• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Melabur Saham Kossan

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Melabur Saham Kossan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Kossan Rubber Industries Bhd (KLSE: 7153) (Kossan) merupakan antara empat buah syarikat penghasilan sarung tangan getah  yang terbesar di dunia. 

Hari ini, Kossan beroperasi di 22 tempat pembuatan di Malaysia dan satu tempat pembuatan di China. Nilai pasaran terkini syarikat adalah sebanyak RM11.13 bilion. 

Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham Kossan. 

1. Perolehan 10 Tahun Terkini 

Kossan telah mencatatkan peningkatan perolehan daripada RM1.05 bilion pada tahun 2010 kepada RM2.22 bilion pada tahun 2019. Perkara iniselaras dengan penambahan Kossan daripada segi kapasiti penghasilan sarung tangan getah pada masa tersebut. 

Pada tahun 2020, Kossan telah merekod RM3.64 bilion dalam perolehan, satu kenaikan mendadak dari tahun 2019. Ini disumbangkan oleh kenaikan permintaan dunia terhadap sarung tangan getah dan juga harga jualan purata bagi produk mereka disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

Chart

2. Keuntungan Bersih 10-Tahun Terkini 

Kossan telah merekodkan RM1.09 bilion keuntungan bersih pada tahun 2020. Ia adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan keuntungan bersih yang lepas iaitu pada tahap RM150-250 juta setahun dalam tempoh 2015-2019. 

Sepanjang tahun 2010-2019, Kossan mencapai purata sebanyak 17.4% setahun dalam Return on Equity (ROE). Pada tahun 2020, Kossan mencapai 45.6% dalam ROE. 

Chart

3. Pengurusan Aliran Tunai 

Sepanjang tahun 2011-2020, Kossan menjana RM2.79 bilion dalam aliran tunai operasi yang positif. Daripada jumlah itu, Kossan telah membayar: 

– RM1.42 bilion dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih. 

– RM671.1 juta dalam dividen kepada pemegang sahamnya. 

Baki tunai meningkat daripada RM80.66 juta pada tahun 2010 kepada RM1.09 bilion pada tahun 2020. 

Kossan terbukti sebagai sebuah syarikat yang telah menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan dan meningkatkan kapasiti penghasilan sarung tangan getah serta membayar dividen secara konsisten dalam tempoh 10 tahun tersebut. 

Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini 

Pada suku pertama 2021, Kossan mencatat RM230.65 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM3.13 bilion dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang pada suku pertama 2021 adalah 7.36%. 

Pada masa tersebut, Kossan mencatat RM3.08 bilion dalam aset semasa dan RM1.11 bilion dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkininya adalah 2.77. 

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini 

Dalam tempoh 12 bulan terkini, Kossan telah menjana RM5.23 bilion dalam perolehan dan daripada jumlah itu, RM2.06 bilion telah direkodkan sebagai keuntungan bersih atau 80.73 sen Earnings Per Share (EPS). 

6. Perkembangan Terkini 

Berdasarkan kepada Laporan Tahunan 2019, Kossan telah mengumumkan bahawa ia telah mulakan pembinaan Plant 19, kilang pembuatan sarung tangan getah yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 3 bilion keping setahun. 

Kossan telah membeli 2 plot tanah yang bersaiz 824 ekar di Bidor, Perak dengan harga RM82.4 juta pada tahun 2018. Kossan bercadang untuk membina sebuah fasiliti penghasilan sarung tangan getah berintegrasi di atas tanah miliknya dalam masa 10 tahun. 

7. Pemegang Saham Utama

Pada 31 Mac 2021, keluarga Lim dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan 2 pemegang saham utama Kossan dengan pemegangan saham sebanyak 47% dan 9%. 

8. P/E Ratio 

Pada 23 April 2021, harga saham Kossan adalah RM4.35. 

Terdapat 2 cara  pengiraan P/E Ratio. Pertama,pengiraan berdasarkan keuntungan bersih 2019 (sebelum COVID-19) dan kedua,pengiraan bagi EPS untuk 12 bulan lepas (semasa COVID-19). 

Pengiraan 1: (Sebelum COVID-19)


EPS 2019 (sebelum COVID-19): 

= Keuntungan Bersih / Jumlah saham diisytiharkan 

= RM224.653 juta / 2,557.752 juta 

= 8.78 sen

P/E Ratio (sebelum COVID-19): 

= RM4.35 / RM 0.0878 

= 49.54

Pengiraan 2: (Semasa COVID-19)


EPS 12-Bulan (semasa COVID-19): 

= Keuntungan Bersih / Jumlah saham diisytiharkan 

= RM 2,064.108 juta / 2,557.752 juta 

= 80.70 sen

P/E Ratio (semasa COVID-19): 

= RM4.35 / RM 0.8070

= 5.39

Jadi, P/E Ratio mana yang boleh kita guna? 

Jawapannya, terpulang kepada keyakinan diri masing-masing terhadap keupayaan Kossan dalam jangka masa panjang. 

Sebagai contoh, sekiranyaP/E Ratio berjumlah 5.39 digunakan, ini bermaksud bahawa Kossan berupaya untuk menjana RM 2+ bilion keuntungan bersih setiap tahun di masa hadapan. 

Sekiranya P/E Ratio sebanyak 49.54 digunakan, ini bermaksud  bahawa Kossan berupaya untuk menjana RM 224.653 juta  keuntungan bersih setiap tahun di masa hadapan. 

Penilaian saham menggunakan P/E Ratio bergantung kepada interpretasi keyakinan pelabur itu sendiri terhadap syarikat tersebut. 

9. P/B Ratio 

Pada suku pertama 2021, Kossan mencatat aset bersih sebanyak 122.33 sen setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi Kossan adalah 3.56. 

10. Kadar Dividen

Berikut merupakan 3 cara pengiraan kadar dividen:-

Pertama, ia dikira berdasarkan dividen biasa 2019 (sebelum COVID-19). 

Kedua, ia dikira berdasarkan dividen biasa 2020 (semasa COVID-19). 

Ketiga, ia dikira berdasarkan dividen biasa dan juga dividen khas 2020 (semasa COVID-19). 

Pengiraan 1: (Sebelum COVID-19)


DPS 2019 (sebelum COVID-19): 

= Dividen Biasa Diisytiharkan 2019 / Jumlah saham diisytiharkan 

= RM76.736 juta / 2,557.752 juta 

= 3.0 sen

Kadar Dividen (sebelum COVID-19): 

= (DPS 2019 / Harga Saham) x 100%

= (RM0.03 / RM4.35) x 100% 

= 0.69%

Pengiraan 2: (Semasa COVID-19)

DPS 2020 (semasa COVID-19): 

= Dividen Biasa Diisytiharkan 2020 / Jumlah saham diisytiharkan 

= RM153.330 juta / 2,557.752 juta 

= 6.0 sen

Kadar Dividen (semasa COVID-19): 

= (DPS 2020 / Harga Saham) x 100%

= (RM0.06 / RM 4.35) x 100% 

= 1.38%

Pengiraan 3: (Semasa COVID-19)

DPS 2020 (semasa COVID-19): 

= Dividen Biasa dan Khas Diisytiharkan 2020 / Jumlah saham diisytiharkan 

= RM357.580 juta / 2,557.752 juta 

= 14.0 sen

Kadar Dividen (semasa COVID-19): 

= (DPS 2020 / Harga Saham) x 100%

= (RM0.14 / RM4.35) x 100% 

= 3.22%

Persoalannya, kadar dividen mana yang boleh kita gunakan? 

Konsepnya sama seperti P/E Ratio. Ia bergantung kepada keyakinan pelabur terhadap keupayaan Kossan dalam memberi dividen kepada pemegang saham dalam jangka masa panjang. 

Kesimpulan

Tahun 2020 merupakan tahun istimewa buat syarikat sarung tangan getah seperti Kossan. Mereka berjaya merekod keuntungan bersih yang luar biasa dan menyebabkan penilaian saham terkini bagi Kossan pada P/E Ratio berjumlah 5.39 selepas harga saham Kossan turun daripada RM9.59 pada 6 Ogos 2020 kepada RM4.35 pada 23 April 2021. 

Pelabur yang bijak akan menilai setiap saham, bukan sekadar berdasarkan kepada jumlah P/E Ratio terkini tetapi pada pandangan keyakinan pelabur terhadap keupayaan saham atau syarikat tersebut dalam menjana keuntungan bersih setiap tahun pada jangka masa panjang. 

Jadi, adakah saham Kossan boleh memberikan keuntungan kepada anda?  

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share398ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In