• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 8 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham DKSH

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 8 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham DKSH
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

DKSH Holdings (Malaysia) Bhd (KLSE: 5908) (DKSH) merupakan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini menawarkan servis pemasaran, pengedaran, dan logistik yang lengkap kepada pelanggan dalam industri seperti Fast Moving Consumer Goods (FMCG), food services, performance materials, dan produk perubatan di Malaysia.

Pada masa ini, DKSH bernilai sebanyak RM480.9 juta dalam nilai pasaran. 

Jadi, mari kita lihat 8 perkara ini sebelum nak melabur saham DKSH: 

1. Aktiviti Pertumbuhan Lepasan

DKSH telah berjaya melaksanakan aktiviti pertumbuhan seperti berikut: 

Kini, DKSH beroperasi dengan 4 buah ISO certified distribution centres, 16 buah regional distribution centres, 1 manufacturing plant untuk menghasilkan butter, dan 26 lokasi perniagaan di Malaysia. Syarikat ini membekalkan servisnya kepada lebih daripada 16,000 pelanggan di seluruh Malaysia. 

2. Keputusan Kewangan 7-Tahun Terkini 

DKSH mencatat pertumbuhan CAGR sebanyak 2.95% daripada segi perolehan bagi tempoh 2014-2020. Terdapat peningkatan dalam perolehan daripada RM5.34 bilion pada tahun 2014 kepada RM6.36 bilion pada tahun 2020. Ini adalah hasil daripada aktiviti pertumbuhan dalam masa 7 tahun tersebut dan pembelian serta integrasi Auric Pacific (M) Sdn Bhd ke dalam DKSH pada 2019. 

DKSH telah mencatat penurunan daripada segi keuntungan bersih, daripada RM59.9 juta pada tahun 2014 kepada RM36.8 juta pada tahun 2015. Ini disebabkan oleh penurunan daripada segi nisbah keuntungan (profit margin) akibat daripada pengalihan kepada penjualan produk yang mempunyai margin keuntungan yang lebih rendah.

Sejak daripada itu, DKSH mengekalkan keuntungan bersih sebanyak RM45 juta setahun dari tahun 2015 sehingga tahun 2020. DKSH telah mencapai 6-tahun Return on Equity (ROE) secara purata sebanyak 7.86% setahun. 

Ini bermaksud bahawa DKSH telah berjaya menjana sebanyak RM7.86 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM 100.00 dalam ekuiti pemegang saham bagi tempoh 2015-2020. 

3. Pengurusan Aliran Tunai 

Bagi tempoh 2014-2020, DKSH telah berjaya menjana RM167.1 juta dalam aliran tunai operasi dan RM464.7 juta dalam peminjaman bersih. Daripada jumlah itu, DKSH telah menggunakan: 

  • RM71.0 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih. 
  • RM467.1 juta dalam pelaburan Auric Pacific (M) Sdn Bhd pada 2019. 
  • RM111.9 juta dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham. 

Ini membuktikan bahawa DKSH adalah sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan dan perkara ini membolehkan DKSH untuk membeli PPE dan juga membayar dividen kepada pemegang sahamnya sepanjang 2014-2020.

Pada tahun 2019, DKSH membiayai pelaburan ke dalam Auric Pacific (M) Sdn Bhd melalui hutang. 

4. Kedudukan Kewangan Terkini 

Pada tahun 2020, DKSH telah merekodkan RM585.74 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM669.15 juta dalam ekuiti pemegangan saham. Dengan itu, nisbah hutang terkini bagi DKSH adalah 87.5%.

Pada masa itu, DKSH telah merekodkan RM2.17 bilion dalam aset semasa dan RM1.45 bilion dalam liabiliti semasa. Ia mempunyai nisbah semasa sebanyak 1.50. 

5. Pemegang Saham Utama 

Pada 31 Mac 2021, pemegang saham utama DKSH adalah seperti berikut: 

DKSH Holding Ltd merupakan pemegang saham utama DKSH melalui DKSH Resources (Malaysia) Sdn Bhd. DKSH Holding Ltd adalah antara 30 syarikat tersenarai di Switzerland dengan penjanaan sebanyak CHF10.7 bilion pada tahun 2020. 

6. P/E Ratio 

Pada 7 Mei 2021, harga saham DKSH adalah RM3.05. 

Maka, P/E Ratio terkini bagi DKSH adalah 9.84, berdasarkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 31.01 sen pada 2020.  

P/E Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM3.05 / RM0.3101

= 9.84

7. P/B Ratio 

Pada tahun 2020, DKSH telah merekodkan RM4.24 dalam aset bersih setiap saham. Jadi, P/B Ratio terkini bagi DKSH adalah 1.10. 

P/B Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM3.05 / RM4.24

= 0.72

8. Kadar Dividen

Pada 21 April 2021, DKSH telah mengisytiharkan 10.00 sen dalam Dividend Per Share (DPS) untuk tahun 2020. Ex-date untuk dividen ini ditetapkan pada 21 Jul 2021 dan tarikh pembayaran dividen ditetapkan pada 5 Ogos 2021. 

DKSH telah membayar 10.00 sen dalam DPS bagi setiap tahun pada 2017-2020, kecuali tahun 2019. 

Berdasarkan 10.00 sen dalam DPS, kadar dividen terkini bagi DKSH ialah 3.28% setahun. 

Kadar Dividen Terkini 

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM0.10 / RM3.05) x 100%

= 3.28%

Chart

Kesimpulan

Secara kesimpulan, saya mendapati,

Jadi, wajarkah anda melabur dalam saham DKSH? Tepuk dada, tanyalah selera. 

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share312ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In