• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Saham Murah Bukanlah Penentu Pulangan Yang Tinggi

in Asas Saham
A A
Saham Murah Bukanlah Penentu Pulangan Yang Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Buat apa aku nak beli saham mahal-mahal, beli saham murah dapat lebih banyak lot.”

marhaen

Majoriti pelabur newbie mempunyai mindset seperti di atas. Rata-rata pelabur baru beranggapan bahawa lebih baik beli saham yang murah ataupun penny stock kerana sekiranya mereka membeli saham yang murah, mereka akan dapat beli lebih banyak.

Sebagai contoh, dengan bermodalkan RM1,000, para pelabur dapat membeli 10 lot saham berharga RM1 seunit.

Dengan modal yang sama iaitu RM1,000, para pelabur melihat mereka akan dapat membeli 100 lot saham berharga RM0.10 seunit.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Memang benar pelabur akan dapat beli lebih banyak saham yang murah berbanding saham yang mahal. Namun, di sinilah salah faham tersebut berlaku apabila mereka menjangkakan prestasi saham yang murah adalah sama dengan saham yang mahal. Saham yang murah dan saham yang mahal tidak semestinya mempunyai prestasi yang sama.

Jom lihat contoh perbezaan prestasi saham yang murah dan saham yang dikatakan mahal.

Saham yang ingin dibuat perbandingan adalah saham dari sektor solar iaitu Vsolar Group Berhad dan Samaiden Group Berhad.

Vsolar Group Berhad


Sumber: Bursa Marketplace

Samaiden Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Gambar di atas menunjukkan Vsolar berharga RM0.03 seunit manakala Samaiden berharga RM1.70 seunit.

Sekiranya kita mempunyai modal sebanyak RM1,000, jumlah saham Vsolar yang boleh dibeli adalah sebanyak 333 lot saham manakala hanya sekitar 5 lot saham Samaiden. Saya percaya mesti ramai pelabur baru akan pilih saham Vsolar kerana berpandangan yang mereka akan dapat lebih banyak saham dengan membeli saham ini.

Tetapi, adakah benar saham murah dapat menjanjikan pulangan pelaburan (ROI) lebih tinggi daripada saham mahal? Jom kita buat perbandingan saham Vsolar dan Samaiden.


Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Setahun yang lalu harga saham Vsolar adalah RM0.035 dan harga terkini Vsolar adalah RM0.025.
Samaiden pula adalah saham yang baru sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia pada 15 Oktober 2020 yang lalu.

Pada hari pertama disenaraikan, harga saham Samaiden jatuh sehingga RM0.805. Namun begitu, harga terkini Samaiden adalah setinggi RM1.70.

Daripada dua situasi di atas, bayangkan setahun yang lalu anda membeli saham Vsolar, kini anda sedang mengalami kerugian sebanyak 28.57%.

Bayangkan pula jika anda membeli saham Samaiden setahun yang lalu, kini anda telah mendapat pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 111.18%.

Daripada membeli saham yang murah tetapi saham tersebut tidak memberikan sebarang pulangan, lebih baik beli saham yang lebih mahal dan mempunyai potensi untuk terus membuat kenaikan dan memberikan keuntungan kepada kita.

Secara kesimpulannya, kajian perlu dibuat terhadap saham-saham yang ingin dibeli terlebih dahulu.

Baca juga: Tips Mencari Saham Berpotensi

Pasti ada sebab di sebalik harga saham tersebut menjadi murah. Syarikat tersebut mungkin mempunyai banyak masalah seperti tidak mempunyai kadar pertumbuhan yang baik, mempunyai hutang yang tinggi dan pengurusan yang bermasalah sehingga menyebabkan para pelabur kurang berminat terhadap saham-saham yang murah ini.

Sebagai pelabur yang bijak, kita sudah seharusnya tahu membezakan saham yang berkualiti dan saham yang tidak berkualiti. Tukar mindset anda yang modal kecil hanya boleh beli saham yang murah.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share595ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In