Prospek bagi sektor barangan getah masih hambar, disebabkan oleh keadaan operasi yang merugikan yang berpunca daripada tempoh penyelarasan inventori yang berlaku lebih lama daripada jangkaan.
Namun begitu, persaingan masih sengit dalam pasaran luar AS akibat strategi penetapan harga yang agresif oleh syarikat pengeluar China.
Kami juga menjangkakan kilang-kilang baharu yang bakal memulakan operasi di Indonesia dan Vietnam akan menimbulkan ancaman terhadap jualan barangan getah keluaran Malaysia kepada AS menjelang seawal bulan Nov 2025.
- Previu keputusan 2Q25
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, eksport getah tanah air menyaksikan penurunan MoM 22% dan 6% pada bulan April dan Mei. Hal ini menandakan kegiatan penambahan stok oleh para pelanggan masih perlahan apabila industri ini mengalami tempoh tunggu hasil lebih lama daripada yang dijangka susulan kegiatan pembelian awal yang dibuat pada 4Q24. Nilai USD berbanding RM yang terus lemah juga menghakis lagi keberuntungan syarikat pengeluar sarung tangan, dengan nilai USD susut 3% QoQ dan 5.4% YTD setakat bulan Jun.
- Berubah daripada penetap harga kepada penerima harga
Berdasarkan pemerhatian kami, kuasa penetapan harga yang dipegang oleh syarikat pengeluar sarung tangan Malaysia dilihat semakin melemah sejak kemasukan syarikat pengeluar China. Kami difahamkan bahawa usaha untuk mengalihkan kos kepada pembeli sekarang semakin mencabar berbanding ketika tempoh sebelum COVID-19 memandangkan pengeluar sarung tangan hanya boleh mengalihkan 50% daripada mana-mana kenaikan kos kepada pelanggan berbanding pelepasan sepenuhnya sebelum ini. Melihat persaingan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk reda, kami menjangkakan tahap keberuntungan pengeluar sarung tangan akan terus berdepan tekanan dalam masa terdekat.

- Kos operasi bakal meningkat lagi
Sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing bakal berkuat kuasa pada Okt 2025. Kami anggarkan dasar ini akan menaikkan kos pengeluaran sebanyak 0.8-1% (atau USD0.15-0.20 bagi setiap 1,000 keping). Dalam hal berasingan, peluasan skop Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% yang dikenakan pada lateks getah asli dan lateks getah butadiena nitril atau lateks NBR yang diimport patut meningkatkan kos pengeluarannya sebanyak USD0.25-0.30 (1.3-1.5%). Gabungan faktor-faktor yang disebut ini tiba ketika industri ini sedang bergelut dengan persaingan yang sengit dan kurangnya kemampuan untuk mengalihkan kos kepada pelanggan.
Penilaian sektor ini mungkin tampak menarik, pada kira-kira P/BV 0.9x 2025, iaitu 1.2SD bawah purata lampaunya iaitu 1.2x. Namun begitu, memandangkan kurangnya faktor-faktor pemangkin untuk kenaikan nilai saham, kami tidak menyarankan pelabur untuk membeli saham pada paras ini, kerana risiko tinggi perolehan tidak mencapai ramalan semasa tempoh pelaporan keputusan akan datang. Malahan, harga saham mungkin akan menurun lagi. Kali terakhir sektor ini diniagakan pada paras sebegini adalah pada 1Q23, ketika perolehan industri mencapai paras terendah semasa tempoh penyelarasan.
- Kekal Wajaran Rendah
Usaha pemindahan kos kepada pengguna yang terus berdepan halangan berpanjangan, di samping kenaikan kos operasi dan nilai USD semakin lemah dijangka akan menjejaskan tahap keberuntungan syarikat pengeluar sarung tangan pada masa hadapan.
- Risiko-risiko utama:
- Hubungan perdagangan antara AS-China semakin regang
- Kenaikan ASP sarung tangan
- Usaha pengembangan kapasiti berjalan lebih pantas melepasi jangkaan
- Harga bahan mentah lebih rendah daripada yang disangkakan

- Prospek
RHB mengekalkan saranan ‘neutral‘ ke atas Hartalega Holdings Bhd dan Supermax Corporation Bhd, dengan harga sasaran masing-masing sebanyak RM1.33 sesaham dan 54 sen. Namun begitu, Kossan Rubber telah diturunkan kepada penarafan ‘jual‘, dengan harga sasaran RM1.23.
Sehingga jam 10.30 pagi ini (16 Julai 2025), Hartalega susut empat sen kepada RM1.50 dengan jumlah dagangan sebanyak 5.16 juta saham; Supermax turun dua sen kepada 61 sen dengan 3.60 juta saham didagangkan, manakala Kossan Rubber merosot tiga sen kepada RM1.37 dengan 2.98 juta saham bertukar tangan.
Penganalisis:
Oong Chun Sung +603 2302 8126, Singapore Research
([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Barangan Getah : Gunung Yang Tinggi Untuk Didaki; Kekal WAJARAN RENDAH (16 Jul 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Rubber Products : A Steep Slope To Climb; Still UNDERWEIGHT (16 Jul 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️




