Spritzer Bhd (KLSE: 7103) (Spritzer) adalah syarikat pembuatan air mineral yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kini, ia beroperasi dengan 3 kilang di Taiping, Yong Peng, dan Shah Alam. Secara keseluruhan, kilang-kilang ini berupaya mengeluarkan sebanyak 750 juta liter air mineral dalam masa setahun.
Spritzer mempunyai RM453.5 juta dalam nilai pasaran. Jom, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham Spritzer ini.
1. Kapasiti Pengeluaran
Spritzer telah meningkatkan kapasiti pengeluaran botol air mineral daripada 500 juta liter pada Mei 2014 sehingga ke 750 juta liter pada Disember 2020. Peningkatan ini dibuat hasil daripada pelaburan capital expenditures (CAPEX) secara berterusan seperti berikut:

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Spritzer telah merekodkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM10.59 juta pada tahun kewangan Mei 2012 kepada RM35.66 juta pada tahun 2020. Spritzer telah mencatat sebanyak RM12.51 juta dalam keuntungan bersih pada Disember 2016. Ini adalah bagi tempoh selama 7 bulan daripada 1 Jun 2016 ke 31 Disember 2016.
Peningkatan daripada segi keuntungan bersih dalam tempoh Mei 2012 ke Disember 2020 adalah disumbangkan oleh peningkatan perolehan dan juga penambahbaikan daripada segi nisbah keuntungan (profit margin) pada masa itu atas sebab kawalankos operasi. Nisbah keuntungan bagi Spritzer telah naik, daripada 5.94% pada Mei 2012 kepada 11.56% pada Disember 2020.
Spritzer telah mencapai Return on Equity (ROE) purata sebanyak 7.20% setahun bagi tempoh 2016-2020.
Ini bermaksud bahawa Spritzer telah berjaya menjana sejumlah RM7.20 dalam keuntungan bersih dari setiap RM100 dalam ekuiti pemegang saham, sepanjang 5 tahun tersebut.
3. Pengurusan Aliran Tunai
Pada 2012-2020, Spritzer menjana sebanyak RM383.98 juta dalam aliran tunai operasi dan RM128.52 juta daripada pengeluaran ekuiti saham.
Daripada jumlah tersebut, Spritzer telah membayar:
- RM239.62 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih
- RM73.53 juta dalam pelaburan money market funds (MMF) bersih.
- RM102.55 juta dalam pemulangan hutang bersih
- RM69.73 juta dalam dividen kepada pemegang sahamnya.
Maka, Spritzer telah menaikkan baki tunainya daripada RM8.39 juta pada Mei 2012 kepada RM23.19 juta pada Disember 2020. Ia adalah sebuah syarikat yang menjana aliran tunai operasi secara positif dan membolehkannya membuat pelaburan PPE dan MMF, memulangkan hutang dan membayar dividen secara konsisten.
4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada tahun 2020, Spritzer mencatatkan sebanyak RM17.73 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM444.00 juta dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang Spritzer adalah 3.99%.
Pada masa tersebut, Spritzer telah merekodkan sebanyak RM191.22 juta dalam aset semasa dan RM54.82 juta dalam liabiliti semasa. Jadi, nisbah semasa ialah 3.49.
5. Perkembangan Terkini
Pada 25 Mac 2021, Spritzer menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA) untuk membeli tanah bersaiz 1,227.6 ekar dengan harga sebanyak RM76.1 juta yang terletak di Bukit Gantang, Perak dengan tujuan untuk menubuhkan satu tapak penghasilan mineral air botol.
6. Pemegang Saham Utama
Pada 2 April 2021, pemegang saham utama Spritzer adalah seperti berikut:

LKC adalah pemilik utama Spritzer dengan pegangan saham secara langsung di Spritzer dan tak langsung melalui YLC dan YLH.
LKB, adiknya, dan Lim Seng Lee, anak saudaranya adalah ahli lembaga pengarah dalam Spritzer. Ahli lembaga pengarah syarikat adalah seperti berikut:-

7. P/E Ratio
Pada 5 Mei 2021, harga saham Spritzer adalah RM2.19.
Maka, P/E Ratio terkini untuk Spritzer adalah 18.88 berdasarkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 11.60 sen pada tahun 2020.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM2.19 / RM0.1160
= 18.88

8. P/B Ratio
Pada tahun 2020, Spritzer telah merekodkan sebanyak RM2.11 dalam aset bersih setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi Spritzer adalah 1.04.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM2.19 / RM2.11
= 1.04

9. Kadar Dividen
Pada 28 April 2021, Spritzer mengisytiharkan 4.50 sen dalam Dividend Per Share (DPS) bagi tahun 2020. Ex-date untuk dividen ini ditetapkan pada 3 Jun 2021 dan tarikh pembayaran dividen ini ditetapkan pada 18 Jun 2021.
Maka, kadar dividen terkini bagi Spritzer adalah 2.05% setahun.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.045 / RM 2.19) x 100%
= 2.05%

Kesimpulan:
Secara kesimpulan, saya mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham Spritzer? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)