Macam best trade saham di Wall Street ni. Boleh beli saham Apple, Microsoft, Tesla dan banyak lagi
Kita selalu melihat 3 indeks utama dunia iaitu Dow Jones, Nasdaq dan S&P500 membuat kenaikan yang positif, tetapi yang sebaliknya berlaku pada pasaran saham tempatan.
Sumber: finviz
Ramai yang mula melihat pasaran Amerika sebagai alternatif kepada pasaran saham tempatan. Ianya tidak salah malah pasaran Amerika juga amat menarik sekiranya kita melabur atau berdagang di pasaran tersebut.
Tatkala Bursa Malaysia bergerak perlahan, ada baiknya juga untuk kita mempelbagaikan pelaburan. Wall Street adalah tempat terbaik sekiranya anda mempunyai objektif tersebut.
Sebelum anda mula melabur di Wall Street, jom kami ingin kongsikan kepada anda 7 fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Wall Street.
1. Pasaran Saham Amerika (US) Merangkumi 55% Daripada Pasaran Saham Dunia
Sumber: Statista
Pasaran saham dunia amat luas. Bertrilion-trilion unit saham dan nilai dagangan setiap hari. Daripada semua pasaran saham di dunia, pasaran saham Amerika adalah yang paling besar iaitu seluas 55.9% daripada jumlah keseluruhan pasaran saham dunia. Data yang diambil ini adalah setakat Januari 2021.
2. Pasaran Amerika (US) Mempengaruhi Pasaran Saham Dunia
Pasaran saham Amerika sedikit sebanyak mempengaruhi pasaran-pasaran saham di negara lain. Hal ini kerana, Amerika Syarikat merupakan gergasi ekonomi dunia dan banyak melakukan import dan eksport.
Oleh itu, negara Uncle Sam tersebut sering dijadikan kayu ukur kepada keadaan ekonomi semasa dunia.
Sebab itulah para pelabur sering merujuk kepada indeks utama Amerika Syarikat seperti Dow Jones, Nasdaq dan S&P500 sebelum memasuki pasaran.
Sekiranya ketiga-tiga indeks ini mengalami kejatuhan, para pelabur sebaiknya mengelak daripada memasuki pasaran.
3. S&P500 Bukan Terdiri Daripada 500 Saham
Ada yang berpendapat terdapat 500 saham di dalam indeks S&P500. Sebenarnya S&P500 terdiri daripada 505 saham.
Indeks ini merangkumi 500 buah syarikat tetapi terdapat beberapa buah syarikat menerbitkan beberapa kelas saham lalu menambah bilangan saham yang ada di S&P500.
Contohnya adalah Alphabet Inc. (Class A) dan Alphabet Inc. (Class C).
4. Saham Paling Mahal Di Dunia Ada di Wall Street
Pernahkah anda terfikir apakah saham yang termahal di dunia? Jika pernah, jawapan bagi persoalan tersebut adalah saham Berkshire Hathaway (BRKA).
Berkshire Hathaway yang sinonim dengan pelabur tersohor dunia iaitu Warren Buffet berharga setinggi USD405,901.00 setakat 23 April 2021.
Baca: 4 Tips Melabur Seperti Warren Buffet
Sumber: Investing.com
Sekiranya ditukarkan ke matawang negara kita, harga seunit saham Berkshire adalah sebanyak RM1,667,719.75.
Lihat sahaja bagaimana saham ini membuat uptrend yang baik sejak beberapa tahun yang lalu.
Sumber: Trading View
Namun, harus diingat saham Berkshire Hathaway ini tidak patuh syariah.
Sumber: Islamicly
5. New York Stock Exchange Merupakan Pasaran Saham Terbesar Di Dunia Berdasarkan Modal Pasaran
Tahukah anda New York Stock Exchange merupakan pasaran saham terbesar di dunia berdasarkan kepada modal pasaran. Pada April 2020, saiz modal pasaran NYSE adalah sebesar USD25 trilion, sebesar hampir satu pertiga modal pasaran seluruh dunia.
6. Bilangan Pasaran Saham Di Wall Street
Terdapat 13 buah pasaran saham di Wall Street. Daripada kesemua jumlah pasaran saham ini, Intercontinental Exchange Inc NYSE, Nasdaq Inc dan CBOE Global Markets mengendalikan 12 pasaran saham manakala IEX Group hanya mengendalikan pasaran saham di Wall Street.
7. Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC)
Kerajaan Persekutuan Amerika menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti (SEC) untuk menguatkuasakan undang-undang keselamatan persekutuan, membuat peraturan baru dan mengawasi transaksi yang dijalankan.
SEC mempunyai peranan yang hampir sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu untuk mengawal selia pasaran modal, mewujudkan pasaran modal yang mapan dan melindungi para pelabur di Wall Street.
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Saham-saham Wall Street tak mahal manapun. Dengan USD250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?
Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dapatkan sekarang E-BOOK – Dari Malaysia Ke Wall Street