- 23 Julai 2025 | Bahan Asas – Bahan Binaan
- Saham Pilihan Utama: Press Metal
Walaupun keadaan pasaran terus tidak menentu disebabkan oleh pelaksanaan tarif AS, kami percaya harga aluminium akan tetap bertahan tatkala bekalan dunia yang terhad, walaupun dilemahkan oleh permintaan yang menurun. Kami bertindak mengekalkan andaian harga LME untuk FY25-27 pada paras USD2,500, USD2,520 dan USD2,550 buat masa sekarang.

- Permintaan Perlahan, Tapi Bekalan Lagi Perlahan
Harga aluminium LME semakin tidak menentu dengan pelaksanaan tarif AS sehingga jatuh kepada paras terendah sebanyak USD2,300/tan pada Apri. Tapi kini harga dah pulih ke USD2,600/tan, meningkat 5% setakat tahun ini (YTD). Ini berlaku walaupun permintaan perlahan, kerana bekalan global masih ketat.
Apa yang menarik; pengeluaran dari Eropah terganggu sebab kos tenaga mahal, dan di China pula, mereka hampir capai had tahunan pengeluaran sebanyak 45 juta tan. Jadi, peluang untuk pemain serantau seperti Press Metal terus terbuka luas. Sungguhpun begitu, premium untuk Pelabuhan Utama Jepun (MJP) sudah jatuh sebanyak 58% sejak awal tahun hingga kini (YTD) disebabkan oleh bekalan semakin tinggi di Asia susulan kurangnya minat untuk mengeksportkan barangan ke AS, sedangkan premium untuk AS Midwest telah melonjak naik sekitar 200% YTD.
Kos Turun = Margin Lebih Baik
Kos bahan mentah utama seperti alumina kini menunjukkan trend penurunan yang ketara, iaitu sebanyak 46% setakat tahun ini (YTD) berikutan gangguan rantaian bekalan dari Guinea kembali baik. Penurunan ini memberi kelebihan besar kepada syarikat seperti Press Metal, yang menjadikan alumina sebagai komponen utama dalam proses pengeluaran aluminium. Keadaan ini membantu meningkatkan margin keuntungan syarikat kerana sebahagian besar kos pengeluaran dapat dikurangkan.
Lebih menarik, Press Metal (PMETAL) sedang membina sebuah kilang penapisan baharu di Indonesia, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027. Apabila beroperasi, kilang ini bakal meningkatkan keupayaan kendalian sendiri terhadap bekalan alumina daripada 23% ketika ini kepada sekitar 99%. Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dan memberi lebih kestabilan dari segi kos dan operasi.
Meskipun harga alumina kian jatuh, Indonesia tetap menampung kos yang lebih rendah daripada pesaing lain untuk kilang-kilang alumina kerana larangan yang
dikenakan ke atas eksport bauksitnya. Sebaliknya, kos untuk anod karbon telah meningkat 23% YTD, dipacu oleh harga kok petroleum yang semakin mahal, susulan gangguan bekalan. Kesan ini terhadap margin dijangka minimum kerana komponen ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan kos pengeluaran. Secara keseluruhan, tekanan kos kekal terkawal.
Yang penting juga, Press Metal telah mengambil langkah proaktif dengan membuat lindung nilai harga aluminium hingga ke tahun 2027. Ini bermaksud harga jualan mereka telah dikunci pada paras tertentu, sekaligus memberikan pendapatan yang lebih terjamin dan melindungi syarikat daripada turun naik harga pasaran yang tidak menentu. Kedudukan perlindungan nilai buat PMAH masih tidak banyak berubah:
- i) 60% pada USD2,600 (2025)
- ii) 40% pada USD2,700 (2026)
- iii) 35% pada USD2,750 (2027)
- Malayan Cement: Bersedia Untuk Lonjakan Infrastruktur
Malayan Cement Berhad (MCEMENT) berpotensi menjadi penerima manfaat utama susulan kelulusan rasmi projek MRT3 oleh Kementerian Pengangkutan baru baru ini. Projek besar ini dijangka merancakkan aktiviti pembinaan, sekaligus meningkatkan permintaan terhadap simen dalam beberapa tahun akan datang. MCEMENT dijangka berada dalam kedudukan yang kukuh untuk membekalkan keperluan simen bagi projek MRT3, disebabkan oleh penguasaan pasarannya yang besar sebanyak 60-70%. Walaupun kontrak bekalan untuk Fasa 1 projek Laluan Kereta Api PantaiTimur (ECRL) dijadual tamat pada tahun 2024, pihak pengurusan yakin mereka masih akan terlibat dalam Fasa 2, meskipun tanpa kontrak eksklusif.
Dari sudut kos, harga simen pukal kekal stabil pada sekitar RM380/tan sejak Julai 2023, menunjukkan kestabilan dalam harga jualan. Pada masa yang sama, kos arang batu; iaitu komponen utama dalam penghasilan simen telah menurun sebanyak 12% setakat tahun ini (YTD), lantas mengurangkan tekanan kos untuk pengeluar simen.

- Risiko Negatif Utama
- Kenaikan kos input
- Kemelesetan ekonomi dunia yang boleh mengganggu kegiatan pembinaan dan melemahkan permintaan aluminium dan simen
Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli ([email protected])
Wan Muhammad Ammar Affan ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Bahan Asas : Terus Mengukuh; Kekal WAJARAN TINGGI (23 Julai 2025)
Laporan Sebelumnya: Bahan Binaan : Keputusan Yang Kukuh Untuk Akhiri 2024; Kekal WAJARAN TINGGI (7 Mac 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Building Materials : Steady As It Goes; Keep OVERWEIGHT (23 Julai 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.