CGS-CIMB ada mengeluarkan analisis mereka mengenai UCHI Technologies (UCHITEC) baru-baru ini dalam The Edge dengan meletakkan sasaran harga saham ini pada RM3.60.
Sebelum itu mari kita tengok, apa sebenarnya syarikat UCHITEC ini lakukan?
UCHITEC mempunyai 3 anak syarikat (subsidiaries) yang kebanyakannya terlibat dalam reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, penghasilan modul kawalan elektronik dan pemasangan barang.
Produk UCHITEC boleh dibahagi kepada 3 kategori iaitu Art-Of-Living (AOL) yang meliputi perkakasan rumah dan pejabat, Biotech (seperti high-precision weighing scales) dan lain-lain. 94% produk dieksport ke Eropah dan bakinya dijual di Amerika Syarikat, Jepun, China dan India.
Pernah dengar tentang Jura?
Jura merupakan pelanggan UCHITEC yang menghasilkan Swiss high-end coffee. Kebanyakan teknologi dan processor mereka datang daripada UCHITEC.
Dalam satu diskusi bersama Pengarah Eksekutif UCHITEC, ini merupakan beberapa perkara yang beliau terangkan yang dipetik daripada Value Invest Asia.
Strategi UCHITEC pada masa kini tertumpu kepada penekanan profitable growth serta sentiasa berdaya saing dalam teknologi terutamanya segmen AOL.
Beliau juga menjangkakan kadar pertumbuhan jualan yang lebih tinggi pada tahun ini kerana terdapat produk mesin kopi baru yang akan dikeluarkan tak lama lagi.
Beberapa perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai UCHITEC berdasarkan kepada penganalisis CIMB adalah:-
- Kedudukan tunai bersih (nett cash) yang kukuh
- Baki tunai yang sihat sebanyak RM157 juta (36 sen per share)
- Kadar pinjaman sifar setakat hujung Disember 2020
- Pertumbuhan lebih cepat berbanding jangkaan dalam Bio-Tech
- Pembayaran dividen yang tinggi
- Susut nilai Ringgit berbanding US Dollar yang boleh menjadi catalyst kerana banyak produk dieksport ke luar negara.
Sepertimana yang telah penganalisis CIMB maklumkan, apakah anda rasa kaunter UCHITEC ini mampu mencapai harga RM3.60?
Ditulis oleh Mohd Ameruddin Ahmat, graduan perubatan dari University College Dublin, Ireland x RUMC dan seorang Marketing Representative.
Beliau juga ada membuat perkongsian mengenai pelaburan di laman-laman sosial ini:
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

