSS, servis penyelenggaraan, pembekalan after sale services, cheque processing outsourcing, dan juga outsourcing of payment kiosks. Segmen ini telah mencapai pertumbuhan CAGR sebanyak 9.75%, meningkat daripada RM21.4 juta pada tahun 2011 kepada RM49.3 juta pada tahun 2020. 

Chart
Chart

2. Keputusan Kewangan 10-Tahun Terkini 

Secara keseluruhannya, OpenSys merekodkan peningkatan daripada segi perolehannya daripada RM29.1 juta pada tahun 2011 kepada RM82.4 juta pada tahun 2020.

Keuntungan bersih naik daripada RM4.2 juta pada tahun 2011 kepada RM11.1 juta pada tahun 2020. Hal ini disebabkan oleh penambahan keuntungan segmen terutamanya daripada SSS. 

Dalam 10 tahun, OpenSys mencapai Return on Equity (ROE) purata sebanyak 14.31% setahun. Ini bermaksud bahawa syarikat ini menjana sebanyak RM14.31 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegangan saham. 

Chart

3. Pengurusan Aliran Tunai 

Bagi tempoh 2011-2020, OpenSys telah menjana sebanyak RM123.1 juta dalam aliran tunai operasi. 

Daripada jumlah tersebut, ia telah menggunakan : 

  • RM30.6 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih. 
  • RM25.1 juta dalam short-term investments. 
  • RM19.1 juta dalam pemulangan hutang bersih. 
  • RM4.6 juta dalam fixed deposits (FDs).
  • RM29.6 juta dalam dividen kepada pemegang sahamnya. 

Dengan itu, OpenSys telah menaikkan baki tunainya daripada RM1.6 juta pada tahun 2011 kepada RM5.1 juta pada tahun 2020. Maka, terbuktilah OpenSys merupakan sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi positif dan perkara ini membolehkannya untuk membeli PPE dan membayar dividen secara berterusan sepanjang 2011-2020. 

4. Kedudukan Kewangan Terkini 

Pada tahun 2020, OpenSys mencatatkan RM17.3 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM57.4 juta dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang untuk syarikat ini adalah 30.1%. 

Pada masa tersebut, OpenSys telah merekodkan RM50.6 juta dalam aset semasa dan RM31.3 juta dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa adalah 1.62. 

5. Pelancaran buySolar 

Pada 18 Februari 2020, OpenSys telah melancarkan buySolar iaitu marketplace bagi produk solar pertama di Malaysia. buySolar membolehkan pelanggan atau penggunanya untuk memilih produk solar dan cara pembiayaan paling sesuai untuk membuat pemasangan panel solar pada hartanah mereka. 

Pada 2 November 2020, Solarvest Energy Sdn. Bhd. telah menandatangani satu Product Referral Agreement (PRA) bersama OpenSys. PRA ini adalah untuk tempoh 3 tahun dan OpenSys bertanggungjawab untuk mempromosi dan menjual produk solar daripada Solarvest Energy melalui buySolar. 

6. Pelancaran X-Kiosk 

Pada 30 Mac 2021, OpenSys melancarkan X-Kiosk, sebuah digital lifestyle payment solution bagi membolehkan pengguna membuat bayaran bagi eWallet top-up, prepaid reload, penjualan dan penggantian SIM-card, bayaran bil dan hutang di Malaysia. 

7. Pemegang Saham Utama 

Pada 29 Mac 2021, Tan Kee Chung merupakan pemegang saham utama bagi OpenSys, dengan 21.3% pemegangan saham secara langsung dalam syarikatnya. Kini, Tan Kee Chung adalah Group CEO bagi OpenSys. 

8. P/E Ratio 

Pada 10 Mei 2021, harga saham OpenSys adalah RM0.52. 

Maka, P/E Ratio terkini untuk OpenSys adalah 20.97 berdasarkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 2.48 sen pada tahun 2020. Ia berhampiran dengan 5 tahun P/E Ratio tertinggi buat masa kini. 

P/E Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM0.52 / RM0.0248

= 20.97

9. P/B Ratio

Pada tahun 2020, OpenSys telah merekodkan 15.85 sen dalam aset bersih setiap saham. Jadi, P/B Ratio terkini bagi OpenSys adalah 3.28. Ia berhampiran dengan 5-tahun P/B Ratio tertinggi buat masa ini. 

P/B Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM0.52 / RM0.1585

= 3.28

10. Kadar Dividen 

Untuk 12 bulan terkini, OpenSys telah membayar dividen seperti berikut: 

Maka, OpenSys membayar 0.834 sen DPS dalam 12 bulan terkini. 

Kadar dividen terkini bagi OpenSys adalah 1.60% setahun, iaitu terendah dalam tempoh 5 tahun tersebut. 

Kadar Dividen Terkini 

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM0.00834 / RM0.52) x 100%

= 1.60%

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa: 

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham OpenSys? Tepuk dada, tanyalah selera. 

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share318ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In