KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Unit UUE Holdings Bhd (UUE), iaitu Konnection Engineering Pte Ltd dan Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan ASEAN Cableship Pte Ltd (ASEAN Cableship) untuk menyediakan perkhidmatan penggerudian arah mendatar (HDD) bagi projek telekomunikasi dan infrastruktur luar pesisir di rantau Asia Pasifik.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pengarah Urusan UUE Datuk Ting Kok Hwa berkata gabungan kepakaran HDD daratan yang sudah terbukti dengan keupayaan bawah laut ASEAN Cableship, UUE kini berupaya menawarkan pakej perkhidmatan hujung ke hujung yang lebih komprehensif, merangkumi bidang marin dan daratan.
“Ini membolehkan kami mengakses pasaran baharu yang boleh ditangani, termasuk pengendali telekom serantau dan syarikat konsortium telekomunikasi di seluruh ASEAN, dan meneruskan projek bernilai tinggi, terutamanya dalam bidang khusus HDD bawah laut.
“Lebih penting lagi, ia mengesahkan keupayaan kami untuk mengendalikan projek yang kompleks dari segi teknikal, mengukuhkan kelebihan daya saing kami dan membantu kami mencapai matlamat pengembangan antarabangsa kami,” katanya.
Menurut Ting, perkongsian itu merupakan peristiwa penting bagi syarikat itu, kerana ia menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan pemasangan kabel bawah laut yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mengukuhkan kehadirannya di pasaran Singapura.
Penyedia penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah itu juga berkata projek tersebut dijangka bermula dengan fasa penerokaan yang mengambil masa lebih enam bulan.
Katanya, perkongsian tersebut akan memanfaatkan kepakaran bawah laut serantau ASEAN Cableship dan mengesahkan rekod prestasi UUE dalam HDD dan pemasangan kabel merentas sektor utiliti bawah tanah di Malaysia dan Singapura.
— BERNAMA
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 
								
								
																
 
			 
		    




