- Saranan BELI kekal
- Harga sasar (TP) mencecah RM2.58 daripada RM3,
- Potensi kenaikan harga saham 130%
- Kadar hasil dividen kira-kira 3.8% untuk FY26F

- Profil Syarikat
Guan Chong ($GCB) mengeluarkan ramuan makanan berasaskan koko; mengilangkan, memasarkan dan mempromosikan barangan berkaitan koko; menjalankan kegiatan pemasaran dan promosi untuk barangan berasaskan coklat dan konfektioneri; membeli dan mengedarkan produk ramuan makanan berasaskan koko.
Walaupun sentimen industri koko global agak suram akibat kelembapan permintaan dan ketidakpastian tarif, kami berpendapat penurunan harga saham Guan Chong baru-baru ini adalah berlebihan. Syarikat masih mempunyai prospek kukuh untuk FY25F dengan sokongan margin yang stabil dan prestasi QoQ dijangka lebih kukuh pada 2Q, dibantu oleh nisbah gabungan yang baik.
GCB kini diniagakan pada P/E hanya 6-7x bagi FY26F, menjadikannya antara saham pengguna berasaskan komoditi yang murah dan menarik. Ini disokong oleh pengembangan kapasiti di UK dan Ivory Coast yang boleh menjadi pemangkin pertumbuhan.
- Permintaan Melembap, Tapi Masih Terkawal
Kadar pengisaran koko terus perlahan akibat harga koko mentah yang tinggi dan ketidaktentuan tarif. Menurut laporan Bloomberg, di Eropah kadar pengisaran jatuh -5% YoY selama empat suku berturut-turut. Di Malaysia, ia jatuh lebih mendadak iaitu sebanyak -22% YoY pada 2Q25. Fenomena ini berpunca daripada:
- Perubahan dalam formulasi produk
- Saiz bungkusan produk yang dikecilkan
- Peralihan kepada bahan alternatif ketika harga biji meninggi
- Keadaan tarif yang masih tidak menentu
- Nisbah lemak koko lebih rendah
Kesan langsungnya menyebabkan bekalan serbuk koko menjadi lebih terhad dan mahal. Namun, permintaan masih belum pulih sepenuhnya memandangkan kos modal kerja tinggi dan pasaran yang tidak menentu. Kadar penggunaan kapasiti GCB dijangka turun kepada 85-90% pada 2H25, terutamanya kerana pelanggan AS mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” berkaitan isu tarif. Namun, penurunan pengeluaran ini boleh memperbaiki kecekapan modal kerja dan aliran tunai.
Walaupun begitu, mengikut pemerhatian pihak pengurusan, trend-trend jualan memulih apabila harga biji mencecah paras lebih sederhana dan menjangkakan pembelian biji pada harga pasaran meningkat apabila semakin menghampiri musim puncak (selalunya lewat 3Q-awal 4Q) kerana pelanggan ingin mendapatkan sumber bekalan yang mencukupi.
- Margin Bertahan – Didorong Gabungan Beberapa Faktor Positif
Walaupun nisbah lemak koko menurun sejak enam bulan lepas, margin masih kekal tinggi berbanding keadaan-keadaan biasa sebelum ini. Antara penyumbang utama:
- Nisbah serbuk koko yang lebih tinggi
- Harga biji koko lebih rendah berbanding tahun lalu
- Potensi pulangan positif daripada struktur pasaran bayaran tertangguh
- Kadar faedah lebih rendah.
Nisbah gabungan kukuh yang direkodkan pada 1Q25 dijangka berterusan sehingga 2Q25 sebelum normalisasi secara berperingkat. Kami percaya nisbah gabungan/margin mungkin akan terus berada pada paras tinggi berbanding tahun-tahun lalu berikutan permintaan yang tetap ada, modal kerja lebih tinggi, premium risiko, dan penggabungan pemain dalam industri.
- Semakan Ramalan & Penilaian
Kami menyemak semula ramalan keuntungan bagi FY25-27F dan menurunkannya sebanyak 13%, 14%, dan 2% selepas mengambil kira:
- Kadar penggunaan yang lebih rendah,
- ASP (Average Selling Price) lebih rendah,
- Kadar faedah yang lebih tinggi.
Harga sasaran (TP) kini disemak kepada RM2.58 (daripada RM3), berdasarkan unjuran P/E FY26F sebanyak 15x yang setara dengan catatan
Indeks Barangan Pengguna.
- Faktor Pemacu Utama
- i. Permintaan untuk barangan berasaskan koko
- ii. Nisbah gabungan meningkat
- iii. ASP
- Risiko Utama
- i. Harga biji koko turun naik secara mendadak
- ii. Pelan pengembangan berdepan risiko dari segi pelaksanaan dan negara
- iii. Permintaan barangan koko jatuh
- iv. Risiko membabitkan rakan niaga
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
