KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Keuntungan bersih Oriental Interest Bhd melonjak kepada RM45.484 juta untuk suku ketiga berakhir 31 Mei 2025 berbanding RM25.233 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini.
Segmen pembangunan hartanah terus menjadi pemacu pertumbuhan utama, dengan pendapatan meningkat sebanyak 95 peratus pada suku semasa, kata kumpulan tersebut melalui makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pendapatan menokok kepada RM305.245 juta daripada RM180.424 juta.
“Pertumbuhan ini sebahagian besarnya dikaitkan dengan pengiktirafan pendapatan yang lebih tinggi daripada kemajuan pembinaan projek yang sedang berjalan selain sumbangan daripada pelancaran pembangunan baharu,” katanya.
Walaupun terdapat cabaran yang berterusan dalam sektor hartanah serta ekonomi domestik yang agak menyeluruh, kumpulan itu mengekalkan trajektori menaik dalam pendapatan dan keuntungan, yang disokong oleh jualan hartanah yang kukuh, mencerminkan kualiti serta nilai pembangunannya.
“Memandang ke hadapan, kumpulan itu tetap berada di kedudukan yang baik bagi pertumbuhan yang berterusan, disokong oleh jualan hartanah yang belum dibilkan sebanyak lebih kurang RM428.14 juta setakat akhir pelaporan suku kewangan.
“Dengan tempahan yang sihat dan momentum jualan yang amat baik, kumpulan itu optimis bagi menyampaikan satu lagi tahun berprestasi positif untuk tahun kewangan 2025,” katanya lagi.
— BERNAMA
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM





