• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia terus berada dalam kerugian pada sesi dagangan tengah hari berikutan kegiatan penjualan berterusan membabitkan kaunter berkaitan penjagaan kesihatan, didahului oleh Supermax.

Pada tengah hari indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.12 mata kepada 1,564.55 daripada 1,575.67 pada penutupan semalam.

Indeks utama itu dibuka 3.58 mata lebih lemah pada 1,572.09 dan bergerak antara 1,556.0 dan 1,573.68 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 876 berbalas 212 manakala 363 kaunter tidak berubah, 705 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.96 bilion saham bernilai RM2.70 bilion.

Bagaimanapun, kerugian dihadkan oleh kenaikan dalam indeks kaunter utama, Maybank yang naik satu sen kepada RM8.22.

Menurut JF Apex, prestasi pasaran yang lebih lemah disebabkan oleh kebimbangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang telah diperluaskan.

“Berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan dan pengumuman PKP,  FBM KLCI terus tertekan dan akan diuji semula pada paras 1,560 mata,” katanya.

Saham berkaitan penjagaan kesihatan, Supermax susut 64 sen kepada RM4.93, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai saham yang paling rugi dalam sesi ini, diikuti oleh Hartalega, merosot 53 sen kepada RM9.30, Top Glove turun 24 sen kepada RM5.08, Kossan Getah susut 20 sen kepada RM3.98, Comfort Gloves dan Careplus masing-masing lebih rendah 18 sen kepada RM2.27 dan RM2.28, dan IHH lemah tiga sen kepada RM5.17.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi yang lain, Public Bank turun dua sen kepada RM4.09, PChem menyusut lima sen kepada RM8.11, dan TNB lega dua sen kepada RM9.88.

Antara saham aktif pula, Focus Dynamics turun satu sen kepada sembilan sen, Dataprep lemah enam sen kepada RM1.89 dan Tanco menambah satu sen kepada 10 sen.

Pada papan indeks, Indeks FBM Emas turun 90.98 mata pada 11,513.86, Indeks FBM Emas Syariah menyusut 137.63 mata kepada 12,868.26, Indeks FBMT 100 jatuh 83.30 mata kepada 11,173.10, FBM 70 merosot 128.01 mata kepada 15,153.60 dan FBM ACE kehilangan 210.73 mata kepada 8,259.21.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri lebih rendah 1.52 mata kepada 196.77, Indeks Perladangan susut 22.90 mata kepada 6,893.95 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 4.11 mata kepada 14,752.05.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In