Tetap Bertahan Meskipun Lebih Banyak Cabaran Akan Datang

- Saranan masih NEUTRAL
Sektor ini menawarkan perlindungan yang berdaya tahan ketika prospek makroekonomi dunia tidak menentu disebabkan oleh asas perolehan yang menumpu pada pasaran tempatan dan tahap penggunaan yang teguh berikutan tahap pekerjaan yang stabil dan sokongan fiskal berterusan. Walau bagaimanapun, prospek sentimen pengguna yang lemah dan opex yang kian meningkat akan menyekat pertumbuhan perolehan, maka kami menyarankan pemilihan strategik syarikat jualan runcit bermodal besar yang cair dengan kebolehlihatan perolehan lebih jelas, yang disokong oleh skala operasi dan kecekapan yang lebih tinggi. Saranan masih NEUTRAL.
- Prospek berjaga-jaga akan datang
Angka pertumbuhan mungkin menurun pada 2Q25, khususnya buat syarikat-syarikat jualan runcit susulan permulaan yang kukuh pada 1Q25 kerana dibantu oleh perayaan Aidil Fitri yang tiba lebih awal. Melihat melepasi jangka terdekat, kami meramalkan sentimen pengguna akan terus lemah apabila terjejas oleh tekanan inflasi yang meninggi dan juga prospek ekonomi dan pendapatan yang tidak menentu akibat ketegangan perdagangan dunia. Oleh itu, pengguna yang letih menghadapi inflasi akan terus berbelanja secara berhemah dan mengutamakan pembelian barangan keperluan selain memburu tawaran murah yang bernilai tinggi, sekali gus menyekat perbelanjaan bukan keperluan. Sementara itu, semua pihak akan menanti-nantikan pelaksanaan pewajaran subsidi petrol yang bakal dilaksanakan kemudian pada tahun ini bagi mengukur sama ada impak sebenarnya terhadap perbelanjaan pengguna adalah tidak besar.

- Syarikat-syarikat jualan runcit bersedia hadapi lebih banyak cabaran
Tatkala persekitaran kos operasi sedang meningkat (peluasan skop cukai jualan & perkhidmatan (SST), semakan tarif elektrik, sumbangan KWSP untuk pekerja asing), kami tidak yakin akan kemampuan syarikat-syarikat untuk memindahkan bebanan kos tambahan sepenuhnya kepada pelanggan atas faktor keanjalan permintaan dan dasar anti-pencatutan yang berkuat kuasa. Oleh itu, trend margin mungkin menjadi lemah, khususnya untuk syarikat jualan runcit (AEON, Padini, Mynews, FOCUSP), melainkan kecekapan meningkat dengan ketaranya bagi mengimbangi impak yang berlaku. Dalam hal sebaliknya, keadaan menjadi lebih menguntungkan untuk syarikat pengeluaran makanan (Nestle, FFB, Power Root) kerana harga komoditi yang mereda (Rajah 4-11) dan nilai mata wang RM yang mengukuh patut membawa kepada prospek margin yang lebih menggalakkan pada masa depan.

- Saham Pilihan Utama*
Kami memilih saham-saham yang berdaya tahan dan bermodal besar yang cair iaitu MRDIY dan 99SMART disebabkan oleh kedudukan mereka yang sudah kukuh untuk menggarap perbelanjaan pengguna dan penilaian yang munasabah berbanding syarikat pesaing barangan asas pengguna. Pada pendapat kami, mereka lebih berupaya mengurangkan kenaikan opex disebabkan oleh penguasaan bahagian pasaran yang besar, skala operasi yang luas dan nilai jenama yang sudah lama terbina.
Kami menyukai FFB oleh sebab dorongan kuatnya untuk menembusi lebih banyak segmen dalam industri tenusu. Sementara itu, kami memilih GUAN atas faktor prospek perolehannya yang cemerlang, disokong oleh jualan hadapan pada nisbah gabungan yang tinggi dan jumlah pengeluaran yang sudah kembali ke paras normal. Kami turut menekankan penilaian murah FOCUSP walaupun ketika momentum jualan optikal yang teguh ekoran populasi rabun jauh yang semakin meningkat dan usaha pemasaran yang proaktif.
*Semak status patuh syariah saham sebelum membuat keputusan pelaburan.
- Risiko negatif
Risiko negatif terhadap wajaran sektor kami melibatkan pertumbuhan ekonomi dunia yang memperlahan dengan teruk dan kenaikan mendadak harga komoditi.
Penganalisis
Soong Wei Siang ([email protected])
Tai Yu Jie ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Barangan Pengguna : Tetap Bertahan Meskipun Lebih Banyak Cabaran Akan Datang (21 Jul 2025)
Laporan Sebelumnya: Barangan Pengguna: Turun Ke Lapangan Di Johor (25 Jun 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Consumer Products : Still Resilient Despite More Challenges Ahead (21 Julai 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
