• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Prestasi Bercampur-Campur Di Pasaran Secara Keseluruhan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah petang ini dengan pergerakan bercampur-campur di pasaran secara keseluruhan.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.48 mata kepada 1,588.25 daripada 1,590.73 ketika ditutup pada petang urus niaga Isnin.

Indeks utama dibuka 0.94 mata lebih tinggi pada 1,591.67 dan bergerak antara 1,587.87 dan 1,597.42 sepanjang hari.

DI pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 529 berbalas 524 sementara 440 kaunter tidak berubah, 659 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 7.48 bilion saham bernilai RM4.13 bilion daripada 6.68 bilion saham bernilai RM4.26 bilion pada Isnin.

Seorang peniaga berkata para pelabur mula mengaut keuntungan daripada saham sarung tangan selepas kaunter itu mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dicetuskan oleh kebangkitan semula penularan COVID-19 dalam ekonomi global.

Hartalega turun lima sen kepada RM9.93, Supermax kerugian enam sen kepada RM5.82, Top Glove menyusut tiga sen kepada RM5.45, Comfort Gloves jatuh tujuh sen kepada RM2.65, Careplus susut 12 sen kepada RM2.78 dan Kossan Rubber lebih rendah sebanyak lapan sen kepada RM4.38.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata sentimen di seluruh Asia kekal suram tatkala gelombang baharu COVID-19 melanda India dan beberapa negara Asia Tenggara, sekali gus mengancam berjuta-juta nyawa dan usaha pemulihan ekonomi di rantau ini.

Sementara itu, dalam kalangan sektor,  indeks teknologi Bursa Malaysia mencatatkan penyusutan ketara 1.2 peratus sementara indeks perladangan Bursa Malaysia memperoleh paling banyak sebanyak 1.1 peratus,” katanya kepada Bernama.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.24, Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.12, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM8.18 dan TNB meningkat empat sen kepada RM9.97.

Dalam kalangan kaunter aktif, Focus Dynamics turun satu sen pada 10.5 sen, Velesto Energy tidak berubah pada 16 sen, Vortex susut satu sen kepada 13 sen manakala BJCorp menokok 4.5 sen kepada 36.5 sen.

Saham paling untung adalah Transocean yang meningkat RM1.02 kepada RM6.20, diikuti oleh Hengyuan menambah 34 sen kepada RM5.60 dan Gopeng mengukuh 29.5 sen kepada RM1.13.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 6.30 mata pada 11,701.18, Indeks FBM Emas Syariah merosot 13.66 mata kepada 13,134.32, Indeks FBMT 100 susut 12.28 mata kepada 11,348.56, FBM 70 pula menambah 4.34 mata kepada 15,415.58 dan FBM ACE jatuh 83.21 mata kepada 8,627.40.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.29 mata kepada 199.23, Indeks Perladangan mengembang 74.76 mata kepada 6,992.01 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 7.94 mata kepada 14,839.22.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.63 bilion saham bernilai RM3.23 bilion berbanding 3.94 bilion saham bernilai RM3.19 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran menyusut kepada 311.09 juta unit bernilai RM37.8 juta daripada 338.94 juta unit bernilai RM39.42 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengembang kepada 2.54 bilion saham bernilai RM858.9 juta daripada 2.41 bilion saham bernilai RM1.03 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 394.16 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.80 bilion), pembinaan (103.28 juta), teknologi (384.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.35 juta), hartanah (470.61 juta), perladangan (442.41 juta), REIT (5.36 juta), dana tertutup (5,000), tenaga (522.69 juta), penjagaan kesihatan (102.85 juta), telekomunikasi dan media (133.62 juta), pengangkutan dan logistik (214.35 juta) dan utiliti (8.24 juta).

– BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In