22 Julai 2025 – Ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2025 berjumlah 730 ribu (-11% YoY) kekal sama. Hal ini selaras dengan TIV bagi awal 2025 hingga Jun sebanyak 373,636 unit (-5% YoY) yang merangkumi 51% andaian sepenuh tahun kami. Selepas mencatat prestasi pecah rekod selama tiga tahun, kami dapati tiada faktor pemangkin yang menarik untuk mengekalkan tahap jualan automotif 2025 pada paras tinggi sekarang. Dengan itu, kami terus berhati-hati dalam prospek kami akibat persaingan harga yang masih berlaku dalam segmen bukan kebangsaan dan tunggakan pesanan yang menurun. Saranan kekal NEUTRAL.

- Pengecualian duti untuk kenderaan elektrik (EV)
Pengecualian duti import dan eksais untuk kenderaan elektrik (EV) jenis import sepenuhnya (CBU) sebahagiannya meningkatkan tahap penggunaan EV, namun ia mungkin tidak dilanjutkan selepas akhir 2025. Hal ini demikian kerana kami fikir tumpuan Kerajaan sekarang akan lebih tertumpu pada menarik pengeluar peralatan asli atau OEM untuk mengilangkan dan memasang EV mereka di tanah air memandangkan EV jenis pemasangan tempatan (CKD) akan terus menikmati
pelepasan cukai sehingga akhir 2027. Pelanjutan pelepasan cukai untuk EV jenis CBU akan mendatangkan kesan yang sebaliknya kepada usaha menggalakkan pihak OEM untuk mewujudkan kemudahan-kemudahan pengeluaran tempatan. Meskipun kami menjangkakan perolehan EV akan terus meningkat pada bulan-bulan berikutnya, pertumbuhan dalam bahagian pasaran mungkin akan terus sederhana akibat kekangan-kekangan struktur iaitu penetapan harga yang tinggi & bilangan kemudahan pengecasan yang terhad. Oleh demikian itu, EV mungkin tidak dapat mempengaruhi TIV keseluruhan dalam masa terdekat.

- Apakah jangkaan berikutnya?
Syarikat pengeluar kereta utama seperti Perodua dan Toyota menyaksikan pesanan tertunggak mereka susut kepada 90 ribu dan 15 ribu sekarang, daripada paras 100 ribu dan 20 ribu setahun lalu. Malahan, kadar kelulusan pinjaman untuk pembelian kenderaan YTD-2025 sudah jatuh kepada 55% (2022 – 2024: 58-63%), lantas menandakan syarat-syarat untuk pemberian pinjaman diperketat.
Melihat tekanan inflasi menjejaskan pengguna, kami menjangkakan jualan kereta akan mereda pada suku-suku berikutnya. Penurunan ini juga akan didorong
oleh syarikat pengeluar kereta bukan kebangsaan sekarang yang terus menghadapi tahap persaingan yang sengit susulan kemasukan pemain baharu dalam pasaran, khususnya pengeluar kereta dari China. Kemasukan berpusu-pusu model kereta baharu dan juga penawaran potongan harga yang agresif mewujudkan persekitaran persaingan yang amat sengit. Sesetengah pembeli mungkin menangguhkan pembelian mereka bagi menunggu potongan harga yang selanjutnya daripada kedua-dua pengeluar kereta bukan kebangsaan sedia ada dan baharu, sekali gus meletakkan segmen kereta bukan kebangsaan dalam keadaan tidak stabil.
- Kenaikan harga buat kereta CKD dalam keadaan tidak menentu.
Jika diimbaskan kembali, pelaksanaan semakan pada duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) ditangguhkan ke Jan 2026. Penangguhan ini adalah kali keempat yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. Walaupun langkah ini memberikan sedikit nafas lega kepada syarikat automotif dengan tempoh lima bulan berbaki sebelum semakan OMV ini dikuatkuasakan, ia masih memberikan tekanan pada rantai bekalan sedia ada untuk bertindak balas. Sekiranya tiada pelanjutan diberikan mulai tahun 2026, purata harga duti ini mungkin meningkat sekitar 10-30% untuk kereta-kereta CKD. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa ia sedang memuktamadkan kaedah penetapan harga dan membayangkan bahawa kenaikan 10-30% mungkin tidak akan berlaku. Sebagai makluman, OMV baharu ini mengambil kira kerja kejuruteraan, bayaran royalti dan yuran lesen, antara lainnya dalam menetapkan harganya. Untuk kenderaan jenis CBU pula, harga ditetapkan berdasarkan kos, insurans, dan muatan (CIF) yang dikenakan caj duti import dan eksais.
- Saham Pilihan Utama
- Sime Darby (SIME) – Saranan Beli
- Tan Chong Motor ($TCHONG) – Saranan Beli
- Bermaz Auto ($BAUTO) – Saranan Neutral
- MBM Resources ($MBMR) – Saranan Neutral

- Risiko negatif utama
- Kenaikan harga untuk kereta jenis CKD selepas penyelarasan duti OMV
- Persaingan harga yang sengit dalam segmen kereta bukan kebangsaan
- Bakal pelaksanaan pewajaran subsidi
- Pelaksanaan perluasan skop SST
- Kejadian yang sebaliknya mendatangkan risiko positif

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Automotif & Komponen Automotif : Prestasi Sektor Terus Perlahan (22 Jul 2025)
Laporan Sebelumnya: Automotif & Komponen Automotif: TIV Mei Melantun Mengikut Jangkaan (23 Jun 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Auto & Autoparts : The Slowdown Continues (22 Jul 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




