• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Usaha Sama Gamuda-PKNPK Dapat LOA Projek Air Terawat Kerian Di Perak

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Paling Tinggi Sebanyak RM1.17 Bilion

Gambar: Gamuda

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Gamuda Bhd menerusi kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), telah menerima surat lantikan (LOA) daripada kerajaan negeri Perak membabitkan pembangunan dan pengoperasian prasarana rawatan dan agihan air Kerian.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan kejuruteraan dan pembinaan itu berkata di bawah terma pelantikan itu, usaha sama (JV) PKNPk-Gamuda akan melaksanakan projek berkenaan secara penswastaan dengan tempoh operasi minimum selama 40 tahun.

Skop projek itu termasuk pembangunan dan operasi prasarana rawatan dan agihan air di daerah Kerian seperti bekalan air terawat kepada Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan lebihan air dijual ke negeri jiran, Pulau Pinang.

Infrastruktur itu merangkumi kawasan yang juga sebahagian daripada Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) lebih meluas dengan nilai pembangunan keseluruhan sebanyak RM5 bilion.

Ia juga adalah inisiatif strategik kerajaan negeri Perak bersama kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah kekurangan bekalan air dan melibatkan kegunaan pengairan, domestik dan industri di wilayah berkenaan.

“Satu perjanjian berkaitan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pelantikan JV ini bagi memastikan objektif menyiapkan skim ini menjelang 2030 dapat dicapai,” katanya.

Gamuda berkata pembangunan projek itu bagaimanapun masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

PKNPk adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Perak pada 1967 di bawah Enakmen Perbadanan  Bil 3 Tahun 1967 dan berperanan sebagai agensi utama negeri bagi memacu pembangunan serta pelaburan sosioekonomi.

Selain itu, Gamuda berkata pihaknya akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan penting berkaitan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

— BERNAMA

Tags: airGamudaJVkorporatLoAPerakPKNPkprojek
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In