KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — IHH Healthcare Bhd (IHH) telah mengumumkan kerjasama strategik antara dua anak syarikatnya di India iaitu Fortis Healthcare Ltd dan Gleneagles Healthcare India Pvt Ltd, yang bertujuan mengukuhkan sinergi operasi serta kewangan di negara tersebut.
Kumpulan itu melalui satu makluman dengan Bursa Malaysia hari ini berkata langkah itu melibatkan perjanjian operasi dan penyelenggaraan, yang mana Fortis akan menguruskan lima daripada enam hospital yang kini dikendalikan oleh Gleneagles India.
“Ini adalah langkah penting dalam mengukuhkan platform penjagaan kesihatan pan-India IHH dengan skala operasi yang dipertingkatkan, kecemerlangan klinikal serta jangkauan geografi, sambil mengekalkan aliran bakat dan autonomi kewangan masing-masing.
“Ia menyatukan keupayaan tambahan di bawah komitmen bersama bagi menyampaikan penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi selain membuka sinergi operasi dan kewangan di kedua-dua rangkaian,” katanya.
Perjanjian itu kekal bersyarat atas penerimaan dan pengakuan pihak-pihak yang berkaitan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr Prem Kumar Nair berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen pertumbuhan jangka panjang kumpulan di salah satu pasaran utamanya.
“Dengan komitmen yang dikongsi bersama dan kekuatan yang saling melengkapi, kami sedang mewujudkan rangkaian hospital pan-India yang komprehensif untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang berkembang bagi keperluan berjuta-juta orang di seluruh negara,” katanya.
Beribu pejabat di Kuala Lumpur, IHH mengendalikan rangkaian hospital serta perkhidmatan penjagaan kesihatan di beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Türkiye, India dan Greater China.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




