Luxchem Corporation Berhad (KLSE: 5143) (Luxchem) adalah sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia.
Luxchem menjana pendapatannya daripada pembekalan industri kimia di Malaysia. Nilai pasaran semasa yang terkini untuk Luxchem adalah sekitar RM817.5 juta.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur saham di dalam Luxchem.
1. Segmen 1: Perdagangan Petrokimia
Luxchem mengimport, mengeksport, dan mengedar produk-produk petrokimia seperti berikut:
- Sintetik latex,
- Latex kimia,
- Getah kimia,
- Resin polimer,
- Fiberglass material,
- Resin PVC,
- Plasticizers
- Addictives
Bahan-bahan ini dijual kepada pelanggan-pelanggan daripada industri pengeluaran seperti Fiberglass Reinforced Plastic, Latex dan Polyvinyl Chloride.
Segmen ini telah merekodkan kemerosotan jualan kepada RM596.3 juta pada tahun 2020 setelah ianya meningkat daripada RM442.0 juta pada tahun 2011 kepada RM657.1 juta pada tahun 2018.

2. Segmen 2: Pembuatan UPR dan Bahan Kimia
Luxchem membuat Unsaturated Polyester Resin (UPR), dan juga bahan-bahan lain seperti:
- Latex chemicals dispersions,
- Latex processing chemicals,
- Specialty chemicals
Bahan-bahan ini adalah untuk pelanggan mereka di dalam industri latex.
Segmen ini telah mencatatkan kemerosotan jualan kepada RM130.0 juta pada tahun 2020, setelah ia meningkat daripada RM57.0 juta kepada RM156.9 juta pada tahun 2011 sehingga tahun 2018.

3. Pasaran Utama
Pada tahun 2020, Luxchem telah mencatatkan 70.4% perolehan daripada pelanggannya di Malaysia.
Jualan eksport Luxchem telah menyumbang kepada 29.6% perolehan.
Pasaran eksport utama bagi Luxchem adalah ke negara ASEAN seperti
- Indonesia,
- Vietnam, dan
- Thailand.
4. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Luxchem telah mencatatkan penurunan perolehan kepada RM726.3 juta pada tahun 2020. Mereka telah merekodkan kenaikan perolehan setinggi RM814.1 juta pada 2018 daripada RM498.9 juta pada 2011.
Untuk tempoh 10 tahun terkini, Luxchem menjana kenaikan keuntungan bersih, daripada RM22.7 juta pada tahun 2011 kepada RM47.9 juta pada tahun 2020.
Pada tahun 2020, ia telah merekodkan Return on Equity (ROE) sebanyak 14.21%. Ini bermaksud bahawa Luxchem telah menjana RM14.21 di dalam keuntungan bersih, daripada setiap RM100.00 di dalam ekuiti pemegangan saham.

5. Pengurusan Aliran Tunai
Dari tahun 2011 sehingga tahun 2020, Luxchem telah menjana RM292.1 juta di dalam aliran tunai operasi dan RM25.9 juta di dalam pengeluaran ekuiti.
Daripada jumlah itu, ia telah membayar:
– RM55.4 juta untuk pembelian property, plant & equipment (PPE)
– RM34.9 juta untuk pembelian anak syarikat (subsidiary)
– RM5.6 juta untuk kos intangible assets.
– RM2.2 juta untuk pemulangan bersih fasiliti kewangan (rujuk di bawah)
– RM157.0 juta untuk dividen kepada pemegang sahamnya.
Nota:
Fasiliti kewangan termasuklah bankers’ acceptance, trade finance, lease liabilities, term loan dan hire purchase.
Luxchem telah berjaya menambah baki tunainya, daripada RM88.8 juta pada tahun 2011 kepada RM119.7 juta pada tahun 2020.
Dengan ini, terbuktilah bahawa Luxchem merupakan sebuah syarikat yang mampu menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan dan ini membolehkannya membayar dividen secara berterusan kepada para pelabur.

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku keempat tahun 2020, Luxchem telah mencatatkan RM2.4 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM336.9 juta dalam ekuiti pemegang saham.
Maka, nisbah hutang terkini bagi Luxchem adalah 0.70%. Pada masa tersebut, Luxchem telah merekodkan RM375.6 juta dalam aset semasa dan RM147.7 juta dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa terkini bagi Luxchem adalah 2.54.
7. Pembelian Anak Syarikat Baru
Pada 14 Disember 2020, Luxchem telah mengumumkan bahawa mereka telah membeli 55% pemegangan saham dalam:
– Lexis Chemicals Sdn Bhd
– Lexis Specialists Sdn Bhd
– Lexis Corporation Sdn Bhd
Dengan harga RM121.0 juta. Luxchem membayar syarikat-syarikatdi atas dengan pengisytiharan saham Luxchem baru kepada penjual pada harga RM0.83 sesaham.
Syarikat-syarikat Lexis menjana pendapatannya dengan membuat dan memborong produk-produk kimia perindustrian di Malaysia.
8. Private Placement
Pada tarikh yang sama, Luxchem bercadang untuk menerbitkan saham baru melalui private placement untuk menjana modal tambahan sebanyak RM97.3 juta.
Luxchem mengemukakan bahawa dana ini akan diguna untuk tujuan seperti tersebut:
– RM70.3 juta untuk pembelian / pelaburan bisnes berkenaan dengannya.
– RM24.0 juta untuk working capital.
– RM3.0 juta untuk kos untuk membiayai proposed private placement ini.
9. Pemegang Saham Utama
Pada 5 Mac 2021, Luxchem telah meningkatkan jumlah ordinary shares kepada 997.0 juta.
Kini, pemegang utama saham Luxchem adalah seperti berikut:

Tang Ying See dan isterinya Chin Song Mooi, serta Tang Chii Shyan yang merupakananak mereka adalah pemegang utama Luxchem dengan ekuiti pemegangan saham mereka di dalam Chemplex Resources Sdn Bhd.
Tang Ying See dan Chin Song Mooi adalah CEO dan Pengarah Eksekutif di dalam Luxchem.
10. Nisbah Penilaian
Pada tahun 2020, Luxchem telah mencatatkan:

Berdasarkan jumlah saham terkini sebanyak 996.975 juta, kita dapat menghitung:

Kini, harga saham Luxchem adalah sekitar 82.0 sen. Maka, nisbah penilaian terkini bagi Luxchem adalah:

Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati bahawa:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham Luxchem?
Yang itu, kita perlu membuat kajian kita sendiri agar pilihan yang kita buat adalah pilihan yang tepat mengikut citarasa dan risiko pelaburan kita.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)