“Seronoknya kalau boleh beli saham yang beri dividen yang tinggi”
Ramai orang mempunyai wang lebihan tetapi tidak tahu apa yang boleh dilakukan dengan wang tersebut. Bagi mereka yang bijak, wang tersebut akan dilaburkan dan sudah tentu mereka mengharapkan pulangan yang tinggi.

Baca: Dividen, Hadiah Buat Para Pemegang Saham Syarikat
Persoalannya, bagaimana anda nak ketahui saham-saham yang boleh memberi dividen atau pulangan yang tinggi hasil daripada wang yang dilaburkan?
Jawapannya, anda kena lihat pada “Dividend Yield” saham tersebut.
Apa Itu Dividend Yield?
Dividend Yield atau dalam Bahasa Melayunya adalah kadar hasil dividen merupakan satu nisbah kewangan yang mengambilkira bayaran dividen tahunan oleh syarikat berbanding dengan harga per saham syarikat.
Kadar hasil dividen dikira seperti berikut:

Kadar hasil dividen boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk menilai aliran tunai yang boleh diperoleh oleh seseorang pelabur bagi setiap wang yang dilaburkan dalam sesebuah ekuiti.
Baca: Apakah Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)?
Mari lihat satu contoh pengiraan kadar hasil dividen yang mudah di bawah.
Bayangkan syarikat A membayar dividen sebanyak RM1 sesaham. Saham syarikat A didagangkan pada harga RM10 sesaham. Maka syarikat A mempunyai kadar hasil dividen sebanyak 10%.
Jom lihat senarai Top 10 saham patuh syariah dengan kadar hasil dividen tertinggi setakat ini.

1. Top Glove Corporation Berhad (TOPGLOV)

Top Glove Corporation Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah dengan kadar hasil dividen tertinggi iaitu 11.42%. Top Glove mengagihkan dividen sebanyak 60.2 sen bagi setiap unit saham yang dimiliki pelabur.
Ketika kebanyakan syarikat gagal bertahan dan terpaksa gulung tikar pada tahun 2020, Top Glove berjaya menjana berbilion ringgit setiap suku tahunan. Ini didorong oleh permintaan terhadap sarung tangan yang meningkat akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
2. UOA Development Berhad (UOADEV)

UOA Development Berhad merupakan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan di bawah UOA Group disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Jun 2011. Penyenaraian ini meletakkan UOA Development sebagai salah sebuah syarikat pembangunan hartanah terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Kadar hasil dividen UOA Development adalah setinggi 8.06% dan dividen yang diagihkan bagi setiap unit saham adalah sebanyak 15 sen.
3. EITA Resources Berhad (EITA)

Bagi yang belum mengenali EITA Resources, syarikat ini bermula pada tahun 1996 dan kini EITA telah berkembang menjadi pembekal kepada kontraktor elektrikal, fabricator papan suis, pengeluar peralatan asal (Original Equipment Manufacturer) dan pengeluar sistem lif serta sistem busduct.
Kadar hasil dividen EITA Resources adalah 6.45% dan EITA mengagihkan 6.0 sen sesaham kepada para pelaburnya.
4. Jaycorp Berhad (JAYCORP)

Jaycorp Berhad beroperasi dalam beberapa segmen perniagaan. Antaranya adalah perabot, pembungkusan, pemprosesan kayu, pengangkutan, pemasaran, perniagaan barangan pembinaan dan penyewaan hartanah.
Kadar hasil dividen Jaycorp adalah 6.32% dan dividen yang diagihkan kepada para pelabur adalah sebanyak 11.5 sen sesaham.
5. Sime Darby Berhad (SIME)

Siapa tak kenal Sime Darby? Sime Darby adalah salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia dengan pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Teras perniagaan Sime Darby merangkumi sektor industri, automotif, penjagaan kesihatan dan logistik.
Kadar hasil dividen Sime Darby adalah 5.83% dan Sime Darby mengagihkan dividen sebanyak 14 sen sesaham.
6. BP Plastics Holding Berhad (BPPLAS)

BP Plastic ditubuhkan pada tahun 1990 di Batu Pahat dengan nama Lam Guan Plastic Industries. Setelah 15 tahun berada di dalam industri, BP Plastic berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Sejak disenaraikan, BP Plastic semakin berkembang dan kini syarikat ini merupakan pengeluar Polyethylene Film (PE) terbesar di rantau Asia serta berjaya membekalkan produknya sehingga ke luar negara.
Kadar hasil dividen bagi BPPLAS adalah 5.80% dan dividen sesaham syarikat ini adalah 8.0 sen.
7. Scientex Berhad (SCIENTX)

Scientex ditubuhkan pada tahun 1968 dan disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tahun 1990. Syarikat ini merupakan antara pengeluar utama filem plastik regangan dan merupakan syarikat terkemuka dalam industri pembungkusan plastik. Selain daripada pengeluar plastik, Scientex turut mencipta nama sebagai pemaju hartanah rumah mampu milik di negara ini.
Ia menjadikan Scientex sebagai syarikat yang mempunyai dua segmen perniagaan utama iaitu pembungkusan dan hartanah.
Kadar hasil dividen bagi Scientex adalah 5.60% dan dividen yang diagihkan bagi setiap unit saham adalah sebanyak 23.0 sen.
8. Poh Huat Resources Holdings Berhad (POHUAT)

Poh Huat yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pembuatan perabot telah tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Poh Huat mempunyai kepakaran dalam pembuatan perabot berteknologi tinggi serta mesra alam. Perabot-perabot yang dihasilkan syarikat ini adalah untuk kegunaan pejabat, rumah dan bilik tidur.
Kadar hasil dividen Po Huat adalah 5.59% dan Po Huat mengagihkan dividen sebanyak 9.0 sen sesaham.
9. Matrix Concepts Holdings Berhad (MATRIX)

Matrix Concepts Holdings Berhad mula disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 28 Mei 2013. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam pembangunan hartanah, pembinaan, pendidikan dan perhotelan.
Kadar hasil dividen Matrix adalah 5.47% dan Matrix mengagihkan dividen sebanyak 10.5 sen sesaham.
10. Formosa Prosonic Industries (FPI)

Syarikat yang terletak di Port Klang, Selangor ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan merupakan antara peneraju dalam pembuatan sistem bunyi berkualiti tinggi di Malaysia.
Formosa Prosonic telah lama tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 1994 lagi.
Perkhidmatan utama syarikat ini merangkumi reka bentuk sistem bunyi, pembuatan, sokongan rangkaian bekalan dan sistem kualiti produk.
Antara produk keluaran Prosonic pula adalah pembesar suara tanpa wayar, pembesar suara konvensional dan peralatan muzik.
Kadar hasil dividen Prosonic adalah 5.17% dan Prosonic mengagihkan dividen sebanyak 14.0 sen sesaham.
Selain daripada 10 syarikat yang dinyatakan dalam artikel ini, terdapat juga banyak syarikat lain yang turut memberi dividen kepada para pemegang saham. Namun secara kesimpulannya, 10 saham ini adalah syarikat yang memberikan dividen yang tertinggi daripada pelaburan yang dibuat oleh para pelabur.
Sekiranya anda seorang pelabur yang melabur untuk mendapatkan dividen, anda harus menumpukan perhatian pada saham-saham dengan kadar hasil dividen yang tinggi.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)