Asyik rugi je beli saham, malas la nak melabur lagi
Dalam dunia pelaburan, risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur adalah risiko kerugian dan ianya kadang kala menyebabkan ramai pelabur yang give up dan tinggalkan dunia pelaburan ini.
Tidak dinafikan pelaburan saham tidak semudah yang disangka, tetapi ianya juga tidak terlalu sukar sebenarnya jika kita aplikasikan ilmu yang betul.
Biasanya mereka yang kerap rugi dalam pelaburan saham ini mempunyai karakter atau ciri-ciri yang sama.
Mari kita lihat ciri-ciri mereka dan ambil pengajaran daripadanya.
1. Nak Cepat Kaya
Sumber: iStock
Kebanyakan mereka yang tidak faham secara menyeluruh tentang pelaburan saham ini mempunyai satu mindset yang sama iaitu nak jadi kaya dengan cepat melalui pelaburan saham.
Kalau boleh hari ini melabur esok dah kaya.
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelabur yang nak cepat kaya adalah dengan melabur tanpa matlamat yang jelas.
Pilihan saham juga biasanya saham kategori super penny dengan harapan bila harganya naik akan meraih keuntungan yang lumayan.
Tak salah niat untuk menjadi kaya dalam pelaburan saham, cuma kita perlu mempunyai ilmu dan pengalaman yang kukuh terlebih dahulu.
Pelaburan saham ini melibatkan risiko yang tinggi, walaupun mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman, risiko kerugian tetap ada.
Pelabur saham tersohor seperti Warren Buffet juga mengambil masa bertahun-tahun untuk menggandakan nilai pelaburan beliau sehingga berjaya seperti hari ini.
Ingat bahawa pelaburan saham ini merupakan satu proses dan ianya mengambil masa untuk membuahkan hasil.
Baca: Mana Lagi Untung, Saham Murah Atau Saham Mahal?
2. Follow Buy Call
Sumber: iStock
Satu lagi perangai mereka yang selalu rugi dalam pelaburan saham ini adalah selalu mencari dan ikut bulat-bulat buy call daripada group-group telegram dan whatsapp yang diberikan.
Dengan sertai group sebegini sebenarnya mereka terdedah untuk menjadi mangsa spekulator yang menyasarkan sesuatu harga saham yang tidak masuk akal. Kebetulan bila pelabur beli, mereka pula menjual.
Lebih malang lagi yang ikut buy call ini tidak mempunyai langsung ilmu asas tentang pelaburan, asal nampak nama kaunter keluar, dia balun. Jika rugi nanti mereka akan cari orang untuk dipersalahkan.
Ada juga yang sanggup membayar untuk masuk group premium yang menjanjikan saranan saham yang menguntungkan yang akhirnya janji tinggal janji.
Daripada mengeluarkan wang untuk disuap, lebih baik wang tersebut digunakan untuk menimba ilmu pelaburan.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham?
3. Tiada Pengurusan Pelaburan
Sumber: iStock
Kebanyakan pelabur yang kerap rugi ini juga biasanya tidak mempunyai pengurusan pelaburan yang betul.
Walaupun beli saham yang telah dikaji, tetapi pelabur ini gagal untuk membuat perancangan pelaburan yang betul.
Perancangan disini bermaksud selepas menetapkan waktu yang sesuai untuk membuat belian dan seterusnya jualan sama ada jualan untuk take profit atau jualan cut loss untuk mengurangkan risiko kerugian..
Pelabur yang gagal untuk membuat perancangan ini selalunya adalah mereka yang tidak menjual apabila saham tersebut naik walaupun telah memberikan keuntungan lebih 10% kerana mengharapkan saham tersebut naik lebih tinggi.
Akhirnya saham yang untung tadi jatuh lebih rendah daripada harga belian yang menyebabkan pelabur tadi mengalami kerugian.
Pelabur yang kerap rugi dalam pelaburan jangan putus asa, cuma bangkit semula dalam pelaburan ini dengan bimbingan yang betul.
Jika takut rugi lebih banyak, mulakan pelaburan dengan menggunakan platform untuk anda berlatih menggunakan virtual money terlebih dahulu.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!