Apa yang terjadi pada pasaran Bursa Malaysia minggu lepas?
Sumber: CGS-CIMB
Indeks pasaran Bursa Malaysia pada 26 April 2021 ditutup tinggi pada 1623.47 dan merupakan mata yang tertinggi bagi tempoh satu bulan sejak 19 Mac 2021. Walaubagaiamanapun, sentimen pasaran masih dalam keadaan bercampur-campur.
Kenaikan indeks semalam adalah hasil daripada pembelian saham berkaitan sarung tangan yang berterusan sejak minggu lepas. Dengan kenaikan indeks yang memberangsangkan semalam, indeks FBM KLCI disasarkan akan meningkat sekitar 1642 sehingga 1646 mata.
Mari kita lihat ringkasan tentang apa yang terjadi di pasaran Bursa Malaysia sepanjang minggu ketiga April 2021.
Keadaan Pasaran Bursa Malaysia Sepanjang Minggu Kedua April 2021
1. Pelabur Institusi Tempatan Kekal Sebagai Pembeli Terbesar Untuk Dua Minggu Berturut-turut
Pelabur Institusi telah meningkatkan jumlah belian sebanyak sebanyak 102% berbanding minggu sebelumnya menjadi RM235 juta di dalam pasaran saham tempatan.
Ini sekali gus menjadikan pelabur institusi sebagai pembeli terbesar di pasaran saham untuk dua minggu berturut-turut.
Pelabur runcit pula menjadi pembeli kedua terbesar di pasaran saham tempatan sementara pelabur asing merupakan penjual terbesar di pasaran saham dengan peningkatan jumlah jualannya kepada 108% berbanding minggu lepas menjadi RM490 juta.
2. Indeks KLCI Masih Mendatar Kerana Keuntungan Daripada Sektor Sarung Tangan Diimbangi Dengan Kerugian Sektor Tenaga
Sumber: CGS-CIMB
Pelabur institusi tempatan kekal sebagai pembeli terbesar saham-saham berkaitan sektor kesihatan dengan kenaikan sebanyak 4% berbanding minggu sebelumnya. Sementara pelabur runcit dan pelabur asing merupakan penjual terbesar untuk sektor tersebut.
Untuk sektor tenaga pula, pelabur asing menjadi penjual utama sektor ini sementara nominee tempatan merupakan pembeli terbesar untuk saham berkaitan sektor tenaga ini.
3. Pembuat Sarung Tangan Kekal Menjadi Senarai Pembelian Pelabur Institusi Tempatan
Sumber: Bloomberg
Pada minggu lepas, pelabur institusi tempatan merupakan pembeli terbesar untuk tiga saham pembuat sarung tangan seperti:-
- Supermax
- Top Glove
- Hartalega
Namun, pelabur institusi merupakan penjual terbesar untuk saham syarikat Kossan yang sebelumnya merupakan saham pilihan pelabur institusi asing pada minggu lepas.
Saham Top Glove merupakan saham yang paling banyak dijual oleh pelabur runcit tempatan dan pelabur nominee pada minggu lepas.
4. Kossan, Signature International Dan Rubberex Berada Di Senarai Top 10 Saham Belian Dan Jualan
Sumber: CGS-CIMB
Saham Kossan merupakan saham kedua terbesar oleh pelabur institusi asing dan merupakan saham paling banyak dijual oleh pelabur institusi tempatan.
Saham Signature International menjadi saham yang paling banyak dibeli oleh pelabur nominee tempatan dan merupakan saham yang paling banyak dijual oleh pelabur institusi minggu lepas.
Saham Rubberex menjadi saham yang digemari oleh pelabur institusi namun merupakan saham yang paling banyak dijual oleh pelabur nominee.
Sumber: CGS-CIMB i-TRADE
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

