Apa yang terjadi kepada pasaran Bursa Malaysia minggu lepas?
Indeks pasaran Bursa Malaysia pada 20 April 2021 ditutup rendah pada 1607.57 dengan kenaikan sebanyak 7.28 mata. Kenaikan ini adalah disebabkan olehkebanyakan sektor hijau terutamanya dua sektor seperti:-
- Pengangkutan (+1.80%)
- Telekomunikasi Dan Media (+1.16%)
Indeks FBMKLCI semalam ditutup dengan membentuk candlestick bullish yang kuat dan ditutup di atas paras 1600.
Mari kita lihat ringkasan tentang apa yang terjadi di pasaran Bursa Malaysia sepanjang minggu kedua April 2021.
Keadaan Pasaran Bursa Malaysia Sepanjang Minggu Kedua April 2021
1. Pelabur Institusi Menjadi Pembeli Terbesar Pada Minggu Lepas Setelah 18 Minggu Menjadi Penjual Terbesar
Jumlah belian pelabur institusi adalah sebanyak RM116.7 juta dalam pasaran modal Malaysia pada minggu lepas menjadikan mereka sebagai pembeli terbesar di Bursa Malaysia.
Pelabur runcit pula menjadi pembeli kedua terbesar minggu lepas dan pelabur asing kekal sebagai penjual terbesar dengan kenaikan jumlah jualan sebanyak 202% berbanding minggu sebelumnya.
2. Indeks KLCI Jatuh 0.2% Berbanding Minggu Sebelumnya, Akibat Daripada Jatuhan Indeks Sektor Pengangkutan Dan Telekomunikasi
Sumber: CGS-CIMB
Pelabur institusi tempatan merupakan pembeli terbesar saham-saham berkaitan sektor kesihatan dengan kenaikan sebanyak 4% berbanding minggu sebelumnya. Sementara pelabur runcit dan pelabur asing merupakan penjual terbesar untuk sektor tersebut.
Untuk sektor telekomunikasi pula, pelabur institusi merupakan pembeli utama saham-sahamdalam sektor ini sementara pelabur asing menjadi penjual utama sektor berkenaan.
3. Fokus Dana Pada Minggu Lepas Tertumpu Kepada Industri Pembuatan Sarung Tangan
Sumber: Bloomberg
Pada minggu lepas, pelabur institusi tempatan merupakan pembeli terbesar untuk tiga saham pembuat sarung tangan seperti:-
- Supermax
- Top Glove
- Hartalega
Saham Top Glove merupakan saham yang digemari oleh pelabur asing pada minggu lepas berbanding saham Supermax dan Hartalega yang merupakan dua saham banyak dijual oleh pelabur institusi.
Saham Top Glove merupakan saham yang dijual dengan tinggi oleh pelabur runcit tempatan pada minggu lepas.
4. LKL, Press Metal Dan Revenue Berada Di Senarai Top 10 Saham Belian Dan Jualan
Sumber: CGS-CIMB
Saham LKL merupakan saham yang banyak dibeli oleh pelabur runcit pada minggu lepas dan merupakan saham kedua terbesar oleh pelabur nominee.
Press Metal pula merupakan saham kedua terbesar yang dibeli oleh pelabur asing tetapi merupakan saham yang banyak dijual oleh pelabur institusi tempatan dan juga pelabur runcit pada minggu lepas.
Saham syarikat Revenue menjadi saham keempat yang banyak dibeli oleh pelabur asing pada minggu lepas.
Sumber Rujukan: CGS-CIMB i-TRADE
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

