Hap Seng Plantations Holdings Bhd (KLSE: 5138) (HSPLANT) merupakan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit beroperasi di Sabah, Malaysia. Kini, syarikat ini bernilai RM 1.5 bilion dalam pasaran. Jom, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur dalam saham HSPLANT.
1. Aset Perladangan
HSPLANT mengekalkan saiz ladang kelapa sawitnya di sekitar 35-36 ribu hektar sepanjang 10 tahun iaitu dari tahun 2011 ke tahun 2020. Secara keseluruhannya pada 31 Disember 2020, usia ladang-ladang adalah seperti berikut:-

HSPLANT beroperasi dengan 4 buah kilang penapisan kelapa sawit di Sabah yang mempunyai kapasiti penapisan 180 fresh fruit bunches (FFB) setiap jam. Kilang ini menapis FFB yang terhasil daripada ladang sendiri dan daripada ladang-ladang lain.
2. Jumlah Penghasilan
HSPLANT merekodkan penurunan hasil FFB dari 738,969 MT pada tahun 2011 kepada 637,131 MT pada tahun 2020. Kilang penapisan bagi HSPLANT mencatat Utilisation Rate yang menurun daripada 75% pada tahun 2011 kepada 67% pada tahun 2020 disebabkan oleh penurunan hasil FFB dalam tempoh 10 tahun tersebut.
Jumlah pengeluaran Crude Palm Oil (CPO) dan Palm Kernel (PK) telah menurun pada 2011-2020. Dalam tempoh 10 tahun tersebut, jumlah CPO dihasilkan telah menurun daripada 168,025 MT pada tahun 2011 kepada 144,977 MT pada tahun 2020.
Jumlah PK yang dikeluarkan juga menurun daripada 37,050 MT kepada 33,594 MT pada masa itu.
3. Keputusan Kewangan 10-Tahun Terkini
Bagi tahun 2011-2020, HSPLANT mencatatkan penurunan dalam perolehan dan keuntungan bersih. Perolehannya telah menurun daripada RM654.87 juta pada tahun 2011 kepadaRM 467.60 juta pada tahun 2020.
Keuntungan bersih telah turun dari RM252.97 juta pada tahun 2011 kepada RM90.30 juta pada tahun 2020. Ini adalah selaras dengan penurunan harga CPO sejak tahun 2011.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Bagi tahun 2011-2020, HSPLANT telah menjana sebanyak RM1.52 bilion dalam aliran tunai operasi dan RM19.74 juta dalam pendapatan dividen daripada Money Market Funds (MMF). Daripada jumlah tersebut, syarikat telah menggunakan :-
- RM477.2 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih
- RM195.3 juta dalam pelaburan MMF bersih
- RM45.4 juta dalam pelaburan biological assets
- RM53.3 juta dalam pemulangan hutang dan lease liabilities
- RM0.8 juta dalam pembelian semula saham HSPLANT
- RM763.8 juta dalam dividen kepada pemegang sahamnya
Maka, HSPLANT merupakan sebuah syarikat yang menjana aliran tunai operasi yang positif secara berterusan dan ini membolehkan HSPLANT membuat pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya secara berterusan sepanjang tahun 2011-2020.
5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada tahun 2020, HSPLANT merekodkan RM418.79 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM1.71 bilion dalam ekuiti pegangan saham. Nisbah hutang terkini adalah sebanyak 24.4%. Pada masa itu, HSPLANT telah merekodkan RM380.38 juta dalam aset semasa dan RM48.27 juta dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa adalah 7.88 pada masa ini.
6. Perkembangan Terkini
Pada tahun 2020, HSPLANT telah melaksanakan penanaman semula terhadap 1,061 hektar ladang kelapa sawitnya. HSPLANT memiliki 3,148 hektar ladang yang tak matang dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 982 hektar akan mencapai kematangan mulai tahun 2021.
Pada tahun 2018, HSPLANT memperoleh sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) bagi 15 estet dan 4 buah kilang penapisan kelapa sawitnya. HSPLANT merancang untuk mendapatkan sijil Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) bagi semua hasil FFB syarikat itu pada tahun 2022.
7. Pemegang Saham Utama HSPLANT
Sehingga 31 Mac 2021, pemegang saham utama HSPLANT adalah seperti berikut:

Tan Sri Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun @ Lau Yu Chak merupakan pemegang saham utama HSPLANT melalui pegangan sahamnya dalam HSC.
8. P/E Ratio
Pada 28 April 2021, harga saham HSPLANT adalah RM1.88.
Maka, P/E Ratio terkini adalah :-
P/E Ratio (2020):
= Harga Saham / EPS
= RM 1.88 / RM 0.1129
= 16.65
Perbandingan P/E Ratio terkini dengan P/E Ratio lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini lebih berkesan sekiranya sesebuah syarikat telah mencatat peningkatan keuntungan bersih secara berterusan dalam tempoh 10 tahun.
9. P/B Ratio
Pada tahun 2020, HSPLANT telah mencatatkan RM2.14 dalam aset bersih setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi HSPLANT adalah 0.88.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM .88 / RM2.14
= 0.88

10. Kadar Dividen
Pada tahun 2020, HSPLANT telah membayar sebanyak 7.0 sen Dividend Per Share (DPS). Pembayaran dividennya diturunkan daripada 20.00 sen pada tahun 2011:
Maka, kadar dividen terkini bagi HSPLANT adalah 3.72% setahun.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.07 / RM 1.88) x 100%
= 3.72%
Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini lebih efektif sekiranya sesebuah syarikat telah mempunyai peningkatan kadar pembayaran dividen dalam tempoh 10 tahun.
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, saya mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur dalam saham HSPLANT? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)