• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 2, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

4 Hacks Menjadi Pelabur Berjaya

in Asas Saham
A A
4 Hacks Menjadi Pelabur Berjaya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Ramai orang fikir, menjadi seorang pelabur ni mesti kaya. Kalau kena cara InsyaAllah menjadi. Tapi kalau tak kena gaya, maka semuanya hanya tinggal angan-angan sahaja.

Jadi, apakah tips atau hacks untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya?

1. Buat Perancangan

“Kenapa kita nak melabur saham, kenapa tak simpan je duit dalam bank? Apa target kita sebenarnya?”

Contohnya, matlamat kita nak kumpul RM100,000 dalam masa 5 tahun. Jadi kita perlu mula membuat kira-kira berapakah pulangan dalam peratus yang patut kita perolehi setiap bulan atau tahun.

Ini akan membantu kita menjawab soalan sama ada nak beli saham untuk dapat dividen setiap tahun atau untuk dapat untung bila harga saham tersebut naik.

Makluman syarikat-syarikat yang memberikan dividen kepada para pemegang saham syarikatnya. (Sumber: malaysiastock.biz)

2. Pecahkan Pelaburan Kepada Beberapa Sektor

Bursa Malaysia mempunyai sektor yang pelbagai. Maka kita perlu mencari sektor yang mempunyai potensi dan masa depan yang cerah.

Pertama, kita perlu mengaji dan membuat bajet berdasarkan modal pelaburan. Contohnya dengan bermodalkan RM100,000, kita boleh membahagikan modal tersebut kepada dua sektor pilihan.

Contohnya, sebahagian daripada modal tersebut kita gunakan untuk membeli saham syarikat  yang berada di dalam industri Fast-Moving Consumer Goods (Sektor Kesihatan yang berkaitan Covid-19) dan sebahagian yang lain digunakan untuk membeli saham syarikat di dalam sektor teknologi contohnya. Kaedah ini dikenali sebagai diversification.

Pernah dengar pepatah “Don’t put all your eggs in one basket”?

3. Belajar Untuk Bertenang Dan Tidak Gelabah

Ini merupakan perkara yang paling susah nak buat! Percayalah bahawa saham ini ada turun naiknya. Penurunan itu perlu untuk saham tersebut meneruskan kenaikan yang lebih tinggi di kemudian hari.

Contohnya, sekiranya kita mendapati harga sesuatu saham turun sebanyak 30% dalam masa sehari, pasti ada perkara yang tak kena dan boleh dipertimbang untuk menjual saham itu. Namun sekiranya kita nampak saham itu turun hanya sebanyak 2% dalam masa sehari, jangan pula kita panik untuk terus menjual.

Bukannya ketika rugi sahaja pelabur akan menggelabah. Ketika saham tengah untung pun biasanya pelabur akan panik juga. Sasaran mulanya nak untung hanya 30% dalam masa setahun, tapi  ketika harga saham yang dibeli itu sudah naik sehingga 50%, tetap tak jual.

Ada yang terketar-ketar tangannya mencari butang jual. Seolah-olah sudah hilang butang menjual tersebut di platform masing-masing.

Bawa bertenang! Ikut saja perancangan masing-masing.

Jika tidak mahu menjual semua pegangan yang ada, lepaskanlah sebahagian daripada pegangan dulu. Nikmati keuntungan daripada pelaburan setelah mengharungi beban emosi sepanjang berdagang.

Kaitan pergerakan harga saham syarikat dan volume pada carta yang menunjukkan emosi para pelabur (Sumber: tradingview.com)

4. Newbies, Jangan Beli Penny Stock

Penny stock ni boleh cepat kaya dan boleh cepat juga kayap.

Saham penny stock ini ialah saham yang harganya bawah daripada RM 1.00. Harga saham yang bernilai sekitar 20 sen pula dikenali sebagai super penny.

Biasanya pelabur membeli saham sebegini disebabkan oleh pengaruh orang sekeliling. Orang kata beli saham penny dengan lot yang besar dengan harapan untuk dapat pulangan yang besar. Kita pun ikut kata orang tanpa membuat sebarang kajian. Jangan asyik mengira keuntungan sahaja, kita juga boleh rugi besar!

Peringatan penting: jika niat anda nak melabur untuk jangka masa lebih setahun, elakkan daripada membeli kaunter penny stock. Tetapi jika niat anda untuk berdagang, ya silakan. Tapi pastikan kita ada ilmu yang cukup, kalau tidak melebur jadinya.

Memang kita sedia maklum bahawa harga saham syarikat ini akan naik semula suatu hari nanti, namun persoalannya adalah bila? Dan mampukah kita tunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala? Atau nak cari peluang lain?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share477ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In