• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat TESLA

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat TESLA
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.

CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Tesla menjana keuntungan lebih daripada USD200.00 juta pada suku pertama 2021 dengan Bitcoin

Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Tesla Inc (TESLA).

Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M

Latar Belakang Tesla Inc (TESLA)

Tesla Inc yang dulunya dikenali sebagai Tesla Motor Inc terlibat dalam mereka cipta, membangun dan membuat kenderaan elektrik. Selain itu syarikat ini juga terlibat dalam pengurusan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyimpanan tenaga solar.

TESLA mempunyai dua segmen utama yang dikeluarkan oleh syarikat ini iaitu:-

  • Kenderaan Elektrik
  • Penyimpanan Tenaga Solar

Syarikat ini juga merupakan syarikat terkemuka yang terlibat dalam pelaburan Bitcoin dan menerima belian dengan pertukaran Bitcoin sebagai medium perniagaan mereka. 

Nilai pasaran terkini TESLA adalah USD638.43 bilion dan harga seunit saham TESLA adalah sekitar USD709.44.

Jom kita kaji kaunter TESLA ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.

C- Current Earnings TESLA

Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.

Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: Investing.com

Keuntungan bersih suku terkini untuk TESLA adalah sebanyak USD2.22 bilion, dan keuntungan bersih syarikat ini meningkat secara konsisten untuk empat suku berturut-turut.

Pertumbuhan pendapatan yang positif ini adalah perkara yang sangat baik kepadasyarikat kerana ini menandakan bahawa TESLA tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.

A- Annual Earnings TESLA

Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu ukur prestasi pendapatan tahunan.

Sumber: Investing.com

Pendapatan bersih tahunan TESLA meningkat secara konsisten untuk empat tahun terkini bermula daripada tahun 2017.

TESLA merekodkan keuntungan bersih pada tahun 2020 sebanyak USD6.63 bilion, meningkat lebih daripada 60% berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2019.

N- News, New High, New Management

News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.  

Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.

Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber: Investing.com

Saham syarikat Tesla merupakan antara 19 saham syarikat yang telah mendahului dari segi modal pasaran S&P 500. Antara saham lain adalah saham Facebook, Microstrategy dan JPMorgan Chase.

Peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar oleh orang awam juga mendorong kepada penukaran kenderaan tradisional kepada kenderaan elektrik. Ini juga merupakan sentimen yang positif untuk syarikat Tesla.

S- Supply and Demand

Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.

Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.

Justeru, jumlah unit saham TESLA yang didagangkan adalah sebanyak 963 juta unit.

Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com

Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.

Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian TESLA lebih tinggi daripada jumlah purata dagangan saham syarikat ini selama tiga bulan terkini.

Jumlah dagangan yang tinggi ini bermakna tumpuan pelabur sudah mula menumpukan kepada saham syarikat ini.

 L- Leader and Laggard

Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.

Sumber: Trading View

Pergerakan harga saham TESLA (Biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks S&P 500(Oren) dan indeks Nasdaq (Hijau).

Oleh yang demikian, saham TESLA boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di pasaran saham Wall Street.

Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.

Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah TESLA masih merupakan leader berbanding syarikat lain di Wall Street?

I- Institutional Investor

Institutional Investor merupakan kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:

  • Blackrock Inc
  • JP Morgan Chase & Company
  • Vanguard Group Inc

Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Yahoo Finance

Bagi syarikat TESLA, antara pemegang saham utama syarikat ini adalah seperti:-

  • Vanguard Group Inc
  • Blackrock Inc
  • Capital World Investors

Institusi pelaburan memegang hampir 46.0% pegangan saham syarikat ini dan lebih daripada 2600 pelabur institusi melabur di dalam saham syarikat ini.

M- Market Direction

Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.

Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber: TradingView

Arah pergerakan saham kaunter ini dilihat membuat pertukaran daripada fasa kenaikan kepada fasa pengagihan.

Namun, daripada skala yang lebih besar, saham ini dilihat masih membuat uptrend yang sihat. Untuk jangka masa yang panjang, saham ini masih mempunyai potensi meneruskan kenaikan harganya. 

Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.

Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham BIMB Holdings

Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share317ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In