• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung membabitkan beberapa kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Dagangan dan Hartalega.

Petronas Dagangan turun 38 sen kepada RM19.78 dan Hartalega susut 20 sen kepada RM10.08.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.18 mata kepada 1,593.47 daripada 1,601.65 minggu lepas.

Pagi ini, indeks dibuka 0.44 mata lebih tinggi pada 1,602.09 dan bergerak antara 1,592.84 dan 1,602.09 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 853 berbalas 272 sementara 331 kaunter tidak berubah, 697 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.31 bilion saham bernilai RM2.71 bilion.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka lebih tinggi tetapi berubah menjadi negatif sebelum menyusut ketika mengakhiri sesi pagi berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung.

Beliau berkata pergerakan di Bursa Malaysia juga seiring dengan prestasi serantau kerana kekurangan pemangkin pasaran untuk memacu pasaran meskipun Wall Street mempamerkan trend menaik.

Bagi prestasi serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 1.32 peratus menjadi 3,175.91, Nikkei Jepun lemah 0.83 peratus kepada 28,812.63, Kospi Korea Selatan menyusut 0.25 peratus kepada 3,139.91, dan Hang Seng Hong Kong lebih rendah 1.48 peratus kepada 28,300.52.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.24, Public Bank turun dua sen kepada RM4.13 dan Top Glove menyusut sembilan sen kepada RM5.56.

Bagi saham aktif, LKL naik empat sen kepada 38 sen, Hiap Teck meningkat 1.5 sen kepada 65 sen sementara Priceworth susut setengah sen kepada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 76.83 mata pada 11,721.46, Indeks FBM Emas Syariah turun 105.65 mata kepada 13,166.85, Indeks FBMT 100 susut 73.26 mata kepada 11,376.90, FBM 70 merosot 156.71 mata kepada 15,419.43 dan FBM ACE menguncup 106.89 mata kepada 8,739.13.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.90 mata kepada 197.46, Indeks Perladangan meningkat 2.93 mata kepada 6,902.62 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.45 mata kepada 14,848.80.

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In