• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham CCK

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham CCK
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

CCK Consolidated Holdings Bhd (CCK) (KLSE: 7035) adalah sebuah syarikat integrasi agrikultur yang tersenarai di Bursa Malaysia. CCK beroperasi dengan aset-aset seperti: feed mill, breeder farms, hatchery, broiler farms, layer farm, abattoirs, dan juga retail stores di Sabah, Sarawak dan Indonesia. 

Kini, nilai pasaran CCK adalah RM432.4 juta. Jom, kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham CCK. 

1. Perolehan 7-Tahun Terkini 

CCK mencatat peningkatan CAGR sebanyak 6.43% dalam perolehan. Ia meningkat daripada RM451.3 juta pada tahun 2014 kepada RM656.0 juta pada tahun 2020 dan peningkatan ini disumbang oleh pertambahan rangkaian Fresh Mart Retail Stores sebanyak 57 buah pada tahun 2016 kepada 65 buah pada tahun 2020, penubuhan dua pasaraya pada tahun 2020 serta peningkatan jualan sosej dan nugget di Indonesia. 

Chart

2. Gold Coin Sarawak Sdn Bhd (GCS) 

Pada tahun 2016, CCK telah melabur 27.2% dalam pegangan saham GCS dengan harga RM20.7 juta. Jadi, GCS merupakan sebuah associate company kepada CCK. Kini, GCS merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan makanan haiwan dan feed grains. 

Sejak tahun 2016, GCS telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan CCK. Keuntungan daripada GCS telah meningkat dari RM4.4 juta pada tahun 2016 kepada RM6.5 juta pada tahun 2020. 

Chart

3. Keuntungan Bersih 7-Tahun Terkini 

Keuntungan bersih CCK telah meningkat daripada RM8.3 juta pada tahun 2014 kepada RM37.5 juta pada tahun 2020. Hal ini disebabkan oleh kenaikan perolehan, nisbah untung dan sumbangan daripada GCS dalam tempoh tersebut. 

Pada tahun 2017-2020, CCK mencapai Return on Equity (ROE) secara purata sebanyak 11.8%. Ini bermaksud, CCK telah menjana RM11.77 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100 dalam ekuiti pegangan saham sepanjang 4 tahun tersebut. 

Chart

4. Pengurusan Aliran Tunai 

Pada tahun 2014-2020, CCK telah menjana sebanyak RM250.5 juta dalam aliran tunai operasi dan RM15.1 juta dalam pendapatan faedah serta RM1.8 juta dalam ekuiti. Daripada jumlah tersebut, CCK telah membayar: 

  • RM 52.9 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih. 
  • RM19.9 juta dalam pelaburan ke dalam GCS. 
  • RM1.3 juta dalam pelaburan ke dalam anak syarikat (subsidiary). 
  • RM11.8 juta dalam pemulangan hutang bersih. 
  • RM44.7 juta dalam pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya. 

CCK telah meningkatkan baki tunainya daripada RM23.2 juta pada tahun 2014 kepada RM59.1 juta pada tahun 2020. Kini terbukti, CCK adalah sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi positif dengan berterusan dan ini membolehkan CCK untuk melabur dalam PPE dan membayar dividen dengan berterusan kepada pemegang sahamnya sepanjang tempoh 7 tahun tersebut. 

Chart

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada tahun 2020, CCK mencatatkan RM36.9 juta dalam liabiliti bukan semasa dan juga RM300.9 juta dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang CCK ialah 12.27%. 

CCK telah merekodkan RM175.1 juta dalam aset semasa dan RM88.0 juta dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkini baginya adalah 1.99. 

6. Perkembangan Terkini 

Pada suku keempat tahun 2020, pembinaan kilang baru di Pontianak telah siap. Kilang tersebut dilengkapi dengan satu bilik beku, abattoir ayam, dan downline food processing bagi menghasilkan sosej, burger, dan bebola daging. 

Berdasarkan kepada laporan tahunan 2020, CCK telah menyatakan bahawa mereka berusaha untuk membuka sebuah pasaraya dan empat retail stores baru di Malaysia Timur pada tahun 2021. 

Pada 16 Mac 2021, CCK telah membeli sebuah rumah kedai 3 tingkat di Kuching pada harga RM1.3 juta dan rumah kedai ini bertujuan untuk digunakan sebagai pejabat dan tempat simpanan (warehouse).

7. Pemegang Saham Utama 

Pada 1 April 2021, pemegang saham utama bagi CCK adalah seperti berikut: 

Berdasarkan kepada senarai di atas,, Tan Sri Datuk Tiong Su Kouk dan anak lelakinya: Tiong Chiong Hiiung dan Tiong Chiong Soon merupakan pemegang saham utama CCK, melalui pegangan saham dalam CCS dan TSK serta melalui pegangan saham secara langsung dalam CCK. 

Chong Shaw Fui adalah pemegang saham utama CCK melalui CNK. Lau Liong Kii adalah pemegang saham utama CCK melalui UE. 

Ahli Lembaga Pengarah dalam  CCK adalah seperti berikut: 

8. P/E Ratio 

Pada 26 April 2021, harga saham CCK adalah RM0.69. 

Maka, P/E Ratio terkini untuk CCK adalah 11.50 berdasarkan kepada Earnings per Share (EPS) sebanyak 5.98 sen pada tahun 2020.  

P/E Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 0.69 / RM 0.0598

= 11.54

9. P/B Ratio

Pada tahun 2020, CCK telah merekodkan RM0.48 dalam aset bersih setiap saham. Jadi, P/B Ratio terkini bagi CCK adalah 1.44. 

P/B Ratio Terkini 

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 0.69 / RM 0.48

= 1.44

10. Kadar Dividen

Pada 13 April 2021, CCK mengisytiharkan 2.00 sen dalam Dividends per Share (DPS) bagi tahun 2020. Ex-date bagi dividen ini ditetapkan pada 2 Jun 2021 dan tarikh pembayaran dividen ini ditetapkan pada 18 Jun 2021. 

Maka, kadar dividen terkini bagi CCK adalah 2.90% setahun. 

Kadar Dividen Terkini 

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.02 / RM 0.69) x 100%

= 2.90%

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, saya mendapati: 

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham CCK? 

Tepuk dada, tanyalah selera. 

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Saham 3.0

Share380ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In