• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 25, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian: Samaiden Terima Dorongan Biotenaga [21 Julai 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Samaiden Group Peroleh Kontrak Sistem Solar Fotovolta Bernilai RM98.15 Juta

Sumber: The Edge Markets

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) sebanyak RM1.44 dikekalkan
  • Harga saham berpotensi menaik 13%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 2% untuk FY26F (Jun)

Samaiden terima tawaran kerja terbaharu melibatkan tiga aset biotenaga baharu yang mengukuhkan kedudukan baik kumpulan ini dalam ruang tenaga boleh baharu (RE). Aset-aset ini memperkukuh lagi portfolio RE Samaiden yang pelbagai yang merangkumi tenaga suria, biogas, dan biojisim, dan memperkemas peranannya yang semakin penting dalam memacu pelan peralihan tenaga bersih di Malaysia.

  • Mengembangkan portfolio aset

Menerusi anak-anak syarikatnya Legasi Green Resources (88% pegangan), Sumas Energy (51%), dan SC Green Solutions (100%), Samaiden sudah disenarai pendekkan bawah program Tarif Galakan (FiT) 2.0 oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Kumpulan ini berjaya memenangi tawaran kerja untuk dua loji biojisim dengan kapasiti terpasang sebanyak 5.5MW dan 11MW dan satu loji biogas dengan kapasiti terpasang 1.5MW. Perjanjian pembelian kuasa (PPA) ini berlangsung selama 21 tahun, dengan program FiT 2.0 berjalan dalam dua fasa – kadar FiT tetap untuk tempoh 10 tahun pertama, diikuti oleh mekanisme pembidaan yang sengit dengan paras lantai dan siling tarif ditetapkan oleh SEDA untuk tempoh baki 11 tahun dalam perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu (RePPA) berkenaan.

Anggaran perolehan kami dikekalkan buat waktu ini sementara menunggu butiran lebih lanjut kerana Samaiden masih memperhalusi jumlah kosnya (capex loji selalunya mencecah RM10-12 juta bagi setiap MW) dan struktur pembiayaan untuk kemudahan baharu ini. Mengikut anggaran kasar kami, tiga loji ini boleh menyumbang perolehan tahunan kira-kira RM11 juta kepada Samaiden mengikut pegangan berkesan kumpulan dalam projek masing-masing, dan mungkin boleh mencecah nilai sekitar RM0.38/saham. Berdasarkan bayangan pihak pengurusan, kadar pulangan dalaman (IRR) akan mencecah paras digit tunggal tinggi hingga digit berganda rendah.

Projek-projek ini dijangka akan bermula seawal tahun 2028. Sementara itu, projek biojisim berkapasiti 7MW yang diperoleh sebelum ini masih menantikan kelulusan daripada badan-badan berkuasa yang berkaitan. Samaiden juga bakal meraih manfaat daripada bakal kontrak-kontrak EPCC yang berkait dengan projek-projek FiT 2.0 lain yang disenarai pendek.

  • Tiada perubahan pada TP dan saranan

TP RM1.44 kami yang diraih melalui kaedah SOP kekal sama dengan mengambil kira:

  • i) P/E CY25F 24x untuk perniagaanEPCC-nya
  • ii) penilaian DCF (WACC 7.8%) untuk aset-aset biogas dan biojisim yang dimilikinya sebanyak 60%
  • iii) DCF (WACC sebanyak 5.9%) untuk aset-aset suria CGPP-nya.

Premium ESG sebanyak 6% dimasukkan dalam pengiraan TP berikutan catatan markah ESG 3.3 oleh Samaiden (berbanding paras median negara 3.0). Kami mengambil maklum bahawa penilaian kami mungkin akan menaik kerana kami masih belum mengambil kira sumbangan asetnya dalam projek Suria Berskala Besar 5 (LSS5) dan projek-projek biotenaga FiT 2.0 yang baru saja ditawarkan, sambil menunggu penjelasan selanjutnya.

  • Risiko utama:
    • Insentif-insentif tenaga suria tidak diperbaharui
    • Risiko persaingan
    • Kos projek lebih mahal daripada yang dijangkakan

Penganalisis
Miza Izaimi ([email protected])

Sean Lim, CFA ([email protected])

Baca laporan penuh: Samaiden Group : Dorongan Biotenaga Untuk Samaiden; Kekal BELI (21 Jul 2025)

Laporan Sebelumnya: Samaiden Group : Bakal Mencatat Pertumbuhan; Kekal BELI (27 Mei 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Samaiden Group : Bioenergy Boost For Samaiden; Keep BUY (21 Jul 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT


Tags: Bursa MalaysiakontrakSamaiden
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In