• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Aliran meningkat dalam saham berkaitan penjagaan kesihatan, terutamanya di kaunter sarung tangan, membantu indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam julat positif.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.5 mata kepada 1,608.23 daripada 1,607.73 semasa ditutup pada Khamis.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 0.45 mata kepada 1,607.28 dan bergerak antara 1,609.52 dan 1,605.44

Suasana pasaran secara keseluruhannya bercampur-campur berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 499 berbanding 427, manakala 436 kaunter tidak berubah, 831 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.10 bilion saham bernilai RM2.33 bilion.

Petunjuk serantau bercampur-campur berikutan pasaran Wall Street semalaman menjadi negatif selepas Presiden AS Joe Biden mencadangkan untuk menggandakan cukai keuntungan modal bagi mereka yang berpendapatan US$1.0 juta dan ke atas.

Indeks Dow Jones susut 0.9 peratus selepas Biden mengumumkan cadangan tersebut.

Dilaporkan Biden dijangka akan mengemukakan cadangan tersebut secara rasmi minggu depan sebagai langkah untuk membiayai perbelanjaan dalam Pelan Keluarga Amerika yang akan datang.

Dalam negara, kebimbangan mengenai COVID-19 terus berlarutan, dengan pelabur berdagang secara berhati-hati dan selektif, menyaksikan kaunter sarung tangan menjadi tumpuan, dalam persekitaran optimisme mengenai permintaan yang akan terus meningkat pada era pandemik.

Harga minyak yang meningkat semula turut menyaksikan pelabur memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas.

Top Glove terus menerajui senarai kaunter untung dalam kalangan saham wajaran tinggi, yang naik 11 sen kepada RM5.73, manakala Supermax meningkat 13 sen kepada RM5.90 dan Hartalega menambah empat sen kepada RM10.58.

Sementara itu, Press Metal menambah lima sen kepada RM5.26 dan Axiata naik empat sen kepada RM3.82.

Sebaliknya, IHH susut sembilan sen kepada RM5.41, Digi merosot lima sen kepada RM4.18 dan Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.18.

Dalam kalangan kaunter aktif, Focus Dynamics naik satu sen kepada 12.5 sen, Mah Sing meningkat lapan sen kepada RM1.02 dan Key Asic menambah satu sen kepada 20.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.61 mata kepada 11,837.47, FBMT 100 susut 0.67 mata kepada 11,492.03 dan FBM 70 merosot 17 mata kepada 15,613.36.

FBM Emas Shariah naik 20.18 mata kepada 13,292.47 dan FBM ACE meningkat 72.64 mata kepada 8,655.05.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 2.04 mata kepada 6,854.07, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 42.05 mata kepada 15,005.37 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.30 mata kepada 196.02.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In