Ada ke syarikat teknologi yang menarik untuk diperhatikan sekarang?
Soalan saham apa nak beli memang akan sentiasa ditanya. Salah satu cara untuk mengenalpasti saham yang berpotensi, maka kita perlu untuk membuat kajian ke atasnya.
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Revenue Group Berhad (REVENUE).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang Revenue Group Berhad (REVENUE) (0200)
Revenue Group Berhad (REVENUE) yang dulunya dikenali sebagai Revenue Harvest Sdn Bhd, mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian pembayaran bersepadu untuk semua jenis perniagaan.
Syarikat ini mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam penyediaan perkhidmatan mereka kepada industri perbankan dan kewangan terutamanya. Di antara perkhidmatan dan penyelesaian yang ditawarkan adalah seperti:-
- EMV Smart Card Tecnology
- Sistem Terminal Pengurursan
- Sistem Kesetian (Loyalty System)
- Sistem Pengurusan Tingkah Laku Pengguna
- Sistem Pembayaran Berasaskan Web
- Sistem Pengurusan Transaksi Pembayaran
Syarikat ini mempunyai nilai pasaran semasa sebanyak RM987.0 juta dan telah tersenarai di papan ACE Bursa Malaysia sejak tahun 2018.
Jom kita kaji kaunter Revenue ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings REVENUE
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener
Keuntungan bersih bagi suku kedua tahun 2021 untuk Revenue adalah sebanyak RM4.03 juta, meningkat lebih daripada 17.2% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan pendapatan yang positif ini adalah perkara yang sangat baik untuk syarikat, kerana ini menandakan bahawa Revenue tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
Revenue merupakan syarikat di dalam sektor produk teknologi dan perkhidmatan yang memang kukuh di Bursa Malaysia. Revenue masih mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang positif walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi sepanjang tahun 2020.
A- Annual Earnings Revenue
Seterusnya, kita lihat pula perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.

Sumber: KLSE Screener
Setakat artikel ini ditulis, pendapatan Revenue untuk tahun 2021 masih belum lengkap. Maka, kita akan menilai pendapatan Revenue pada tahun 2020.
Pendapatan bersih Revenue sentiasa positif sejak ianya mula disenaraikan di Bursa Malaysia. Pada tahun 2020, pendapatan bersih syarikat merosot lebih daripada 10% kepada RM7.51 juta berbanding RM8.70 juta pada tahun sebelumnya.

Sumber: Revenue Group Berhad
Segmen perkhidmatan penyelesaian Revenue kekal menjadi pendapatan utama syarikat dengan menyumbang lebih daripada 60% pendapatan kasar syarikat.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber: Hong Leong Investment Bank
Pada 19 Februari 2021, Hong Leong Investment Bank memberikan saranan beli dengan harga sasaran RM2.05 seunit.
Penilaian ini diberi berdasarkan keupayaan syarikat untuk menjana pendapatan seperti yang dijangkakan oleh penganalisa pasaran.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun atau naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham Revenue yang didagangkan adalah sebanyak 442.60 juta unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian Revenue kurang daripada jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan.
Jika jumlah dagangan ini kurang jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna minat pelabur adalah kurang.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.

Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham Revenue (Biru) adalah lebih rendah berbanding dengan pergerakan indeks teknologi di Bursa Malaysia (Oren).
Oleh yang demikian, saham Revenue boleh dikategorikan sebagai laggard berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Berdasarkan modal pasaran, adakah Revenue masih merupakan laggard kepada sektor teknologi?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan atau jerung yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat Revenue, kita dapat lihat adanya pelabur institusi seperti:-
- Kenanga Growth Fund
- Public Mutual Berhad
- PMB Investment Berhad
Selain daripada itu, pelabur institusi yang lain adalah Kenanga Islamic Investors Berhad dan PMB Shariah Aggresive Fund.
M- Market Direction
Market direction ini penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber:
Arah kaunter dilihat membuat pertukaran fasa daripada fasa pengumpulan kepada fasa kenaikan sejak Februari 2021 tahun ini.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham KPower
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)